Total Pageviews

Wednesday, August 10, 2011

Bab 7:Johor menegakkan semula kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka


SEJARAH TINGKATAN SATU
BAB 7 : JOHOR MENEGAKKAN
SEMULA KEWIBAWAAN
KESULTANAN MELAYU
  MELAKA
(1) Usaha-usaha menegakkan semula Melaka
1. Melaka dikuasai oleh Portugis   --- Sultan
Mahmud Shah, pembesar serta pengikutnya
termasuk Orang Laut ke Pagoh.
2. Bina kubu pertahanan di Bentayan, Muar.
3. Baginda bersemayam sementara di Pahang.
4. Baginda ke Pulau Bentan.
5. Di Bentan  - kumpul tentera dengan bantuan
penduduk jajahan takluk.
6. Maharaja Lingga, raja Inderagiri, raja Siak dan
Sultan Aru (Deli)  menghadap Sultan Mahmud
Shah di Bentan.
7. Wakil kerajaan Manjung dan Beruas, pemerintah
Kampar, Klang, Rembau dan Sg Ujong
menyatakan taat setia kpd baginda.
8.     Tahun 1521, Portugis menyerang Bentan.
9. Serang-menyerang  Melaka dan Bentan.
10. Sultan Mahmud Shah berundur di Kampar
(jajahan takluk Melaka)
11.   Mangkat di Kampar
(2) Pengasasan kerajaan Johor
a) Penerusan warisan Melaka
1. Putera Sultan Mahmud Shah (Raja Ali) jadi
sultan gelaran Sul Alauddin Riayat Shah II.
2. Dikenali Raja Ujong Tanah & Bentan,
3.    Ujong Tanah dikenali sebagai Johor
4. Sultan Alauddin Riayat Shah II asaskan kerajaan
di Tanah Besar Johor
5. Bendahara dan Seri Nara Diraja ditugaskan
bangunkan  pentadbiran kerajaan Johor di Pekan
Tua.
6. Kota pertahanan dikenali Kota Kara dibina bagi
menjaga keselamatan ibu negeri Johor
7. Jajahan takluk Melaka dijadikan jajahan takluk
Johor untuk memperkukuhkan lagi kuasa
baginda sultan.
8. Sultan Johor  mengawal hal ehwal Pahang.
9.  Sultan Pahang yang baru biasanya akan ditentukan
oleh sultan Johor.
10. Johor  menguasai Aru.
11. Laksamana Tun Abdul Jamil perkukuhkan kuasa
Johor ke atas jajahan takluknya.
12. Beliau menempatkan wakilnya di
i. Bengkalis
ii. Kampar
iii. Jambi
iv. Siak
v. Rokan.

13. Jajahan takluk Johor hantar askar menyertai
angkatan tentera Johor apabila diperlukan.
14. Negeri yang dikawal oleh Johor  membekalkan
barangan eksport ke Johor .
15. Klang bekalkan bijih timah, kayu gaharu dan
gading gajah.
16. Kerajaan Johor sering diancam oleh kuasa luar
seperti Portugis, Acheh dan Jambi.
17. Sebagai langkah mempertahankan diri, Johor
sentiasa ubah pusat pentadbirannya.
(b)  Usaha Johor menguasai Melaka
1. Pemerintah Johor,  pembesar dan rakyat tidak
berputus asa menawan semula Melaka.
2. Usaha terbesar dijalankan pada tahun 1551.
3. Angkatan perang Johor bergabung dengan
angkatan perang Perak, Pahang dan Japara(Jawa)
untuk menyerang Melaka.
4. Serangan gagal sebab
      i.  kekebalan kota Melaka
     ii.  persenjataan Portugis yang lebih baik
5. Serangan angkatan Johor berterusan
6. Pembesar Johor  yang  usaha menawan semula
Melaka
      i. Tun Sri Lanang
     ii. Laksamana Tun Abdul Jamil
7. Gabungan Johor dengan Belanda berjaya
mengalahkan Portugis pada tahun 1641.
8. Laksamana Tun Abdul Jamil mengepung Melaka
dari darat.
9. Belanda menyerang Melaka dari Laut.
10. Setelah Portugis  dikalahkan, Belanda menduduki
Melaka.
c) Kebangkitan Acheh
1. Selepas Melaka dijajah Portugis, pedagang dari
Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki  beralih ke
Acheh.
2. kerana dasar perdagangan Portugis yang ingin
menghapuskan monopoli perdagangan di
kalangan pedagang asing.
3. Portugis kenakan peraturan dan sekatan
perdagangan yang ketat.
4. Kenakan cukai yang tinggi ke atas pedagang
asing.
5. Ketika  Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam,
Acheh jadi  kuasa  kuat kerana  menguasai
perdagangan Selat Melaka.
6.    Beliau berazam kuasai  Tanah Melayu.
7. Acheh serang Perak, Pahang dan Kedah.
8. Setelah  menawan Pahang, Acheh  berperanan
menentukan bakal sultan Johor.
9. Acheh menawan Pedir dan Pasai.
10. Penaklukan tersebut  membolehkan Acheh
menguasai perdagangan lada hitam yang
diperlukan oleh pedagang asing.

Persaingan antara Johor dengan Acheh
       dan Portugis
1. Johor, Acheh, Portugis bersaing  menguasai jalan
perdagangan di Selat Melaka.
2. Perang selama 100 tahun  - dikenali sebagai
Perang Tiga Segi.
3. Johor & Acheh – usir Portugis dari Melaka.
4. Johor menyerang Melaka  - ingin merampas
semula Melaka daripada Portugis.
5. Acheh menyerang Melaka kerana Portugis
menghalang perdagangan Acheh.
6. Acheh  menyerang Johor kerana Johor
mengancam perdagangan Acheh
7. Portugis menyerang Johor kerana menganggap
Johor berpakat dengan Acheh untuk menyerang
Melaka.
(3) Faktor kegemilangan kerajaan Johor
a) Jajahan takluk Johor dan kecekapan
pentadbiran
1. Jajahan takluk Johor meliputi wilayah pantai
barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari
Klang hingga Singapura.
2. Johor  menguasai
i. Klang
ii. Batu Pahat
iii. Muar
iv. Pahang
v. Bentan
vi. Lingga
vii. Bangkalis
viii. Kampar
ix. Siak
3. Faktor kegemilangan Johor.
i. Kecekapan sultan
ii. Kecekapan pembesar
iii. Kemajuan dalam kegiatan perdagangan
iv. Perkembangan bidang persuratan
b) Johor sebagai Pusat Perdagangan
1. Johor dapat kumpulkan hasil dagangan kerana
mempunyai jajahan takluk yang luas.
2. Johor  - pelabuhan entrepot bagi Kepulauan
Melayu.
3. Kapal dagang Johor  berdagang hingga ke
Maluku dan Makasar.
4. Ramai pedagang asing datang ke Johor spt
pedagang China dari Canton dan Amoy.
5. Kapal dagang barat turut ke pelabuhan Johor
seperti kapal dagang Belanda dan Inggeris.
6. Ketika  Sultan Mahmud Shah II pusat
pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah
dari Batu Sawar ke Riau.
7.  Barangan tempatan yang diperdagangkan
termasuklah damar, tikar, bijih timah, sagu,


minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam,
kayu gahuru dan beras
8.    Johor sebagai pembekal kain corak baru
9. Barangan luar negeri yang didagangkan seperti
benang emas, kain sutera putih, teh, tembikar
dan tembaga dari China.
10. Pelabuhan Johor mempunyai kemudahan seperti
gudang dan khidmat membaiki kapal.
11. Perdagangan dijalankan melalui
i. cara tukar barang
ii. mata wang.
12. Mata wang emas dikenali sebagai mas
13.  Mata wang perak dikenali sebagai kupang
14.  Mata wang timah dikenali sebagai katun.
15. Mata wang diperkenalkan ketika Sultan Alauddin
Riayat Shah II.
16. Mata wang asing digunakan di pelabuhan Johor
seperti
i. Dolar Sepanyol
ii. Dolar Mexico
iii. duit Belanda.
17. Johor cekap mentadbir pelabuhannya dan
mengamalkan cukai yang berpatutan.
18. Setiap bahara lada hitam  - dikenakan cukai
sebanyak enam keping emas.
19. Setiap bahara timah  - cukainya  sepuluh keping
emas.
20. Keselamatan pedagang  asing,  sistem naungan
diamalkan.
21. Setiap pedagang asing akan dilindungi oleh
i. Bendahara
ii. Raja Indera Bongsu
iii. Temenggung
iv. Laksamana.
22. Keselamatan pedagang dan kapal dibantu oleh
Orang Laut.
23. Orang Laut menjadi
i. pengawal pelabuhan
ii. pengawas perairan Johor
iii. Penunda
iv. penunjuk arah kepada pedagang.
24. Keistimewaan pelabuhan Johor
i. terlindung daripada tiupan angin monsun.
ii. jadi pintu masuk di  selatan Selat Melaka
iii. kawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan
Timur.
iv. menjadi pusat membina kapal persisiran
pantai seperti banteng, baluk, kolek,
pencalang dan pencacap.
c) Perkembangan persuratan Melayu.
1. Johor dikenali pusat persuratan Melayu
2. Tun Sri Lanang susun buku sejarah Melayu
3. Hikayat Hang Tuah mengisahkan kepahlawanan
orang Melayu melalui watak Hang Tuah dan
empat orang rakannya.

Hikayat Hang Tuah mengisahkan tentang
keagungan Kesultanan Melayu Melaka
5. Riau menghasilkan banyak karya sejarah, bahasa
dan buku agama Islam.
6. Pengarang terkenal
i. Raja Haji Ahmad
ii. Raja Ali Haji.
7. Naskah asal yang dihasilkan oleh penulis adalah
dalam tulisan jawi bertulis tangan.
8. Kemudian dicetak -guna kaedah cap batu.
9. Johor terkenal pusat pengajian ilmu agama Islam
ketika Makam Tauhid menjadi pusat
pemerintahan Johor.
10. Tradisi ini diteruskan hingga ke Riau.
11. Di antara karya yang dihasilkan
i. Tuhfat al Nafis
ii. Salsilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Rajarajanya,
iii. Hikayat Johor serta Pahang,
iv. Peringatan Sejarah Negeri Johor,
v. Aturan Setia Bugis dan Melayu,
vi. Syair Sultan Mahmud Lingga,
vii. Kitab Pengetahuan Bahasa
viii. Bustanul Katibin Lissubyanil-mutaalimi.
(4) Kemerosotan kerajaan Johor
a) Perang Johor-Jambi
1. Jambi di pantai timur Sumatera adalah jajahan
Johor.
2. Abad  17, Jambi muncul sebagai kuasa politik
dan ekonomi yang baru di Selat Melaka.
3. Jambi menyaingi Johor dalam perdagangan.
4. Jambi cuba dapatkan kebebasan daripada Johor.
5. Jambi meminta bantuan Belanda untuk
menyerang Johor.
6. Jambi menyerang Johor lama dan Batu Sawar.
7. Perang  menjejaskan perdagangan Johor.
8. Sultan Alauddin Riayat Shah III  berundur dan
bersemayam di Pahang.
9. Keadaan Johor yang tidak selamat  menyebabkan
jajahan takluk Johor membebaskan diri daripada
pengaruh Johor.
10. Laksamana Tun Abdul Jamil  mengalahkan
Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis.
11. Kejayaan menyebabkan beliau dianugerahi
gelaran Paduka Raja.
12. Beliau sangat berkuasa sehingga melantik anakanaknya untuk memegang jawatan kanan dalam
kerajaan seperti Temenggung, Sri Bija Diraja
dan Sri Amar Diraja.

b) Perebutan kuasa.
1. Laksamana Tun Abdul Jamil  - pembesar
berpengaruh di Johor.
2. Laksamana Tun Abdul Jamil  ambil alih tugas
Bendahara sebagai pelantik dan pemangku raja.
3. Laksamana Tun Abdul Jamil lantik menantunya
menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan
Ibrahim Shah.
4. Beliau tidak disenangi oleh Bendahara Tun
Habib Abdul Majid (pembesar Johor paling
kanan).
5. Laksamana Tun Abdul Jamil  melantik cucunya
Sultan Mahmud Shah II yang berusia 10 tahun
menjadi sultan Johor.
6. Anak beliau iaitu bekas permaisuri Sultan
Ibrahim dilantik menjadi pemangku raja
7. Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang
sepatutnya menjalankan tugas sultan berasa tidak
puas hati.
8. Persengketaan antara kedua-dua pembesar
menjejaskan kestabilan politik Johor.
9. Apabila Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal
dunia, Bendahara Tun  Habib Abdul Majid
mendapatkan semula kuasanya
10. Selepas Bendahara Tun Habib Abdul Majid
meninggal dunia, anaknya Tun Abdul Jalil
menggantikan tempatnya sebagai bendahara
c) Perebutan takhta
1. Sultan Mahmud Shah II  sultan yang zalim
2.     Baginda dibunuh oleh pembesarnya.
3. Peristiwa pembunuhan dikenali ‘Sultan Mahmud
Mangkat Dijulang’.
4. Baginda tidak meninggalkan zuriat,
5.   Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi
sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat
Shah IV.
6.    Perlantikan  memulakan kesultanan Johor
keturunan bendahara.
7. Raja Kechil dari Siak tidak berpuas hati kerana
mendakwa dirinya anak Sultan Mahmud Shah II.
8. Raja Kechil menyerang Johor dengan bantuan
tentera Minangkabau.
9. Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil
dan menyokongnya sebagai bukti taat setia
kepada kesultanan Johor keturunan sultan
Melaka.
10. Raja Kechil mengisytiharkan dirinya sebagai
sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil
Rahmat Shah.

d) Penglibatan Bugis di Johor
1. Apabila Makasar dikuasai Belanda, ramai orang
Bugis diusir
2.   lima orang anak raja Bugis bersaudara
       i.   Daeng Perani,
ii.  Daeng Menambun
iii  Daeng Merewah,
iv. Daeng Chelak
v.  Daeng Kemasi
3. Mereka menjadi tentera upahan yang berani.
4. Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat
Shah IV) berpakat dgn anak raja Bugis
bersaudara utk mengusir Raja Kechil.
5. Raja Kechil berjaya dikalahkan
6.    Raja Sulaiman jadi sultan Johor yang baru.
7. Daeng Merewah  bergelar Kelana Jaya Putera
dilantik jadi Yamtuan Muda Riau.
8.      Daeng Menampok  dikurniakan gelaran Raja
Tua.
9 Pakatan Melayu Johor dan Bugis tidak bertahan
lama kerana Bugis terus inginkan hak melantik
sultan Johor mengikut pilihan mereka.
10. Orang Melayu merasakan kuasa sultan dan
pembesar Melayu semakin lemah.
11 Bugis kukuhkan kuasanya dgn menggalakkan
perkahwinan antara anak Bugis dengan anak raja
dan anak pembesar Melayu.
12 Anak-anak mereka guna gelaran raja seperti Raja
Haji, Raja Ali dan Raja Jaafar.
13. Pembesar Melayu  bertindak meminta bantuan
Belanda untuk mengusir Bugis daripada Riau
pada tahun 1784
14.  Memberi peluang kepada pembesar Melayu
utnuk kembali menguasai pemerintahan.
15. Tahun 1802, persaingan  Melayu dan Bugis
berlaku kembali apabila orang Bugis kembali ke
Riau.
16. Riau  dikuasai oleh Bugis.
17. Temenggung Johor bertapak di Pulau Bulang
dan menguasai Singapura dan Tanah Besar
Johor.
18. Bendahara Johor bertapak di Pahang.
19. Sultan Johor  bersemayam di Lingga.
20. Orang Laut berpecah dan mengikut pembesar
Melayu.
21. Orang Laut yang taat kepada kesultanan Melayu
menjauhkan diri daripada sultan dan pembesar.
22. Membawa kepada perpecahan dalam kerajaan
Johor.

e) Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda
(VOC)
1. Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)  bertapak
di Betawi, Jawa.
2. VOC memulakan hubungan perdagangan di
pelabuhan Batu Sawar
3. VOC bimbang dengan penguasaan  Bugis di
Johor mengancam kedudukannya di Melaka.
4. Belanda dan Bugis berperang beberapa kali di
Teluk Ketapang dan Riau.
5. Belanda mengalahkan Bugis
6.  Belanda melantik David Ruhde menjadi gabenor
Belanda di Riau.
7. VOC bertindak  mengusir orang Bugis.
8. Persengketaan  Belanda dan Bugis  memberi
kesan buruk kepada kerajaan Johor.
9. Belanda yang berada di Betawi dan Melaka
mencari peluang menguasai Johor.
10. Apabila Belanda berjaya menguasai Riau,
Belanda menghapuskan jawatan sultan dan
Yamtuan Muda.
(5) Rumusan
1. Johor menjadi lemah dan berpecah
2. Perebutan kuasa antara pembesar menimbulkan
kacau-bilau
3. Campurtangan kuasa luar dalam  pemerintahan
Johor menimbulkan pelbagai masalah sehingga
kejatuhan kerajaan Johor.







1 comment: