Total Pageviews

Wednesday, August 10, 2011

Bab 8:Kerajaan negeri-negeri Melayu


BAB 8 : KERAJAAN NEGERI-NEGERI
  MELAYU
(1) Kerajaan Melayu yang tua
       - kerajaan yang wujud sebelum zaman Kesultanan
Melayu Melaka seperti Kedah, Pahang  dan Perak
a) Kedah
1. Asal usul nama Kedah
i. Orang Cina panggil Kedah - Cheh-Cha.
ii. Pedagang India - Kedah sebagai Kataha, Kalagam
atau Kadaram
iii. Pedagang Arab - Kedah sebagai Kalah atau Kalah
Bar.
iv. Orang Siam - daratan Kedah sebagai Sai.
2.  Menurut Hikayat Merong Mahawangsa,
i. Kedah wujud pada abad ke-7.
ii. Raja Kedah pertama  - Merong Mahawangsa
memeluk Islam
iii. guna nama Sultan Muzaffar Shah.
3. Menurut Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,
i. Maharaja Derba Raja memeluk Islam
ii. Guna nama Sultan Muzaffar Shah.
4. Sultan Muzaffar Shah bahagi Kedah kepada tiga
pusat pentadbiran
       i.  Kota Palas
ii. Langkawi
iii. Kota Ulu.
5. Kota Setar jadi pusat pentadbiran yang baru
6. Perlis pada asalnya ialah wilayah Kedah.
i. mewujudkan pemerintahan sendiri
ii. Raja Perlis 1-  Sultan Husain Jamalulail.
7   Kedudukan Kedah strategik menarik minat pedagang
dari Arab, Parsi, India, Sri Lanka, China dan Barat.
8. Kedah hadapi cabaran kuasa luar.
9.    Kedah  bersahabat dengan Siam.
10.  Kedah hantar bunga emas ke Siam
11.   Apabila Kedah diserang Acheh, sultan Kedah
berundur ke Perlis dan meminta bantuan Siam.
12.  Apabila kerajaan Siam di Ayuthia ditawan  Burma,
Kedah menjalin persahabatan dgn Burma.
13.  Pada kurun ke-18, politik Kedah tidak stabil.
14.   Kedah diancam oleh Siam
15.  Berlaku perebutan takhta
16. Kedah  minta bantuan Inggeris bagi menghadapi
ancaman Siam.
17. Hubungan baik Inggeris dan Kedah menyebabkan
Siam menyerang Kedah.
18. Sultan Kedah, pembesar dan pengikutnya berundur
ke Pulau Pinang.
19. Kedah menyerang balas Siam di Kedah dan
memerdekakan Kedah.
20. Hubungan Kedah dan Siam mula berbaik.
21. Kedah terkenal sebuah pelabuhan entreport.
22. Kedah amalkan Undang-undang Laut Melaka
23. Pengenalan sistem sukat dan mata wang
memudahkan perdagangan.

25. Permuafakatan dengan negara jiran meningkatkan
kemajuan dan kemakmuran Negara.
b) Perak
1.  Asal-usul nama
i. Nama Perak dikaitkan dgn logam perak.
ii. Sejarah Perak tulisan A. Halim Nasir  - nama
Perak sempena nama Sg Perak  di Chegar Galah
yg terdapat ikan berwarna putih spt perak.
2. Menurut sejarah Melayu dan Salasilah Perak
i. Kesultanan Perak diasaskan
ii. Tun Saban  hadap Sultan Mahmud Shah  -
memohon putera baginda dirajakan di Perak.
iii. Raja Muzaffar putera Sultan Mahmud Shah
dihantar ke Perak berserta alat kebesaran negeri
iaitu Cura Si Manjakini.
iv. Raja Muzaffar ditabalkan sebagai sultan Perak
pertama - Sultan Muzaffar Shah.
v. Pusat pemerintahan di Tanah Abang.
3. Perak terkenal dgn perdagangan  bijih timah sejak
zaman kerajaan  Beruas dan Manjung.
4.    Kekayaan bijih timah menyebabkan kuasa luar ingin
menguasai Perak
5.   Acheh menawan Perak dan  jadikannya negeri
naungan.
6 Belanda kepung Perak dan memaksa sultan Perak
menandatangani perjanjian dengan VOC.
7. Perak bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda
dalam perjanjian ini.
8. Perjanjian antara Sultan Iskandar Zulkarnain dengan
Thomas Acheppers.
9. Ketika  Sultan Mansor Shah di Melaka, Bendahara
Megat Terawis  tentukan sempadan Siam dan Perak.
10. Penentuan sempadan memudahkan pembesar Perak
memungut cukai.
11 Cukai  daripada lombong bijih timah di Klian Intan
(diusahakan oleh orang Reman dari Siam)
menjadikan negeri Perak kaya.
12. Siam menyerang Perak beberapa kali.
13. Perak tewas.
14.  Perak hantar bunga emas setiap tahun kpd Siam.
15. Perak  membenarkan orang Siam membeli bijih
timah dengan tidak membayar cukai.
16. Tindakan Siam tidak terhasil apabila British
melibatkan diri melalui Perjanjian Low di Perak.
17.  Harus berbangga dengan kekayaan hasil bumi negeri
Perak.
18.  Bersyukur kerana dikurniakan negara yang
mempunyai semulajadi yang digunakan untuk
kesejahteraan rakyat.
c) Pahang
1. Asal usul nama
i. Menurut rekod China, orang Cina mengenali
Pahang sebagai Phang atau Pahangh.
ii. Penulis China iaitu Chao Ju-Kua mencatatkan
Pahang sebagai Pong Fong yang dikatakan
bernaung di bawah Palembang.
iii. Orang Arab mengenali Pahang sebagai Fahan.

iv. Menurut cerita tradisi Melayu, nama Pahang
diambil sempena nama pokok Mahang yang
tumbang merentasi Sungai Pahang di Kampung
Kembahang.
v. Menurut buku sejarah Melayu, Pahang dikenali
sebagai Pura.
2.  Ketika Melaka diperintah oleh Sultan Mansor Shah,
baginda menabalkan putera baginda iaitu Sultan
Muhammad Shah menjadi sultan Pahang.
3. Bermulanya sultan Pahang berketurunan kesultanan
Melaka.
4. Tahun 1641 hingga 1673, Pahang diperintah oleh
Yamtuan Muda Johor iaitu Raja Bajau. Ini
menandakan berakhirnya keturunan sultan Melaka
memerintah Pahang.
5. Berlakunya perpecahan kerajaan Johor,  - Pahang
diletakkan di bawah penguasaan Bendahara Johor.
6. Bendahara Wan Ahmad merampas kuasa daripada
Bendahara Tun Mutahri.
7.  Bendahara Wan Ahmad menjadi sultan Pahang  -
gelaran Sultan Ahmad al-Muadzam Shah.
8.  Menurut catatan Portugis dan China, Pahang
menghasilkan beras, bijih timah dan hasil hutan.
(2) Kerajaan Melayu yang baru
-      kerajaan yang wujud selepas zaman Kesultanan
Melayu Melaka seperti Terengganu, Kelantan,
Selangor dan Negeri  Sembilan.
   
a) Kelantan
1.  Asal usul nama
i. Sejarawan China  - Shen-Yau dari Dinasti Tang
mencatatkan nama Kelantan sebagai Ho-lo-tan
atau Kuo-lo-tan.
ii. Menurut Gerini, nama Kelantan berasal dari
gabungan perkataan ‘kolam’ bermaksud tanah
dan perkataan ‘autam’ bermaksud sempadan.
Gabungan perkataan itu menjadi Kolantam yang
akhirnya menjadi Kelantan.
2. Kelantan pada asalnya diperintah oleh beberapa
orang raja di daerah berasingan.
3. Apabila Long Yunus menjadi Raja Kelantan,
masyarakat Kelantan bersatu.
4. Raja Long Yunus pindahkan ibu kotanya dari Kota
Kubang Labu ke Kota Bharu.
5. Kelantan hadapi pertikaian dgn sultan Terengganu
6.    Terengganu  menyerang Kelantan.
7.  Terengganu dapat bantuan daripada tentera Patani.
8. Selepas kemangkatan Long Yunus, - digantikan
puteranya Long Muhammad.
9. Long Muhammad menyerang balas dari Ulu
Kelantan
10. Berjaya membebaskan Kelantan daripada pengaruh
Terengganu.
11. Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan
Muhammad I.

12. Bagi mengelakkan serangan luar , Sultan
Muhammad I menjalin hubungan dengan Siam.
13 Kelantan hantar bunga emas kepada Siam setiap tiga
tahun sekali dan  Siam membalasnya dengan
memberi hadiah yang berharga.
14. Kesannya Terengganu tidak lagi bermusuh dengan
Kelantan.
15.  Menurut catatan Rentse, Kelantan terletak di laluan
perdagangan ant Timur dan Barat.
16.  Kuala Sg Kelantan menjadi tempat persinggahan
pedagang sebelum ke Teluk Siam, Kemboja dan
China.
17. Kelantan mengeluarkan wang emas yang dinamakan
dinar dan wang pitis.
18  Negeri Kelantan dikenali  ‘Negeri  Cik Siti Wan
Kembang’.
19. Perpecahan semasa sendiri akan memudahkan
campur tangan kuasa luar.
20.  Perpaduan  benteng utama mengelakkan negara kita
daripada dijajah oleh kuasa luar.
b) Terengganu.
1.    Asal-usul nama
       i. Menurut Sultan Umar  - nama Terengganu berasal
dari perkataan taring anu, anu merujuk kepada
sebutan sebagai harimau.
       ii. Menurut catatan Cina, Wang Ta Yuan nama
Terengganu disebut sebagai Tong Ya Nong dan
Teng Ya Nung.
2. Kerajaan Terengganu muncul apabila Tun Zainal
Abidin Paduka Maharaja daripada keluarga
Bendahara Pahang dilantik menjadi raja Terengganu
3. Baginda bergelar Sultan Zainal Abidin I.
4. Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman (sultan Johor)
kerana hubungan persaudaraan dengan sultan Johor.
5. Zaman kegemilangan Terengganu  - semasa
pemerintahan Sultan Mansor Shah I (sultan
Terengganu ke-2).
6. Terengganu menjadi pelabuhan pedalaman
terpenting di kepulauan Melayu.
7. Sultan Mansur Shah I melibatkan diri dalam
perdagangan.
8. Baginda turut melantik wakil-wakilnya menjaga
urusan perdagangan.
9. Barang dagangan ialah lada hitam, emas dan bijih
timah.
19. Terengganu jalin hubungan dengan Siam
20. Hubungan berterusan apabila Siam meminta bantuan
Terengganu menyerang Raja Ligor.
21.  Ia dipersetujui oleh Sultan Mansor Shah I.
22.  Sultan Mansor Shah I  hantar bunga emas ke Siam
sebagai tanda persahabatan.
23. Siam anggap Terengganu mengakui ketuanan Siam.
24. Sultan Omar  - raja yang berpegang kuat pada ajaran
agama Islam
25. Terengganu  - negeri terawal yang menerima agama
Islam.

26. Abad ke-13, tembaga purba bertulisan ayat al-Quran
ditemui di Terengganu.
27. Prasasti Terengganu bertarikh 702 Hijrah atau 1303
masihi menyebut tentang sepuluh darma atau
undang-undang khususnya hukum jenayah Islam
ditemui.
28. Pengurusan cemerlang berkait rapat dengan
ketegasan dalam menegakkan kedaulatan negara.
c) Selangor
1. Asal usul nama - sempena nama Sungai Selangor.
2. Pada awalnya, pemerintahan berasaskan kampungkampung kecil yang berajakan kerajaan Melayu
Melaka.
3. Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka,  daerah
wujud di Selangor seperti Jeram, Klang, Langat dan
Selangor (Kuala Selangor).
4. Daerah daerah ini terletak di bawah jajahan kerajaan
Melaka.
5. Ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka,
Tun Perak dilantik sebagai penghulu Klang.
6.   Kurun ke-17, orang Bugis mendiami kawasan di
Klang dan Kuala Selangor.
7. Klang pada masa itu di bawah kuasa Orang Besar
Klang yang bergelar To’ Engku Klang (berasal
daripada keturunan sultan Johor yang berketurunan
Bendahara.)
8. Orang Besar Klang   hadiahkan cap mohor kepada
Yamtuan Selangor untuk mentadbir kawasan Sungai
Selangor.
9. Kurun ke-18, kedudukan Bugis kukuh apabila Raja
Lumu ditabalkan oleh Sultan Mahmud (sultan
Perak) menjadi sultan Selangor bergelar Sultan
Salehuddin Shah.
10. Masa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah  (pengganti
Sultan Salehuddin Shah), Selangor menjadi
pengeluar bijih timah.
11.  Belanda ingin menakluki Selangor
12. Belanda menyerang Sultan Ibrahim Shah di Kuala
Selangor
13. Sultan Ibrahim Shah berundur ke Hulu Langat,
Bernam dan Pahang.
14. Dengan bantuan Pahang, Sultan Ibrahim
mendapatkan semula Kuala Selangor.
15. Belanda mengepung Kuala  Selangor.
16.  Sultan Ibrahim meminta bantuan Perak
17. Perak menandatangani perjanjian kerjasama antara
Selangor dan Perak.
18 Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah, Sultan
Muhammad Shah menjadi sultan.
19.  Iktibar dari sejarah negeri Selangor  – setiap usaha
yang dilakukan secara gigih pasti mencapai
kejayaan.
20. Permuafakatan dan perundingan perlu diamalkan
bagi mencapai matlamat.

d) Negeri Sembilan
1.    Asal-usul nama
i. Negeri Sembilan terdiri daripada 9 buah daerah
atau luak
2. Daerah tersebut ialah
i. Sungai Ujong
ii. Rembau
iii. Jelebu
iv. Johol
v. Ulu Muar
vi. Inas
vii. Gunung Pasir
viii. Terachi
ix. Jempul.
3. Kemajuan Melaka menarik minat orang
Minangkabau ke  Tanah Melayu.
4. Mereka menetap di Naning, Sungai Ujong dan
Rembau.
5. Mereka menunjukkan taat setia mereka kepada
sultan Melaka kerana sultan Melaka berasal dari
Melayu-Jambi.
6. Sebelum kedatangan orang Minangkabau, telah
wujud empat daerah kepunyaan penduduk asli iaitu
        i.   Sungai Ujong,
ii.  Klang,
iii.  Jelebu
       iv.   Johol.
7. Keempat-empat daerah adalah dibawah penguasaan
kerajaan Melaka.
8. Selepas kejatuhan Melaka, Bugis mendirikan
kesultanan Bugis di Selangor.
9. Peristiwa ini menyebabkan suasana tidak aman
berlaku di Negeri Sembilan.
10. Keadaan mendorong penghulu-penghulu di Negeri
Sembilan memohon kepada sultan Johor seorang
putera raja untuk mentadbir negeri mereka.
11. Johor memberi kuasa kepada penghulu-penghulu
tersebut mendapatkan anak raja dari Pagar Ruyong
iaitu Raja Melewar.
12. Raja Melewar ke Siak dan Johor untuk meminta izin
memerintah Negeri Sembilan.
13. Raja Melewar ditabalkan sebagai Yamtuan.
14. Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong
berakhir selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan
Besar
15.  Negeri Sembilan adalah pengeluar bijih timah, beras
dan hasil hutan.
16. Keamanan sesebuah negeri dapat dicapai apabila
keputusan dibuat secara muafakat.
(3) Rumusan
1. Pembentukan kerajaan Melayu memberi    
    iktibar bahawa proses pembinaan sesebuah
negara bukanlah proses yang mudah.
2. Pengorbanan, perjuangan, semangat jati diri
    dan kegigihan penting untuk negara.





No comments:

Post a Comment