Total Pageviews

Tuesday, August 9, 2011

BAB 5:Kegemilangan Melaka


Faktor-faktor kegemilangan Melaka

Faktor-faktor kegemilangan Melaka

  1. Pentadbiran yang sistematik dengan mengamalkan sistem Pembesar Empat Lipatan, terdiri daripada Pembesar Berempat, Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.
  2. Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsadisebabkan:
  • kedudukan geografi yang strategik iaitu terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat
  • jawatan Syahbandar diwujudkan untuk menguruskan hal-hal pelabuhan dan melicinkan urusan perdagangan
  • peranan Laksamana dan Orang Laut untuk menjaga keselamatan pedagang dan keamanan di Selat Melaka.
  • keberkesanan Undang-undang Laut Melaka memberikan keyakinan kepada para pedagang untuk berdagang di Melaka
  • Pelbagai kemudahan disediakan seperti gudang, tempat tinggal, membaiki kapal, kemudahan bekalan makanan dan minuman telah menarik ramai pedagang ke Melaka
  • Memperkenalkan sistem cukai berkeutamaan atau cukai mengikut tempat
  • penggunaan sistem mata wang membolehkan urusan perdagangan berjalan lancar
  • Melaka menjadi pelabuhan entrepot
  • Bahasa Melayu menjadi bahasa perantaraan utama di pelabuhan

No comments:

Post a Comment