Total Pageviews

Tuesday, August 9, 2011

PMR:Bab 2:Zaman Prasejarah di Malaysia


zaman Prasejarah: iaitu Zaman Paleolitik, Zaman Mesolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam Tempoh masa bagi setiap zaman tidak sama antara satu tempat dengan satu tempat yang lain bergantung pada tahap kemajuan
Zaman prasejarah di Malaysia - Zaman Paleolitik, Zaman Neolitik dan Zaman Logam
Penyelidkan terdahulu mendapati selepas Zaman paleolitik, wujud Zaman Mesolitik yang bercirikan alat batu Hoabinh yang terdapat di Vietnam

Penyelidikan terkini ,Pusat Arkeologi Malaysia, USM membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik Ini disebabkan alat batu seperti batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak, kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu iaitu pada awal zaman Paleolitik

1. ZAMAN PALEOLITIK

Di Malaysia bermula kira-kira 200 000 – 300 000 tahun dahulu
Alat batu yang digunakan oleh manusia Zaman Paleolitik, alat repihan seperti alat batu penetak

I. Ciri Petempatan
a.Hidup berpindah-randah
b.Biasanya tinggal di kawasan terbuka(di luar gua), di dalam gua, & di sekitar tasik

II. Kegiatan ekonomi dan peralatan
a.Memburu binatang liar
b.Memungut hasil hutan seperti buah-buahan dll
c.Mengamalkan cara hidup sara diri
d.Menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian

III. Lokasi di Malaysia

a. Bukit Jawa, kota Tampan, & Bukit Bunuh di Lenggong, Perak
b.Gua Niah, Sarawak
c.Tingkayu, Sabah

2. Zaman Neolitik
Merupakan zaman perkembangan teknologi daripada batu kepada tembikar, mula bercucuk tanam & memelihara binatang ternakan. Di Malaysia bermula kira-kira 7000 tahun dahulu
Bukit Tengkorak, Sabah – tapak manusia Zaman Neolitik di Malaysia.Masyarakat Zaman Neolitik bukan sahaja menggunakan batu tetapi menggunakan tanah liat untuk membuat tembikar.Manusia pada zaman ini mula tinggal menetap dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang.

I. Petempatan
a.Wujud sistem bermasyarakat seperti mempunyai ketua dan membuat pembahagian kerja
b.Tinggal di gua dan berhampiran sungai

II. Kegiatan ekonomi dan peralatan
a.Mencipta peralatan tembikar seperti bekas air, periuk, dan belanga
b.Bercucuk tanam
c.Menangkap ikan dan menternak binatang
d.Berburu dan memungut hasil hutan
e.Berdagang secara tukar barang
f.Menggunakan alat batu seperti beliung & pemukul kulit kayu

III. Lokasi di Malaysia
a.Gua Cha, Kelantan
b.Bukit Tengkorak, Sabah

3. ZAMAN LOGAM

a.Teknologi manusia Zaman Prasejarah telah berkembang ke arah teknologi logam
b.Zaman logam di Malaysia bermula kira-kira 4000 tahun dahulu
c.Manusia telah mencipta alat gangsa dan besi

I. Ciri-ciri petempatan
a.Hidup menetap
b.Ada yang masih tinggal di dalam gua dan berhampiran dengan sungai

II. Kegiatan ekonomi dan peralatan
a.Menghasilkan alat logam daripada gangsa dan besi
b.Bercucuk tanam, menangkap ikan, berburu, menternak binatang, dan menjalankan kegiatan perdagangan secara tukar barang
Kesimpulan

Penemuan peninggalan manusia Zaman Paleolitik di Tapak ekskavasi Bukit Jawa, Lenggong, Perak membuktikan sejarah Zaman Prasejarah di Malaysia bermula kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu.Malaysia terkenal dengan penemuan Manusia Perak iaitu rangka unik yang dijumpai dengan kecacatan yang belum pernah dilihat pada zaman Prasejarah dunia
Kita patut mencontohi kegigihan & semangat berusaha masyarakat dahulu. Tanpa peralatan yang canggih & teknologi terkini, mereka mampu mencipta pelbagai peralatan daripada batu, gangsa dan besi yang menjadi asas teknologi kini Kegigihan, semangat berusaha dan daya kreativiti mereka perlu diteladani agar kita menjadi warganegara yang gigih dan berdikari.

No comments:

Post a Comment