Total Pageviews

Tuesday, August 2, 2011

NOTA SEJARAH TINGKATAN 2: BUKU TEKS

SEJARAH TINGKATAN DUA


BAB 1 – KEDUDUKAN STRATEGIK
MENDORONG PENGUASAAN
BRITISH


Pengaruh British di Kedah


(Teks m/s: 4-6)


sebelum tahun 1791 Pulau Pinang
adalah sebahagian dari wilayah
Kedah

Kedah pula terletak di bawah
naungan Siam

terkenal sebagai sebuah kuasa
maritim

Syarikat Hindia Timur Inggeris
(SHTI) tertarik dengan
kegemilangan Kedah terutamanya
di Pulau Pinang
Sebab-Sebab SHTI Tertarik dengan
Kedah

a) Kedah Sebagai Pelabuhan
Persinggahan


kedudukan Kedah strategik di laluan
antara timur dan barat

banyak terdapat kemudahan seperti
bekalan air, bekalan makanan dan
tempat membaiki kapal

pedagang singgah sebelum belayar
ke Canton, China

tempat berlindung sementara
menunggu peralihan angin monsun
b) Kedah Sebagai Pusat Pengumpulan
Barang Dagangan


banyak barang dagangan terdapat di
Kedah yang dibawa dari negara luar
seperti China

teh dari China diperlukan oleh SHTI

China perlukan emas, perak, bijih
timah dan lada hitam dari Kepulauan
Melayu
c) Kedah Sebagai Pangkalan Tentera


SHTI perlukan Pulau Pinang sebagai
pangkalan tenteranya

SHTI bersaing kuasa perdagangan
dengan Perancis di India

Pulau Pinang dijadikan pangkalan
tentera untuk mempertahankan India
dari serangan Perancis
Ancaman-Ancaman di Kedah


Kuala Kedah berkembang sebagai
pelabuhan entrepot di Kepulauan
Melayu

pemimpin mengamalkan dasar buka
pintu dalam pentadbiran

Kuala Kedah maju sebagai pusat
perdagangan antarabangsa

para pemimpin Kedah menghadapi
tentangan dan ancaman dalam
usaha mengekalkan kedaulatan
Kedah dari Bugis, Siam dan Burma
i) Ancaman Bugis Dari Selangor


akhir abad ke-18 keadaan politik
Kedah tidak stabil kerana perebutan
takhta antara pembesar-pembesar

keadaan ini mengancam kedaulatan
Kedah

tahun 1770 Sultan Muhammad Jiwa
melantik Tunku Abdullah sebagai
Raja Muda Kedah

kerabat diraja Kedah tidak bersetuju
kerana Tunku Abdullah bukan anak
gahara

kerabat diraja Kedah berpakat
dengan Bugis di Selangor untuk
menentang Sultan Muhammad Jiwa

tentera Bugis pimpinan Raja Haji
menyerang dan menawan Kuala
Kedah dan Alor Setar

Sultan Kedah terpaksa berundur ke
Kangar

Sultan Muhammad Jiwa dapatkan
bantuan tentera dari firma Jourdain
Sullivan and de Souza

tahun 1771 firma telah menghantar
Francis Light ke Kedah untuk
berunding

perjanjian telah ditandatangani yang
membenarkan firma berniaga di
Kuala Kedah

firma dikehendaki membantu Kedah
dalam ketenteraan

Sultan Kedah membatalkan
perjanjian apabila firma tidak
membantu Kedah menyerang Bugis
di Selangor
(ii) Ancaman Siam

Kedah menghentikan penghantaran
bunga emas kepada Siam semasa
Siam berperang dengan Burma
(1753-1781)

selepas perang tamat Siam menjadi
kuasa yang kuat dan menuntut
Kedah menghantar bunga emas,
wang dan tenaga manusia

Kedah berasa terancam

Sultan Abdullah (1778-1797)
mendapatkan bantuan tentera SHTI

Sultan Kedah menawarkan Pulau
Pinang sebagai hadiah sekiranya
SHTI sanggup melindungi Kedah
dari ancaman Siam

Francis Light sedar tentang
kepentingan Pulau Pinang sebagai
pelabuhan dan pangkalan tentera

SHTI bersetuju untuk membantu
Kedah
Francis Light di Pulau Pinang

(Teks m/s: 7-9)


SHTI bersaing dengan Belanda di
semenanjung Tanah Melayu

SHTI bimbang dasar monopoli
Belanda menjejaskan perdagangan
mereka

SHTI anggap tawaran Sultan
Abdullah yang membenarkan
mereka menduduki Pulau Pinang
sebagai ‘pucuk dicita ulam
mendatang’

Francis Light menandatangani
perjanjian secara peribadi dengan
Sultan Abdullah pada tahun 1786
iaitu Perjanjian Inggeris-Kedah

Sultan Abdullah membenarkan
Francis Light menduduki Pulau
Pinang dengan syarat Francis Light
memberi bantuan tentera apabila
perlu


Pada 11 Ogos 1786 upacara
menaikkan bendera rasmi British
iaitu Union Jack diadakan

nama Pulau Pinang ditukar kepada
Prince of Wales Island oleh Francis
Light

ibu negeri Pulau Pinang dinamakan
Georgetown iaitu sempena nama
Raja England – King George III

tahun 1787 sebanyak 42 buah kapal
berlabuh di Pulau Pinang

tahun 1790 bilangan kapal
bertambah kepada 104 buah

bermulanya penjajahan British di
Tanah Melayu
Syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786


SHTI bantu Kedah sekiranya Kedah
diserang musuh

SHTI tidak boleh melindungi musuh
Kedah

SHTI berjanji akan membayar
sebanyak 30 000 dolar Sepanyol
setahun kepada sultan sebagai
pampasan
Pulau Pinang Diambil British Secara
Rasmi


tahun 1786 Siam menakluk Patani
dan mengancam Kedah

Sultan Abdullah menuntut SHTI
memberi bantuan tentera (seperti
dalam perjanjian 1786)

SHTI enggan membantu dengan
alasan SHTI tidak terlibat dengan
perjanjian

SHTI juga mahu menjaga
kepentingan perdagangan dengan
Siam

Sultan Abdullah mendesak Francis
Light meninggalkan Pulau Pinang
kerana tidak menenpati janji

Francis Light enggan dan
menawarkan bayaran ganti rugi
tetapi ditolah oleh Sultan Abdullah

Sultan Abdullah berasa marah dan
tertipu dengan tindakan Francis Light

Tahun 1791 Sultan Abdullah
menyediakan angkatan laut di
Seberang Perai untuk menyerang
dan mengambil semula Pulau Pinang

Sultan Abdullah mendapat bantuan
dari Riau, Siak dan Selangor

Francis Light minta bantuan dari
British menyerang kubu Sultan
Abdullah di Seberang Perai

Sultan Abdullah tewas

Sultan Abdullah terpaksa
menandatangani Perjanjian
Persahabatan dan Keamanan
Inggeris-Kedah pada 1 Mei 1791

kesan-kesan:
-SHTI menduduki Pulau Pinang
secara rasmi
-sebagai ganjaran SHTi membayar
6000 dolar Sepanyol setiap tahun
kepada Sultan Abdullah
-George Leith dilantik sebagai
Gabenor Pulau Pinang yang pertama
1


SHTI Mengambil Seberang Perai

(Teks m/s: 10-12)


2 sebab SHTI memerlukan Seberang
Perai;
i.
Seberang Perai sebagai benteng
mempertahankan serangan terhadap
Pulau Pinang oleh pihak musuh
ii.
Seberang Perai subur dan sesuai
untuk pertanian bagi menampung
makanan di Pulau Pinang

SHTI mengambil kesempatan kerana
Sultan Dziauddin memerlukan
bantuan tentera bagi menghadapi
ancaman Siam

terpaksa menandatangani Perjanjian
Persahabatan dan Perikatan dengan
gabenor Leith pada Jun 1800

kesan – SHTI menduduki Pulau
Pinang dan menukar nama kepada
Province Wellesley
Syarat Perjanjian Persahabatan dan
Perikatan 1800


Sultan Kedah menyerahkan
Seberang Perai

SHTI membayar 10 000 dolar
Sepanyol setahun bagi Pulau Pinang
dan Seberang Perai

SHTI tidak membantu Kedah apabila
Siam menyerang Kedah pada
November 1821

rakyat Kedah terpaksa berjuang
sendiri

Kedah tewas dan ditakluki Siam

Jun 1826 Raja Siam Rama III
menandatangani perjanjian dengan
Henry Burney di Bangkok iaitu
Perjanjian Burney 1826
Syarat Perjanjian Burney 1826


British mengiktiraf ketuanan Siam
terhadap Kedah

Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad
Tajuddin II tidak dibenarkan tinggal di
Kedah, Pulau Pinang, Seberang
Perai, Perak, Selangor dan Burma

British tidak membantu sultan Kedah
menyerang Siam dan jajahan
takluknya

British akan menghantar balik sultan
Kedah yang berlindung di Pulau
Pinang ke Kedah dan Kedah
hendaklah membayar ufti bunga
emas kepada Siam

Siam mengiktiraf pendudukan British
di Pulau Pinang dan Seberang Perai
Perluasan Kuasa British di
Singapura

(Teks m/s: 13-18)
Sebab-Sebab British Bertapak di
Singapura:

i. SHTI gagal memajukan Pulau Pinang

Pulau Pinang gagal mencapai
kemajuan

kedudukan Pulau Pinang jauh ke
utara Selat Melaka menyebabkannya
gagal bersaing sebagai pelabuhan di
Kepulauan Melayu

kebanyakan kapal dagang
berdagang di Betawi, Riau dan
Lingga
ii.
Keinginan British mempunyai
pelabuhan strategik

perdagangan SHTI dengan China
semakin penting

barang dagangan China seperti teh,
sutera, kapas dan bahan pencelup
mendapat pasaran lumayan di
Eropah

SHTI memerlukan pelabuhan
strategik di selatan Selat Melaka
bertujuan untuk menguasai laluan
perdagangan antara India dan China

SHTI menguasai Melaka dan Betawi
semasa Perang Napoleon (17931814)

selepas Perang Napoleon tamat
British terpaksa memulangkan
Melaka dan Betawi kepada Belanda

Belanda mengenakan cukai yang
tinggi dan memberi layanan buruk
kepada pedagang British di Betawi

Stamford raffles ditugaskan mencari
pelabuhan baru

Raffles cuba membuka pelabuhan di
Palembang, Acheh dan Riau tetapi
gagal

hasrat British untuk menyaingi
pengaruh Belanda tidak berhasil
iii.
Singapura sebagai pangkalan
perdagangan yang strategik

merupakan sebahagian wilayah
Johor

kedudukannya strategik di bahagian
selatan semenanjung Tanah Melayu
dapat mengawal laluan perdagangan
di Selat Melaka dan Selat Sunda

Singapura sesuaisebagai pelabuhan
bebas dan pangkalan British untuk
menyaingi Belanda di Betawi

Raffles mencadangkan kepada SHTI
supaya mendirikan pangkalan baru
di Singapura

Raffles yakin Singapura dapat
menyekat kuasa monopoli Belanda
di Kepulauan Melayu

Raffles menghadapi masalah kerana
Sultan Johor iaitu Sultan Abdul
Rahman berada di bawah pengaruh
Belanda
Cara-Cara Raffles (British)
Menguasai Singapura:


Raffles mendarat di Singapura pada
12 Januari 1819

Pada 30 Januari 1819 Raffles
memaksa Temenggung Abdul
Rahman (Pemerintah Singapura dan
Tanah Besar Johor) menandatangani
perjanjian yang membenarkan British
membina loji di Singapura

Temenggung Abdul Rahman
menandatanganinya kerana bimbang
diserang oleh British
Syarat Perjanjian 30 Januari 1819


SHTI boleh mendirikan loji di
Singapura

SHTI bersetuju melindungi
Temenggung Abdul Rahman dari
ancaman dalam dan luar negeri

SHTI akan membayar sebanyak
3000 dolar Sepanyol setahun kepada
Temenggung Abdul Rahman

SHTI tidak membenarkan
Temenggung Abdul Rahman
membuat hubungan dengan kuasa
Barat lain

perjanjian antara Raffles dan
Temenggung Abdul Rahman ini tidak
sah kerana tidak dipersetujui Sultan
Johor iaitu Sultan Abdul Rahman

Raffles merancang untuk
memperdayakan Sultan Abdul
Rahman dan Belanda

Raffles menggunakan helah dengan
menghidupkan semula masalah
pewarisan takhta yang berlaku tahun
1812

Raffles memperalatkan Tengku
Hussein yang kecewa kerana tidak
ditabal sebagai Sultan Johor

Raffles berjaya memujuk
Temenggung Abdul Rahman supaya
menjemput Tengku Hussein ke
Singapura untuk ditabal sebagai
Sultan Johor yang baru

pada 6 Februari 1819 Sultan Hussein
mengiktiraf perjanjian awal antara
Temenggung Abdul Rahman dengan
Raffles yang dibuat pada 30 Januari
1819

SHTI mula bertapak secara rasmi di
Singapura

pertabalan Sultan Hussein
menyebabkan Johor menpunyai dua
prang sultan iaitu Sultan Hussein di
Singapura (diperintah oleh
Temenggung Abdul Rahman) dan
Sultan Abdul Rahman di Lingga

British melantik Residennya di
Singapura iaitu William Farquhar
(1819-1823) dan John Crawford
(1823-1826)
Kuasa British di Singapura Secara
Rasmi:


tahun 1819 British belum lagi
menguasai Singapura secara rasmi

pada 7 Jun 1823 Raffles
menandatangani perjanjian dengan
Sultan Hussein dan Temenggung
Abdul Rahman yang membolehkan
SHTI menguasai Singapura dan
pulau-pulau disekitarnya

pada 2 Ogos 1824 perjanjian
ditandatangani antara Residen
Singapura John Crawford dengan
Sultan Hussein dan Temenggung
Abdul Rahman

kesannya – Sultan Hussein terpaksa
menyerahkan Singapura secara
rasmi kepada SHTI
Syarat Perjanjian 7 Jun 1823


Sultan Hussein terima bayaran 1500
dolar Sepanyol dan Temenggung
Abdul Rahman sebanyak 800 dolar
Sepanyol sebulan

Sultan Hussein dan Temenggung
Abdul Rahman tidak berhak
menerima atau mengutip cukai dari
tongkang Cina
2



SHTI berkuasa di seluruh pulau
Singapura dan pulau-pulau
berdekatan kecuali kawasan atau
pulau kediaman Sultan Hussein dan
Temenggung Abdul Rahman

undang-undang British
dikuatkuasakan
Syarat Perjanjian 2 Ogos 1819


Sultan Hussein dan Temenggung
Abdul Rahman menyerahkan
Singapura kepada SHTI buat
selama-lamanya

Sultan Hussein dan Temenggung
Abdul Rahman hendaklah
membenarkan pedagang-pedagang
bebas berdagang di Johor dan
wilayah takluknya

Sultan Hussein dan Temenggung
Abdul Rahman atau warisnya boleh
menetap di tanah milik baginda di
Singapura atau berpindah dari
Singapura

SHTI mengarahkan Temenggung
Abdul Rahman memindahkan pusat
pentadbiran dari Kuala Sungai
Singapura ke Teluk Belanga

alasan SHTI ialah untuk memajukan
Singapura

SHTI mengambil tanah-tanah di
Kampung Gelam dan Teluk Belanga

tahun 1866 pusat pemerintahan
Johor di Teluk Belanga dipindahkan
ke Johor Bharu
Pertikaian Inggeris-Belanda dan
Perpecahan Kepulauan Melayu

(Teks m/s: 19-20)


Belanda tidak puas hati dengan
petempatan Raffles di Singapura

alasan Belanda ialah Singapura
berada di bawah lingkungan
pengaruh Belanda dan Singapura
akan menjejaskan perdagangan
Belanda di Betawi

kesan pertikaian ialah;
a) Hubungan Belanda-Inggeris tegang
b) British enggan menyerahkan
Singapura kepada Belanda kerana
potensi Singapura sebagai
pelabuhan bebas dan pangkalan
tentera British

c) Satu
perjanjian ditandatangani iaitu
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
(Persetiaan London)

Syarat Perjanjian Inggeris-Belanda
1824 (Persetiaan London)


Belanda mengiktiraf petempatan
British di Singapura
Belanda berjanji tidak akan
membuka petempatan baru di Tanah
Melayu
British menyerahkan Bangkahulu
kepada Belanda dan Belanda
menyerahkan Melaka kepada British
British berjanji tidak akan membuka
petempatan baru ke selatan
Singapura
Kesan Perjanjian Inggeris-Belanda
1824


Kepulauan Melayu terbahagi dua;
a) British menguasai Tanah Melayu
dan Singapura di Utara
b) Belanda menguasai Kepulauan Riau
dan Lingga di Selatan


British dapat meluaskan pengaruh di
Tanah Melayu tanpa gangguan
kuasa-kuasa Barat lain

Melaka menjadi hak British dan
membolehkan British menguasai
laluan perdagangan di Selat Melaka

Kerajaan Johor berpecah dua iaitu;
a) Johor dan Singapura menjadi hak
British
b) Kepulauan Riau dan Lingga menjadi
hak Belanda

Penubuhan Negeri-Negeri Selat –
NNS (Teks m/s: 21-13


tahun 1824 SHTI menguasai Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura

Pulau Pinang ditadbir oleh Leftenan
Gabenor

Singapura dan Melaka ditadbir oleh
Residen

tahun 1826 ketiga-tiganya disatukan
di bawah satu pentadbiran iaitu NNS

tujuan adalah untuk menyeragamkan
pentadbiran dan menjimatkan
perbelanjaan

ibu negeri NNS pertama ialah Pulau
Pinang

tahun 1832 ibu negeri NNS
dipindahkan dari Pulau Pinang ke
Singapura

alasannya kerana kedudukan
Singapura lebih strategik dan
menguntungkan
Pentadbiran di Negeri-Negeri Selat


pentadbiran NNS diketuai oleh
Gabenor

Gabenor menerima arahan daripada
Gabenor Jeneral British di India

Gabenor NNS dibantu oleh Residen
Konsuler bagi setiap negeri di Pulau
Pinang, Singapura dan Melaka

semua dasar dan undang-undang
NNS digubal oleh Gabenor Jeneral
British di India

kesan-kesannya;
a) Penduduk dan pedagang tempatan
tidak puas hati kerana NNS ditadbir
seperti Tanah Jajahan India

b) Saudagar-saudagar British di NNS
merayu dan mendesak supaya
dipindahkan pentadbiran ke London

c) Pada 1 April 1867 NNS diisytiharkan
sebagai Tanah jajahan British dan
diletakkan di bawah Pejabat Tanah
Jajahan di London

d) Majlis Perundangan ditubuhkan bagi
membolehkan NNS meluluskan
undang-undang sendiri

Sebab-Sebab Perpindahan
Pentadbiran NNS Dari India Ke
London (1867)


SHTI di India tidak mengambil berat
tentang kebajikan NNS

NNS membantah cadangan
menghapuskan taraf pelabuhan
bebas di Singapura

Kedatangan imigran Cina ke NNS
tidak terkawal kerana kebanyakan
mereka menubuhkan kongsi gelap
dan melakukan kekacauan

Pengenalan Akta Mata Wang 1855
menyebabkan mata wang Sepanyol
diganti dengan mata wang rupee
India – ini merugikan pedagangpedagang
kerana nilai rupee rendah

Penduduk tempatan membantah
kerana NNS dijadikan tempat
buangan banduan
Kesan Perpindahan Pentadbiran
NNS Ke London


Tahun 1871 mata wang NNS
pertama telah dikeluarkan
……………………………………………

SEJARAH TINGKATAN 2

BAB 2
KEKAYAAN HASIL BUMI
MENDORONG CAMPUR TANGAN
BRITISH

2.1 Dasar Campur Tangan British di
Negeri-Negeri Melayu – NNM
(Teks m/s: 29-32)

Sebab-Sebab Dasar Campur Tangan
British di NNM

i. Kekayaan bumi NNM

hasil bumi seperti bijih timah, emas,
bijih besi dan arang batu

kawasan utama bijih timah di Larut
dan Kinta (Perak), di Sungai Pahang
dan Sungai Lembing (Pahang), di
Lukut, Kuala Lumpur , Ampang dan
Petaling (Selangor) dan di Sungai
Ujong, Negeri Sembilan

kawasan utama emas ialah di Ulu
Tembeling, Pahang
ii. Revolusi Perindustrian

British memerlukan bijih timah untuk
perusahaan mengetin makanan

NNM perlu dikuasai untuk bekalan
bijih timah berterusan

NNM sebagai pasaran hasil keluaran
kilang
iii.
Pembukaan Terusan Suez dan
Penciptaan Kapal Wap

Terusan Suez dibuka tahun 1869

terusan ini menghubungkan Laut
Merah dengan Laut Mediterranean

ia memendekkan perjalanan dari
England (Eropah) ke India, Asia
Tenggara dan China

penciptaan kapal wap
mempercepatkan perjalanan dan
dapat membawa muatan lebih
banyak
iv. Persaingan Kuasa Eropah Lain

abad ke-19 berlaku persaingan
kuasa
3



British di India bimbang dengan
kuasa Eropah lain di Asia Tenggara

British tidak akan membiarkan
kepentingannya di NNM diancam
oleh kuasa Barat lain seperti Belanda
di Hindia Timur (Indonesia), Perancis
di IndoChina dan Sepanyol di Filipina
v. Perubahan Dasar British di London

tahun 1873 Parti Konservatif
menguasai kerajaan British di
London

Parti Liberal kalah

pertukaran kerajaan menyebabkan
dasar tidak campur tangan kepada
dasar campur tangan di NNM
vi. Desakan Pedagang di NNM

keadaan huru-hara berlaku di NNM

antara sebab-sebabnya ialah
pertelingkahan antara pembesar dan
pergaduhan kongsi gelap Cina

keadaan ini memberi kesan kepada
pedagang-pedagang di NNS kerana
mereka mengalami kerugian

akibatnya pedagang mendesak
British campur tangan dan
melindungi kepentingan pelaburan
mereka di NNM

tahun 1873 seramai 243 pedagang
NNS menulis surat kepada Lord
Kimberly iaitu Setiausaha Tanah
Jajahan British mendesak British
campur tangan
Hubungan Antara NNS Dengan NNM


NNS sebagai pelabuhan entrepot

NNS mengendalikan perdagangan
bagi NNM

Pedagang-pedagang NNS melabur
modal dalam perlombongan bijih
timah di Larut, Sungai Ujong, Lukut
dan Klang
2.2 Keadan di Perak, Selangor,
Negeri Sembilan dan Pahang
Memberi Peluang Campur Tangan
British (Teks m/s: 33)


kurun ke-19 keadaan di NNM pantai
barat huru-hara dan tidak stabil

antaranya Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang
i. Keadaan di Perak

politik tidak stabil

sebab-sebab;
a) Pergaduhan antara kongsi gelap
Cina Ghee Hin dan Hai San


buruh Cina dibawa masuk secara
beramai-ramai pada tahun 1848 oleh
Long Jaafar ke daerah Larut (Kelian
Pauh dan Kelian Bharu)

tujuan untuk memajukan lombong
bijih timah di Larut

berlaku pergaduhan di Larut yang
mencetuskan Perang Larut

keadaan menjejaskan perusahaan
bijih timah

Ngah Ibrahim iaitu Menteri Larut
melantik Kapten Speedy (Timbalan
Pesuruhjaya Polis NNS) membantu
menamatkan kekacauan di Larut
b) Perebutan takhta di kalangan
kerabat diraja


berlaku akibat sistem pewarisan
takhta tidak dipatuhi sepenuhnya

mengikut sistem, seseorang anak
raja perlu memegang tiga jawatan
iaitu Raja Di Hilir, Raja Bendahara
dan Raja Muda sebelum berhak
ditabal menjadi sultan

tahun 1871 Sultan Ali mangkat dan
pembesar-pembesar Perak melantik
Raja Ismail (Raja Bendahara ketika
itu) sebagai sultan Perak yang baru

pelantikan itu ditentang oleh Raja
Abdullah (Raja Muda ketika itu) dan
Raja Yusuf (Raja Di Hilir ketika itu)

Raja Abdullah sepatutnya mewarisi
takhta

pada upacara pemakaman Sultan Ali
di Sayong Raja Abdullah tidak hadir
walaupun dijemput

Raja Yusuf diketepikan kerana tidak
disukai oleh pembesar-pembesar
Perak

tentangan kuat Raja Abdullah
disokong penuh pembesar-pembesar
di hilir Perak seperti Dato’ Maharaja
Lela dan Dato’ Sagor

kuasa Sultan Ismail hanya terbatas
di hulu Perak sahaja

Raja Abdullah terus berkuasa di hilir
Perak

keadaan ini menyebabkan
perpecahan dan menggugat
keamanan di Perak

Raja Abdullah meminta bantuan
British untuk mengiktiraf beliau
sebagai sultan

permintaan Raja Abdullah diterima
penuh minat oleh Andrew Clarke
(Gabenor NNS) yang membuka
peluang British untuk menguasai
Perak
Langkah-langkah Menamatkan
Kekacauan:


Andrew Clarke memanggil
pembesar-pembesar Melayu dan
pemimpin kongsi gelap Cina
berunding di Pulau Pangkor

antara pembesar yang hadir ialah
Raja Abdullah, Ngah Ibrahim dan
Dato’ Sagor

Sultan Ismail tidak hadir kerana lewat
menerima surat jemputan

antara pemimpin kongsi gelap yang
hadir ialah Kapitan Ah Kwee (Ketua
Kumpulan Hai San)

hasil rundingan membawa kepada
termeterainya Perjanjian Pangkor
pada 30 Januari 1874

perjanjian ditandatangani atas kapal
british iaitu H.M.S. Pluto
Syarat-Syarat Perjanjian Pangkor 1874:


Raja Abdullah diiktiraf sebagau
sultan Perak

Raja Ismail diakui sebagai Raja
Muda

sultan menerima seorang Residen
British sebagai penasihat dalam
semua perkara kecuali hal-hal
agama Islam dan adapt istiadat
Melayu


Residen berkuasa penuh ke atas
pungutan cukai di Perak

Residen, Penolong Residen, Sultan
dan pembesar dibayar gaji daripada
pungutan hasil mahsul Perak

Ngah Ibrahim kekal sebagai Menteri
Larut dan menerima seorang
Penolong Residen

Menteri Larut bertanggungjawab
membiayai segala usaha
mengembalikan keamanan di Perak
Kesan Perjanjian Pangkor Ke Atas
Perak:


tanda bermulanya kuasa British
secara langsung dalam pentadbiran
dan ekonomi Perak
ii. Keadaan di Selangor

tahun 1857 Sultan Abdul Samad
yang berkuasa di daerah Langat
ditabal menjadi sultan Selangor

daerah Klang dikuasai Raja
Sulaiman

apabila Raja Sulaiman mangkat,
Klang dikuasai pula oleh Raja
Abdullah

timbul rasa tidak puas hati oleh Raja
Mahadi (putera Raja Sulaiman)

Raja Abdullah berjaya memajukan
perlombongan bijih timah di daerah
Klang

buruh-buruh Cina dibawa masuk
bekerja di lombong-lombong

lombong-lombong bijih timah dibuka
di Kuala Lumpur dan Ampang

tahun 1860 daerah Klang
berkembang maju sebagai pusat bijih
timah

Klang dijadikan ibu negeri Selangor
sebelum dipindahkan ke Kuala
Lumpur pada tahun 1880

kekayaan Klang menjadi rebutan dan
perbalahan antaranya oleh Raja
Mahadi

perbalahan antara mereka
mencetuskan perang saudara –
Perang Klang

perang audara merebak ke daerahdaerah
lain di Selangor

keadaan bertambah buruk apabila
pelombong-pelombong Cina terlibat
sama

tahun 1866 Raja Mahadi menyerang
Raja Abdullah di Klang

kegiatan perdagangan Selangor
terjejas
Langkah-Langkah Ke Arah
Menamatkan Perang Klang:


Sultan Abdul Samad (1857-1898)
melantik Tengku Kudin untuk
menamatkan Perang Klang

Tengku Kudin (nama sebenar
Tengku Dhiauddin) ialah putera
diraja Kedah, menantu Sultan Abdul
Samad dan wakil sultan untuk
mentadbir dan memajukan Selangor
(1868)

Tengku Kudin tidak diterima
pembesar-pembesar Selangor
4


termasuk Raja Mahadi kerana beliau
bukan anak negeri Selangor


Tengku Kudin meminta bantuan
British

British mendesak Sultan Abdul
Samad menerima Residen British
tetapi gagal

British terus berusaha mencari
alasan untuk menempatkan
residennya di Selangor

tahun 1873 sebuah kapal dagang
British dirompak di Langat

1874 rumah api British di Tanjung
Rachado (sekarang Tanjung Tuan,
Negeri Sembilan) telah diserang

kapal perang British iaitu H.M.S.
Rinaldo membedil Kuala Selangor

British membantu Tengku Kudin
menewaskan Raja Mahadi dan
menamatkan Perang Klang

British mendesak Sultan Abdul
Samad meletakkan Selangor di
bawah naungannya

tahun 1874 J.G. Davidson dilantik
sebagai Residen Selangor yang
pertama

Penolong Residennya ialah Frank
Swettenham
iii. Keadaan di Sungai Ujong

Sungai Ujong kaya dengan bijih
timah

tahun 1872, Dato’ Kelana Syed
Abdul Rahman menjadi pemerintah
Sungai Ujong

seorang lagi pembesar yang
berpengaruh di Sungai Ujong ialah
Dato’ Bandar Kulop Tunggal

kedua-duanya saling bersengketa

sebab-sebab mereka bersengketa
ialah;
i.
Kedua-duanya berebutkan Sungai
Linggi yang merupakan jalan
perhubungan utama ke pelabuhan
Melaka
ii. Pungutan
cukai ke atas pedagang
yang melalui sungai ini sangat
lumayan

Dato’ Kelana berasa kedudukannya
tidak terjamin kerana Dato’ Bandar
disokong kuat penduduk tempatan
dan pelombong-pelombong Cina
daerah Sungai Ujong

Dato’ Kelana meminta bantuan
British

tahun 1874 Dato’ Kelana
menandatangani perjanjian
menerima perlindungan British

syarat-syarat perjanjian ialah;
i.
Dato’ Kelana diiktiraf pemerintah
daerah Sungai Ujong
ii. British
berkuasa penuh mengutip
cukai di Sungai Linggi
iii. Residen
British pertama yang
ditempatkan di Sungai Ujong ialah
P.J.Murray
Dato’ Bandar tidak mengiktiraf
perjanjian dan menentang tindakan
British mengutip cukai di Linggi

British
memberi bantuan tentera
kepada Dato’ Kelana untuk
menewaskan Dato’ Bandar


Dato’ Bandar dibuang negeri ke
Singapura

British menguasai daerah-daerah
lain seperti Rembau, Jelebu dan Sri
Menenati

British menempatkan pegawai
Majistret dan Pemungut Hasil di
setiap daerah, antaranya tahun 1883
di Rembau, 1886 di Jelebu dan 1889
di Sri Menanti

tahun 1895 semua daerah disatukan
dan membentuk persekutuan yang
dipanggil Negeri Sembilan

Tunku Muhammad Ibni Yamtuan
Antah (Yamtuan Sri Menanti) ditabal
sebagai Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan yang pertama

Tahun 1895 Residen British
ditempatkan di Negeri Sembilan iaitu
Martin Lister

Negeri Sembilan secara sah menjadi
negeri naungan British
iv. Keadaan di Pahang

Pahang tidak sekaya seperti Negeri-
Negeri Melayu yang lain

British mahu menguasai Pahang
bagi menghalang kuasa Eropah lain
bertapak di Negeri-Negeri Melayu

kurun ke-19 Asia Tenggara menjadi
tempat kuasa Perancis, Rusia dan
Jerman mencari tanah jajahan

Sultan Ahmad berusaha
mengekalkan kedaulatan Pahang
dari dijajah British seperti yang
berlaku di Perak, Selangor dan
Negeri Sembilan

Sultan Ahmad mencontohi tindakan
Sultan Abu baker dari Johor untuk
membangunkan Pahang bagi
menyekat pengaruh British

Sultan Ahmad membawa masuk
pelabur-pelabur Eropah untuk
memajukan Pahang

syarikat-syarikat Eropah
mengusahakan lombong emas dan
bijih timah di Pahang

contoh;
i.
Pahang Corporation Ltd (Sungai
Lembing)
ii. Malay Peninsular (Pahang)
iii. Prospecting Co. (Selising)
iv.Penjom & Sg. Dua Semantan Co.
(Penjom)
tindakan Sultan Ahmad tidak disenangi
British kerana menjejaskan
kepentingan mereka di Negeri-
Negeri Melayu

Perluasan Kuasa British di Pahang


tahun 1886, Frank Swettenham dan
Frederick Weld Gabenor Negeri-
Negeri Selat memujuk Sultan Ahmad
menerima Residen british tetapi
gagal

tahun 1887 British mendapatkan
bantuan Sultan Abu Bakar di Johor
untuk memujuk Sultan Ahmad
menerima pengaruh British

Hugh Clifford dilantik sebagai wakil
British di Pahang

British masih tidak puas hati kerana
wakil British berkuasa terhad

tahun 1888 seoreang warganegara
British berbangsa Cina iaitu Go Hui
ditemui mati berhampiran istana
Sultan Ahmad

British menggunakan peluang ini
mendesak Sultan Ahmad menerima
Residen British atas alasan Sultan
Ahmad tidak mampu mewujudkan
keamanan di Pahang

akhirnya Sultan Ahmad terpaksa
menerima J.P.Rodger sebagai
Residen British

penerimaan ini sebagai tanda
berakhirnya kedaulatan Pahang

British mula campur tangan secara
langsung dalam pentadbiran Pahang
Residen Menggugat Kuasa Sultan
dan Pembesar (Teks m/s: 44)


campur tangan British di Negeri-
Negeri Melayu membawa kepada
pengenalan Sistem Residen

antaranya;
i.
Perak (J.W.W. Birch)
ii. Selangor ( J.G. Davidson)
iii. Negeri Sembilan (Martin Lister)
iv.Pahang (J.P. Rodger)

ia menandakan negeri-negeri ini
diletakkan sebagai negeri naungan
British

keadaan ini menggugat kuasa sultan
dan pembesar
Sebab-Sebab Sistem Residen
Menggugat Kuasa Sultan dan
Pembesar


Residen menjalankan semua urusan
pentadbiran negeri

Residen memaksa sultan menerima
nasihat dalam semua perkara
pentadbiran (kecuali hal-hal agama
Islam dan adat istiadat Melayu)

nasihat Residen mesti dipatuhi dan
dilaksanakan

Residen mengambil alih kuasa dan
hak memungut cukai (oleh pegawai
British iaitu Pegawai Majistret dan
Pemungut Hasil)

Residen menghapuskan amalan
perhambaan yang melampaui bidang
kuasa mereka (perhambaan –
amalan adapt turun-temurun
pembesar Melayu)
2.4 Pengukuhan Kuasa British
Melalui Pembentukan Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

Teks m/s: 45-46

Faktor-Faktor Pembentukan NNMB
(1896):

(i) Kelemahan Pelaksanaan Sistem
Residen

Residen tidak diberikan panduan
jelas untuk menjalankan tugas

Residen menjadi terlalu berkuasa

Pentadbiran setiap negeri tidak
seragam kerana mempunyai
undang-undang sendiri

Gabenor Negeri-Negeri Selat di
Singapura gagal mengawal kuasa
Residen
5


(ii)Krisis Kewangan Pahang


perbelanjaan negeri meningkat
kerana Pahang terpaksa
menanggung banyak hutang akibat
kebangkitan rakyat menentang
British

jika pahang digabungkan dengan
negeri-negeri kaya seperti Perak dan
Selangor masalah dapat diringankan
(iii) Perkongsian Perkhidmatan Pakar

menjimatkan bayaran perkhidmatan
pakar seperti jurutera, juru ukur dan
doktor
(iv) Sistem Perhubungan

sistem perhubungan seperti jalan
raya dan landasan keretapi antara
Negeri-Negeri Melayu dapat
dimajukan
(v) Faktor Keselamatan

mengukuhkan kekuatan dan
pertahanan ketenteraan
Langkah-Langkah Ke Arah
Penubuhan Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu:


Perjanjian Persekutuan
ditandatangani pada 12 Jun 1895

NNMB atau Persekutuan 1896 terdiri
daripada Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang telah
disatukan pada 1 Julai 1896

pusat pentadbiran Persekutuan
terletak di Kuala Lumpur

pentadbiran kerajaan Persekutuan
dibahagikan kepada dua iaitu
Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri

diketuai oleh Residen Jeneral
pertama Frank Swettenham (18961900)
Syarat-Syarat Perjanjian Persekutuan
12 Jun 1895:


Raja-Raja Melayu bersetuju
menggabungkan negeri mereka
menjadi sebuah persekutuan yang
akan dikenali sebagai NNMB

Raja-Raja bersetuju menerima
seorang pegawai British sebagai
Residen Jeneral

Raja-Raja bersetuju mengikut
nasihat Residen Jeneral dalam
semua perkara kecuali yang
berkaitan dengan agama Islam dan
adapt istiadat Melayu

Raja-Raja Bersetuju membantu
negeri-negeri yang memerlukan
bantuan mengikut nasihat kerajaan
British

Residen Jeneral bertanggungjawab
kepada Gabenor Negeri-negeri Selat
yang juga menjadi Pesuruhjaya
Tinggi NNMB
Struktur Pentadbiran Persekutuan 1896
(NNMB)

Pesuruhjaya Tinggi British
(Gabenor NNS di Singapura)

.


Residen Jeneral
(berpusat di Kuala Lumpur-tinggal di
Carcosa tahun 1898)

.


Residen
Perak Selangor N9 Pahang

2.5 Pembentukan Persekutuan
Mencabar Kewibawaan Sultan
(Teks m/s: 47-48)

Kesan-Kesan Pembentukan
Persekutuan 1896


Residen Jeneral berkuasa dalam
pentadbiran, kewangan dan cukai
eksport

kerajaan pusat menubuhkan jabatanjabatan
yang diketuai pegawaipegawai
British seperti Jabatan
Kehakiman, Jabatan Kewangan,
Jabatan Perhubungan dan
Perkhidmatan Awam

penglibatan orang-orang Melayu
adalah terhad

sultan dikehendaki menurut nasihat
Residen Jeneral dalam semua hal
(kecuali hal berkaitan agama Islam
dan adat Melayu)

kuasa sultan dan Majlis Mesyuarat
Negeri diambil alih oleh Residen
Jeneral
Kesan-Kesan Kuasa Sultan
Dikurangkan


sultan-sultan NNMB tidak puas hati

tahun 1897 British bersetuju
menubuhkan DURBAR iaitu
Persidangan Raja-Raja Melayu bagi
mengatasi masalah

ahli-ahli Durbar ialah;
i.
Pesuruhjaya Tinggi
ii. Raja-Raja Melayu
iii. Residen Jeneral
iv.4
orang Residen (Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Pahang)

Durbar pertama diadakan pada 1897
di Kuala Kangsar, Perak

Durbar kedua didakan pada tahun
1903 di Kuala Lumpur
Persidangan DURBAR II (1903) di
Kuala Lumpur


Sultan Perak iaitu Sultan Idris (18871916)
mendesak British tentang;
i.
Pemusatan kuasa di tangan Residen
Jeneral
ii. Mendesak kuasa
Raja-Raja Melayu
dikembalikan
iii. Mendesak bilangan pegawai Melayu
dalam perkhidmatan kerajaan
ditambah dan dilantik ke jawatan
lebih tinggi
iv.Mendesak
Bahasa Melayu diiktiraf
menjadi bahasa rasmi


kesan-kesan desakan;
i.
British menggantikan Durbar dengan
Majlis Mesyuarat Persekutuan 1909
ii. Jawatan Residen Jeneral digantikan
dengan Ketua Setiausaha
iii. British
bersetuju menyerahkan
semula kuasa mentadbir kepada
Majlis Mesyuarat Negeri
iv.Tahun
1903-1909 Pesuruhjaya
Tinggi NNMB ialah Frank
Swettenham

SEJARAH TINGKATAN DUA

BAB 3 – NEGERI-NEGERI MELAYU

UTARA (NNMU) DAN JOHOR
BENTENG KESELAMATAN
BRITISH


3.1 NNMU Penampan Keselamatan
British di Tanah Melayu
(Teks m/s: 55-57


akhir abad ke-19 muncul Zaman
Imperialis Baru

kuasa-kuasa Barat seperti Perancis,
Jerman, Amerika Syarikat dan Rusia
bersaing untuk mendapatkan bahan
mentah dan tanah jajahan

negara-negara di Asia Tenggara
seperti Tanah Melayu dan Siam
menjadi rebutan

British berasa bimbang dan tercabar

kebimbangan ini mendorong British
meluaskan pengaruh ke NNMU
Peluasan Kuasa Yang
Membimbangkan British

i.
Perancis
-ingin meluaskan kuasa ke Lembah
Menam Chao Phraya

-merancang membina terusan di
Segenting Kra yang akan
mengancam kedudukan dan
perdagangan di Singapura

ii. Jerman

berusaha mendapatkan Pulau
Langkawi daripada Siam
iii. Amerika Syarikat
– ingin bertapak di Terengganu
iv. Rusia

berhasrat membuka petempatan di
Ujung Salang
Cara British Menghalang Pengaruh
Eropah di Tanah Melayu

i.
British Menandatangani Perjanjian
Sulit 6 April Dengan Siam

tujuan menghalang Siam menyerah
dan membenarkan mana-mana
kuasa lain bertapak di Siam

syarat-syarat perjanjian;

Siam tidak akan menyerahkan
Kedah, Kelantan, Terengganu dan
Perlis kepada mana-mana kuasa lain
tanpa izin British

British mengakui hak Siam ke atas
negeri-negeri tersebut

British akan membantu Siam jika
diserang musuh
6



kesan perjanjian;

gagal menghalang sultan setiap
negeri dari menjalinkan hubungan
dengan kuasa-kuasa lain

contoh: -tahun 1897 Sultan Kelantan
memberi konsesi tanah seluas 776
996 hektar kepada Duff Development
Company untuk melombong emas

Sultan Terengganu menerima
permohonan Amerika Syarikat untuk
membuka petempatan di Pulau
Redang
ii.
Menandatangani Perisytiharan
Rritish-Siam 1902

tujuan untuk menghalang perluasan
kuasa Barat lain

syarat-syarat perjanjian;

British mengiktiraf NNMU dibawah
naungan Siam

rakyat British dilantik oleh kerajaan
Siam sebagai penasihat sultan iaitu
Kelantan (W.A. Graham), Kedah (
Meadowe Frost) dan Perlis (H.E.
Duke)

Kelantan dan Terengganu tidak
dibenarkan memberi konsesi kepada
kuasa asing

kesan-kesan perjanjian;

British berjaya mengukuhkan
pengaruh di NNMU
iii. Menandatangani Perjanjian Bangkok
1909 (British-Siam)

tujuan untuk British terus
menghalang kuasa Barat lain

syarat-syarat perjanjian;

Siam menyerahkan Kedah, Perlis,
Kelantan dan Terengganu kepada
British

Siam tidak akan menyewakan manamana
wilayahnya tanpa kebenaran
British

British menyerahkan Hak Wilayah
Asingan kepada Siam

kesan-kesan perjanjian;

NNMU diserahkan kepada British

Raja-Raja Melayu tidak dibawa
berunding dan terpaksa akur dengan
keputusan perjanjian
Penasihat British Mengancam
Kedaulatan Negeri-Negeri Melayu
Utara

(Teks m/s: 58-62)

(i) Penasihat British di Kedah

Sultan Abdul Hamid Halim Shah
tidak mengiktiraf Perjanjian Bangkok

Baginda enggan menerima
penasihat British

tahun 1910 British tetap melantik
penasihat British iaitu George
Maxwell

George Maxwell mengukuhkan
kuasa dengan melaksanakan
pentadbiran Barat di Kedah

tindakan George Maxwell itu
menimbulkan konflik dengan anggota
majlis Mesyuarat Negeri pimpinan
Tunku Mahmud

berlaku percanggahan pentadbiran di
Kedah antara Tunku Mahmud
dengan George Maxwell

Tunku Mahmud berjaya
mengekalkan identiti Kedah melalui
tindakan mahkamah

Tunku Mahmud menentang tindakan
George Maxwell mengibarkan
bendera Union Jack dikediamannya
Usaha-Usaha Tunku Mahmud
Mengekalkan Identiti Kedah


menggunakan Bahasa Melayu dalam
surat rasmi dan perundangan

surat rasmi tidak perlu ditapis

penggunaan kalendar Hijrah

cuti umum pada hari Jumaat

melantik orang Melayu dalam
pentadbiran Kedah
Usaha-Usaha George Maxwell
Menerapkan Pengaruh barat
Dalam Pentadbiran Kedah


menggunakan bahasa Inggeris
dalam surat rasmi dan perundangan

surat rasmi ditapis oleh Penasihat
British

menggunakan kalendar Masehi

cuti umum pada hari Ahad

pelantikan pegawai British dalam
pentabiran Kedah
(ii) Penasihat British di Perlis

Raja Syed Alwi membantah tindakan
Siam menyerahkan Perlis kepada
British

Baginda enggan menerima
Penasihat British

British tidak peduli (degil)

Kapten Meadowe Frost dilantik
sebagai Penaihat British

cara untuk mengukuhkan kuasa di
Perlis;
i.
Menggubal undang-undang
ii. Memperkenalkan
jabatan-jabatan
baru seperti Jabatan Hasil dan
Cukai, Mahkamah Tinggi dan
Mahkamah Kadi
iii. Menguasai
Jabatan Kewangan
sebagai strategi menguasai
pentadbiran Perlis
(iii) Penasihat British di Kelantan

tahun 1910 Sultan Muhammad IV
terpaksa menandatangani perjanjian
dengan British

tujuan untuk menempatkan
Penasihat British di Kelantan

J.S. Mason dilantik sebagai
Penasihat British

perubahan-perubahan yang berlaku
ialah;
-tahun 1915 kuasa mentadbir jajahan
diambil alih oleh pegawai-pegawai
British

-
British menguasai jabatan-jabatan
baru seperti Mahkamah Tinggi,
Jabatan Polis dan Pejabat Tanah


kesan-kesan;
-
pentadbiran Kelantan dikuasai
sepenuhnya oleh British

(iv) Penasihat British di Terengganu

Sultan Zainal Abidin II tidak
mengiktiraf Perjanjian Bangkok

Baginda menolak pelantikan
Penasihat British

Sultan Zainal Abidin II menemui
Pesuruhjaya Tinggi British di
Singapura untuk membuat bantahan

tahun 1910 British tetap melantik
W.L. Conlay sebagai wakil British

bidang kuasa terhad dalam
menguruskan hal ehwal luar
Terengganu sahaja

tahun 1911 Sultan Zainal Abidin II
menggubal perlembagaan Undang-
Undang Tubuh Kerajaan Terengganu

tujuan adalah untuk memelihara
kedaulatan dan kemerdekaan
Terengganu

tahun 1918 Sultan Muhammad II
memerintah Terengganu

tahun 1919 British mendesak supaya
menandatangani perjanjian di
Singapura

British melantik J.L. Humphreys
sebagai Penasihat British

Sultan Muhammad II turun takhta
kerana enggan tunduk kepada
tekanan British

British menguasai kesemua jabatan
penting kerajaan Terengganu seperti
Jabatan Kastam, Jabatan Perubatan,
Jabatan Kerja raya dan Jabatan
Tanah dan Galian
Sebahagian Kandungan Undang-
Undang Tubuh Kerajaan
Terengganu

( Ittiqan – ilmuluk bi – ta’dil ilsuluk)


sultan tidak boleh menyerahkan
Terengganu kepada mana-mana
kuasa asing

mustahak ke atas raja bermesyuarat

hak Raja dan Menteri Besar dalam
memilih Jemaah Menteri
3.3 Pemodenan Johor Melambatkan
Campur Tangan British
(Teks m/s: 63-70)


Johor adalah negeri Melayu terakhir
menerima Penasihat British

Johor mengamalkan dasar
persahabatan dengan British

Johor berjaya mengekalkan
kedaulatan hingga tahun 1914

Sebab-sebab;
a. Kebijaksanaan pemerintah
b. Pengenalan sistem birokrasi moden
c. Kestabilan
dan kemakmuran
ekonomi

antara pemimpin-pemimpin Johor
yang berwibwa ialah;
i.
Temenggung Daeng Ibrahim (18251826)
ii. Sultan Abu Bakar (1862-1895)
Temenggung Daeng Ibrahim (18251862)



tahun 1825 Temenggung Abdul
Rahman mangkat dan digantikan
puteranya Daeng Ibrahim sebagai
Temenggung Johor
7



berkhidmat di bawah Sultan Hussein
dan Sultan Ali

tahun 1855 satu Perjanjian
Persahabatan ditandatangani antara
Temenggung Daeng Ibrahim
dengan Sultan Ali

Temenggung Daeng Ibrahim diberi
kuasa menjadi pemerintah Johor
kecuali di wilayah Kesang (di bawah
Sultan Ali)

antara kewibawaan Temenggung
Daeng Ibrahim ialah;
-menjalankan pentadbiran dengan
cekap
-mengasaskan pusat pentadbiran baru
di Tanjung Puteri
-
memajukan ekonomi Johor dengan
cara menggalakkan kemasukan
orang Cina dari Singapura untuk
mengusahakan lading lada hitam
melalui Sistem Kangcu

Syarat-Syarat Persetiaan Antara
Temenggung daeng Ibrahim
Dengan Sultan Ali (Mac 1855)


Sultan Ali diiktiraf sebagai Sultan
Johor tetapi gelaran itu tidak boleh
diwariskan kepada keturunan
baginda

Kawasan pemerintahan Sultan Ali di
wilayah Kesang
Sistem Kangcu


diperkenalkan oleh Temenggung
Daeng Ibrahim tahun 1833

kangcu asalnya daripada perkataan
Cina iaitu Tuan Sungai

Sistem Kangcu melibatkan;
a. Orang Cina
diberi Surat Kebenaran
iaitu Surat Sungai untuk menetap
dan mengusahakan pertanian di
tebing sungai
b. Kawasan
lading dikenalisebagai
‘Kangkar’ atau Kaki Sungai
c. Setiap kangkar diketuai oleh seorang
kangcu yang memerintah dan
memungut cukai
d. Tanaman
adalah seperti lada hitam
dan gambir
e. Hasil
tanaman dikenakan cukai
(sumber pendapatan kerajaan Johor)
Sultan Abu Bakar : Bapa Pemodenan
Johor (1862-1895)


tahun 1862 naik takhta Johor
selepas kemangkatan ayahandanya

diberi gelaran Datuk Temenggung
Abu Bakar Seri Maharaja Johor

sering ke England untuk mempelajari
cara pentadbiran terbaik bagi
membangunkan Johor

tahun 1868, Ratu Great Britain
mengurniakan gelaran Maharaja
Johor kepada Sultan Abu Bakar

tahun 1885, satu Perjanjian
Persahabatan ditandatangani antara
Johor dengan British

persetujuan dicapai tentang;
i.
Johor diiktiraf negeri bebas dan
berdaulat
ii. Maharaja
Abu Bakar diiktiraf Sultan
Johor (setelah Sultan Ali dari
keturunan Bendahara mangkat tahun
1877)

iii. Kedudukan Sultan Johor lebih tinggi
daripada Pesuruhjaya Tinggi di
Singapura
iv.Sultan
Abu Bakar boleh berhubung
terus dengan kerajaan British di
London tanpa melalui Pesuruhjaya
Tinggi


kesan-kesan persetujuan;
a. Sultan Abu Bakar berjaya menyekat
kuasa British terhadap Johor
b. Sultan Abu Bakar menerima seorang
Konsul British bukannya Penasihat
British
Usaha-Usaha Pemodenan oleh
Sultan Abu Bakar

(a)
Memodenkan pentadbiran
Johor dengan mengadakan
mahkamah, perkhidmatan pos dan
jabatan Kerja Raya
(b)
Menjaga kebajikan rakyat
dengan membina sekolah, hospital
dan jalan raya
(c)
Menjaga keamanan negeri
dengan menubuhkan pasukan polis
dan tentera
(d)
Memantapkan ekonomi Johor
dengan cara meneruskan Sistem
Kangcu dan menjadi pengeksport
lada hitam dan gambir terbesar dunia
(e)
Mengisytiharkan Undang-
Undang Tubuh Kerajaan Johor tahun
1895 yang merupakan
perlembagaan bertulis pertama dan
menjadi asas kepada pembentukan
institusi Raja Berperlembagaan
Kandungan Undang-Undang Tubuh
Kerajaan Johor

(a)
Sultan tidak boleh
menyerahkan Johor kepada kuasa
asing
(b)
Ditubuhkan Majlis Mesyuarat
Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri
(c)
Anggota Majlis Mesyuarat
Menteri dilantik daripada orang
Melayu dan bertanggungjawab
menasihati sultan dalam pentadbiran
(d)
Ahli Majlis Mesyuarat Negeri
terdiri daripada rakyat Johor yang
berperanan menggubal undangundang
Kesan-Kesan Kebijaksanaan Sultan
Abu Bakar

(a)
Digelar ‘Bapa Pemodenan
Johor’ kerana membawa banyak
perubahan dalam pentadbiran dan
pembangunan Johor
(b)
British tidak dapat
menggugat kemerdekaan Johor
(c) Johor aman dan makmur
(d)
Ketokohan Sultan Abu Bakar
dihormati pemerintah British
Pemimpin Johor Yang Berwibawa


pembangunan dan pemodenan
Johor akibat persepakatan antara
sultan dan pembesar

kepintaran dalam pentadbiran
menyebabkan British tidak
mempunyai alasan untuk campur
tangan


antara pemimpin terkemuka Johor
ialah;
i.
Dato’ Abdul Rahman bin Andak
ii. Dato’ Jaafar bin Muhammad
iii. Dato’ Muhammad Salleh bin Perang
iv.Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi
Dato’ Jaafar bin Muhammad


Merupakan Setiausaha kerajaan
Johor pertama (1868)

Menteri Besar Johor pertama (18821919)

Digelar Datuk Bentara

Beliau mewajibkan semua pegawai
British di Johor.
memakai pakaian
rasmi Johor

Bendera Union Jack iaitu bendera
rasmi British dikibar lebih rendah
daripada bendera Johor demi
maruah dan kedaulatan Johor

Surat rasmi dalam bahasa Melayu
bagi memartabatkan bahasa Melayu
Dato’ Abdul Rahman bin Andak


Merupakan Setiausaha Sulit Sultan
Johor (1885)

Setiausaha Kerajaan Johor (18931909)

Digelar Dato’ Seri Amar Diraja

Berperanan dalam hal ehwal
hubungan luar negeri

Bertanggungjawab mengawal
hubungan Johor-British

Tahun 1888 menjadi perintis kepada
penubuhan Pakatan Belajar
Mengajar Pengetahuan Bahasa
Johor (sebuah badan persuratan
terulung tanah air)
Dato’ Muhammad Salleh bin Perang


Pernah memegang perlbagai
jawatan dalam kerajaan

Antaranya;
a. Pesuruhjaya Polis – untuk keamanan
dan kestabilan Johor
b. Ketua
jabatan Ukur – tugasnya
melukis peta pembangunan Johor
yang menunjukkan semua jalan yang
akan dimajukan dan melukis peta
lengkap negeri Johor
c. Ketua
Jabatan Tanah – merancang
pembangunan di Muar, Endau,
Segamat, Tangkak dan Batu Pahat

Digelar sebagai Dato’ Bentara Luar
Dato’ Muhammad Ibrahim Munsyi


Ketua Jabatan Pendidikan Johor
yang pertama tahun 1883

Mendidirkan banyak sekolah dan
mendesak pendidikan wajib kepada
rakyat Johor

Dianugerahi Dato’ Bentara Dalam

Digelar Bapa Pendidikan Melayu
Johor

Tahun 1893 dilantik sebagai
Timbalan Menteri yang pertama
8


Johor Di ambang Penjajahan British


sejak Perjanjian Persahabatan 1885
British menyusun strategi untuk
menguasai Johor

British bimbang Johor dikuasai kuasa
Barat lain

usaha dan muslihat British untuk
menguasai Johor, antaranya;
i.
British menubuhkan Lembaga
Penasihat Johor
ii. Sultan
Johor dinasihati supaya
meminjam sebanyak 200,000 dolar
dari Negeri-Negeri Selat
-
tujuan untuk membina landasan
keretapi dari Johor ke Singapura
-ia muslihat British untuk mengawal
kewangan Johor


muslihat British disedari oleh Dato’
Abdul Rahman Andak dengan
menasihati sultan supaya tidak
menerima tawaran pinjaman British

rancangan British berjaya digagalkan

British menyedari kepintaran Dato’
Abdul Rahman Andak dan bukan
mudah untuk campur tangan di Johor

British berusaha menyingkirkan Dato’
Abdul Rahman Andak

tahun 1907 John Anderson iaitu
Gabenor Negeri-Negeri Selat
mencadangkan supaya Dato’ Abdul
Rahman Andak dibersarakan dan
dihantar ke London

British menggunakan peluang ini
untuk menguasai Johor

Sultan Ibrahim iaitu putera Sultan
Abu Bakar terpaksa meminda
Undang-Undang Tubuh Kerajaan
Johor bagi membolehkan British
menjadi ahli Majlis Mesyuarat Negeri

tahun 1914 British melantik Douglas
Campbell sebagai Penasihat British
di Johor
Lembaga Penasihat Johor


ditubuhkan di London pada 1886

Sultan Johor berhubung secara
langsung dengan Pejabat Tanah
Jajahan di London

Dianggotai oleh orang British

Fungsinya adalah untuk
menguruskan hubungan luar Johor
dan menasihati Sultan Johor tentang
hal-hal pentadbiran
BAB 5 – KEKAYAAN EKONOMI

SABAH MENARIK MINAT
‘SYARIKAT BORNEO UTARA
BRITISH’ (SBUB)


Sabah di bawah pengaruh
Kesultanan Brunei dan Kesultanan
Sulu

Sabah menjadi tumpuan pedagang
Barat kerana kedudukannya strategik
dan kaya dengan hasil bumi
5.1 SBUB Bertapak Di Sabah
( Teks m/s: 102-104)


Sabah menarik perhatian pelaburpelabur
Barat kerana potensi
ekonomi

antaranya kuasa Amerika Syarikat,
Britain, Belanda dan Sepanyol

syarikat-syarikat asing mula bertapak
di Sabah
Amerika Syarikat


tahun 1865 Sultan Brunei beri
konsesi tanah di Sabah kepada wakil
Amerika Syarikat iaitu W. L. Moses

tempoh sewaan selama 10 tahun

Moses menjual konsesi kepada The
American Trading Company diketuai
oleh J.W. Torrey dan T. B. Harris

Torrey gagal menanam kopi dan
tebu di Kimanis

Torrey menjual haknya kepada Von
Overbeck
Britain


Von Overbeck menghadapi masalah
kewangan

Tahun 1877 Overbeck meminjam
wang daripada syarikat Alfred Dent
dan Edward Dent

Gabenor Labuan iaitu W. H.
Treacher bersetuju membantu
Overbeck memperbaharui tempoh
pajakan daripada Sultan Brunei
dengan syarat syarikat yang
ditubuhkan diletakkan di bawah
kekuasaan British

Tahun 1877 Sultan Brunei iaitu
Sultan Abdul Mu’mein perbaharui
pajakan dengan Overbeck dan Dent
melalui perjanjian

Sultan Brunei serahkan tanah antara
Teluk Kimanis dan Sungai Sibuku

1878 Overbeck dan Dent
menandatangani perjanjian dengan
Sultan Jamalul Alam (Kesultanan
Sulu)

Sultan Sulu serahkan kawasan dari
Sungai Pandasan hingga ke Sungai
Sibuku

Tahun 1880 Overbeck menjual
semua haknya kepada Alfred dan
Edward Dent

Dent tubuhkan Persatuan Sementara
Borneo Utara British Berhad

Saham syarikat dijual kepada rakyat
British bagi menambah modal
perniagaan

Persatuan berusaha mendapatkan
Piagam Diraja daripada kerajaan
British untuk mengukuhkan
kedudukan dan memajukan
perniagaan

November 1881 kerajaan British
menganugerahkan piagam kepada
Persatuan Sementara Borneo Utara
British Berhad

Tahun 1882 syarikat itu dinamakan
Syarikat Borneo Utara British (SBUB)
Kesan Pemberian Piagam Diraja
British Kepada SBUB


SBUB berkuasa mentadbir Sabah

Presiden pertama ialah Sir
Rutherford Alcock

Pengarah urusannya ialah Alfred
Dent

Brtish dapat memperluaskan
pengaruh dan menghalang kuasa
Barat lain bertapak di Sabah

Tahun 1888 SBUB menandatangani
Perjanjian Perlindungan Borneo
Utara yang menjadikan Sabah negeri
naungan British

British bertanggungjawab dalam hal
ehwal luar Sabah
Syarat-Syarat Pemberian Piagam
Kepada Persatuan Sementara
Borneo Utara British Berhad


SBUB tidak boleh menyerahkan
wilayah Sabah kepada sesiapa tanpa
persetujuan kerajaan British

SBUB mesti melantik pentadbir
daripada pegawai yang diakui
kerajaan British

SBUB perlu memelihara agama, adat
resam dan undang-undang
penduduk tempatan

SBUB hendaklah mentadbir Sabah
dengan adil dan saksama

SBUB mesti menerima nasihat
daripada kerajaan British
5.2 SBUB Mengukuhkan Kuasa Di
Sabah
(Teks m/s: 105-108)


pemerintahan SBUB diketuai oleh
gabenor W.H.Treacher

gabenor dilantik oleh pengarah
syarikat dengan persetujuan
kerajaan British

gabenor dibantu majlis Penasihat
yang ditubuhkan tahun 1883

ahli majlis ialah Setiausaha
Kerajaan, Bendahari dan Ketua
Pasukan Keselamatan

pusat pentadbirannya di Sandakan

SBUB menubuhkan jabatan kerajaan
untuk melicinkan pentadbiran
Cara SBUB Mengukuhkan Kuasa dan
Melicinkan Pentadbiran Sabah

(i) Menubuhkan Jabatan Kerajaan
Dalam Pentadbiran
-antaranya Jabatan Pos, Jabatan
Buruh, Jabatan Polis, Jabatan
Kewangan dan Jabatan Tanah dan
Ukur

-mempunyai Pegawai Daerah, Ketua
Anak Negeri (digelar Orang kaya-
Kaya – O.K.K. ) dan Ketua Kampung

(ii)Membahagikan Sabah Kepada
Beberapa Residensi / Daerah /
Kampung

a) Peringkat Residensi


pada peringkat awal Sabah dibahagi
kepada dua residensi iaitu Residensi
Pantai Barat dan Residensi Pantai
Timur

tahun 1935 terdapat empat residensi
iaitu Residensi Pantai Barat,
Residensi Sandakan, Residensi
Tawau dan Residensi Pedalaman

setiap residensi diketuai seorang
Residen
9


b) Peringkat Daerah


Setiap residensi pula dibahagi
kepada beberapa daerah yang
diketuai oleh Pegawai Daerah
(berbangsa Eropah)

Terdapat sepuluh daerah iaitu
daerah Alcock, Daerah Dewhurst,
Daerah Keppel, Daerah Martin,
Daerah Myburgh, Daerah Dent,
Daerah Clarke, Daerah Cunliffe,
Daerah Mayne dan Daerah
Elphinstone

Tahun 1915 jawatan Timbalan
Penolong Pegawai Daerah
diperkenalkan dan disandang oleh
penduduk tempatan

Ketua Anak Negeri (Orang Kaya-
Kaya – O.K.K.) tugasnya membantu
Pegawai daerah dalam pentadbiran

Diberi surat kuasa yang
membolehkan mereka menguruskan
hal-hal berkaitan masyarakat
tempatan
c) Peringkat Kampung


SBUB melantik Ketua Kampung
yang digelar Orang Tua

SBUB mengekalkan penglibatan
peribumi dalam pentadbiran kerana
mereka memahami adat dan budaya
masyarakat tempatan

SBUB tidak mempu menggaji ramai
pegawai Eropah kerana menghadapi
masalah kewangan
(iii)
Melaksanakan Undang-
Undang Barat dan Tempatan

tujuan untuk menjaga keamanan
negeri

tahun 1900 diwujudkan Mahkamah
Majistret dan Mahkamah Anak
Negeri di Jesselton
a) Mahkamah Majistret

-
dihakimi Pegawai Daerah

-mengendalikan kes-kes berat seperti
kes bunuh, culik dan rompakan

b) Mahkamah Anak Negeri

-hakim dilantik dari kalangan Ketua
Anak Negeri yang arif dalam bidang
agama Islam dan adat

-mengendalikan kes-kes peribumi
berkaitan undang-undang Islam dan
adat

Organisasi Pentadbiran SBUB


Lembaga Pengarah di London

Gabenor di Sabah yang dinasihati
oleh Majlis Penasihat

Setiausaha Kerajaan yang
bertanggungjawab kepada;
-Ketua-Ketua Jabatan (Pos, Buruh,
Polis, Kewangan, Jabatan Tanah
dan Ukur)

-Residen yang merupakan ketua
pentadbir di peringkat residensi

-Pegawai Daerah merupakan ketua
pentadbir di peringkat daerah

-tugasnya sebagai majistret, pemungut
cukai, bendahari daerah dan
pegawai buruh


Ketua Anak Negeri pula tugasnya
menjaga keamanan, menguruskan
pembahagian tanah, mengutip cukai
dan memajukan pertanian


Ketua Kampung pula tugasnya
menguruskan hal ehwal kampung,
menjaga keamanan, membantu
memajukan perdagangan,
melaporkan kepada Pegawai Daerah
tentang kes-kes kecurian, wabak
penyakit dan menjaga keselamatan
kampung
5.3
SBUB Mengeksploitasi Hasil
Bumi Sabah (Teks m/s: 109-114)

matlamat SBUB menguasai Sabah
adalah untuk membolot kekayaan
ekonomi Sabah

SBUB mengeksploitasi kekayaan
Sabah seperti hasil-hasil tradisional,
hasil pertanian dagangan,
pembalakan dan perlombongan
(i) Hasil-Hasil Tradisional Sabah

SBUB memaksa penduduk tempatan
menambah hasil keluaran tradisional

Hasil jualan penduduk dikenakan
cukai seperti cukai tanah, cukai
kepala, lesen perahu dan senjata

Tujuan cukai untuk mengatasi
masalah kewangan SBUB

Antara hasil-hasil utama;
a) Sarang burung


eksport tradisional SBUB yang
menguntungkan

1926 nilai eksport sebanyak 125 000
dolar

kawasan utama ialah di Gua
Gomantong, Gua Kuamut dan gua
Magdalene
b) Pokok lanut


dikenali sebagai abaka, manila hemp
atau musa textiles

hidup meliar di kawasan pamah dan
lembah

gentian pokok lanut dijemur sebelum
diproses menjadi tali kapal

di eksport ke Eropah
c) Rotan


di eksport dalam bentuk perabot,
tikar dan tongkat
d) Pokok sagu / rumbia


merupakan tanaman tradisional
Sabah

hidup subur di kawasan berpaya di
muara sungai

harga sagu sangat mahal di pasaran
dunia

SBUB menggalakkan rakyat Sabah
mengusahakannya secara komersial

Sagu mentah dieksport ke Singapura
dan Eropah

1888 nilai eksport sagu Sabah
sebanyak 93 433 dolar
e) Hasil laut


seperti mutiara, trepang dan sirip
ikan yu

diusahakan oleh masyarakat Bajau

dieksport ke China
(ii)Hasil Pertanian Dagangan


SBUB mengusahakan tanaman baru
seperti getah dan tembakau

Sabah mempunyai tanah luas dan
subur
a) Tembakau


tanaman dagangan yang penting

tembakau Sabah diiktiraf terbaik di
dunia

daun tembakau digunakan untuk
menghasilkan cerut

mendapat pasaran tinggi di Belanda
dan Amerika Syarikat

SBUB mengecualikan cukai eksport
kepada peladang tembakau
bertujuan menggalakkan tanaman
tembakau

Tahun 1890 terdapat 61 buah
ladang tembakau di Sabah

1902 hasil eksport tembakau Sabah
bernilai lebih 2 juta dolar

Kawasan utama penanaman ialah di
Pulau Banggi, Teluk Marudu, Lahad
Datu, Tawau dan Sandakan
b) Getah


ladang-ladang getah dibuka di
Beauford, Jesselton dan Tenom

berkembang akibat pembinaan
landasan kereta api

SBUB memberi 4% dividen kepada
pengusaha getah bertujuan
menggalakkan penanamannya

SBUB juga memberi pengecualian
cukai eksport selama 50 tahun
kepada pengusaha getah

Buruh ladang getah dibawa masuk
dari China dan Jawa

Getah menjadi hasil eksport utama
SBUB
(iii)Pembalakan


SBUB menguasai hasil balak Sabah

Kaya dengan sumber balak seperti
seraya, ramin, kapur, belian dan
meranti

Kawasan pembalakan utama di
Sandakan, Lahad Datu dan Tawau

Tahun 1898 kilang memproses kayu
balak kepunyaan SBUB dibina

Buruh dibawa masuk dari Filipina
dan Indonesia

Hasil kayu balak dieksport ke China,
Singapura, Britain dan Australia
melalui pelabuhan Sandakan
(iv)Perlombongan


SBUB giatkan perlombongan Sabah
seperti emas, arang batu dan
mangan
a) Emas


tahun 1886 diusahakan oleh Orang
Cina di Sungai Segama
b) Arang batu


dilombong di Silimpopon dan Labuan

Silimpopon mempunyai longgokan
arang batu terbesar Asia Tenggara

diusahakan oleh Syarikat Cowie
Harbour Coal
10


c) Mangan


diusahakan di Teluk Marudu oleh
Syarikat British Borneo Exploration

dieksport ke Britain
5.4 Perubahan Sosial SBUB Di
Sabah (Teks m/s: 115-120)

SBUB membangunkan kemudahan
asas seperti landasan kereta api
jalan raya, sekolah, hospital dan
telegraf

tujuannya untuk kepentingan dan
keuntungan SBUB
(i) Landasan kereta api

1896 landasan kereta api pertama
dari Weston ke Beauford sepanjang
32 km

1904 dibina landasan dari Jesselton
yang dikenali sebagai North Borneo
Railway

1905 landasan disambung dari
Beauford ke Jesselton dan dari
Tenom ke Malalap

tujuannya untuk memudahkan SBUB
mengangkut hasil keluaran di
bahagian pedalaman ke pelabuhan
(ii)Jalan raya


SBUB menumpukan pembinaan
jalan raya di bandar-bandar besar
seperti Jesselton, Sandakan, Lahad
Datu, Kudat dan Tawau

tujuannya untuk menghubungkan
kawasan kegiatan ekonomi dengan
bandar dan pelabuhan

1930-an perhentian motokar dan bas
dibina di Kota Kinabalu
(iii)Pengangkutan air


1890 Syarikat Perkapalan Straits
Steamship memulakan perkhidmatan

tujuannya untuk mengangkut
penumpang dan barangan
(iv)Pendidikan


SBUB kurang memberi perhatian

SBUB hanya menyediakan
pendidikan di peringkat rendah
kerana kekurangan wang

SBUB anggap bidang pendidikan
tidak menguntungkan

Kebanyakan sekolah dibina oleh
mubaligh Kristian bagi tujuan
menyebarkan agama Kristian

antara sekolah yang wujud ialah
Sekolah Inggeris, Sekolah Melayu
dan Sekolah Cina
a) Sekolah Inggeris


1883 sekolah Inggeris pertama iaitu
Institut Byron dibina di Sandakan
oleh mubaligh Roman Katolik

tahun 1887 Sekolah St. Mary
ditubuhkan di Sandakan

1909 Jabatan Pelajaran ditubuhkan
untuk menguruskan sekolah-sekolah
di Sabah

tahun 1939 terdapat 49 buah sekolah
mubaligh dengan pelajar seramai
3700 orang
b) Sekolah Latihan


dibina di Jesselton pada 1 Julai 1915

merupakan sekolah latihan bagi
anak-anak Ketua Anak Negeri

dibina bertujuan untuk melatih anakanak
menjadi pegawai pentadbiran
peringkat rendah

bahasa pengantarnya ialah Bahasa
Melayu

dari segi kurikulum pelajar diajar
tentang membaca, menulis dan
mengira

jawatan yang dikhaskan bagi lulusan
sekolah ini ialah renjer, kerani dan
Ketua Anak Negeri
c) Sekolah Melayu dan Bumiputera


tahun 1921 sekolah Melayu pertama
dibina di Kota Belud

1930 terdapat 10 buah sekolah
Melayu bagi menampung 400 orang
pelajar

1924 ditubuhkan Sekolah
Bumiputera Keningau di Keningau
d) Sekolah Cina


dibina sendiri oleh masyarakat Cina

1940 terdapat 11 000 pelajar
berdaftar di sekolah Melayu, sekolah
mubaligh dan sekolah Cina
(v)Pembinaan Hospital dan Pusat
Kesihatan


SBUB bina hospital di bandar-bandar
besar seperti Jesselton, Sandakan,
Beauford dan kudat

1924 Hospital Besar Tawau di bina

1940 terdapat 9 buah hospital dan 40
buah klinik di Sabah

di kawasan luar bandar disediakan
pusat-pusat kesihatan

kelemahan – bilangan doktor tidak
mencukupi

perkhidmatan perubatan tidak dapat
dinikmati oleh seluruh rakyat Sabah
(vi)Kemunculan Bandar-Bandar Baru


akibat daripada kemajuan dalam
bidang ekonomi dan sosial

bandar-bandar berkembang pesat
sebagai pusat pentadbiran dan
perdagangan

antaranya Sandakan, Kudat,
Jesselton, Tawau dan Lahad Datu
a) Sandakan


diasaskan William Pryer tahun 1879

menamakannya sebagai Elopura
bermaksud bandar yang cantik

berkembang maju sebagai pusat
pentadbiran, pelabuhan
antarabangsa dan pusat pembalakan
b) Tawau


sebuah pelabuhan yang terkenal di
Pantai Timur Sabah

eksport utamanya getah, abaka,
mutiara dan kayu balak
c) Kudat


tahun 1881 SBUB menjadikannya
sebagai pusat pentadbiran yang
pertama

pedagang menetap dan membina
kedai di Kudat

gagal menarik ramai penduduk dan
pedagang kerana keadaan
geografinya tidak sesuai untuk
pertanian

tahun 1884 SBUB memindahkan
pusat pentadbirannya ke Sandakan
d) Jesselton


diasaskan tahun 1900 oleh Charles
Jessel

nama asalnya Jessel Town sempena
nama pengasasnya

kemudiannya disingkatkan kepada
Jesselton

juga dikenali dengan nama Api-Api,
Singga Mata atau Diasuka

Jesselton maju kerana pembinaan
landasan kereta api, perkembangan
tanaman getah dan sebagai pusat
perdagangan dan pelabuhan penting

1967 nama Jesselton ditukar kepada
Kota Kinabalu
Perubahan Sosial dan Kemajuan
Lain



pejabat pos

1883 SBUB mengeluarkan setem
pertama Sabah

tahun 1883 juga akhbar pertama di
Sabah diterbitkan iaitu The North
Borneo Herald

1890-an kontinjen polis tempatan
ditubuhkan

1900 SBUB telah menubuhkan
‘Skuad Terbang’ untuk menjamin
keselamatan dan dianggotai pegawai
polis tempatan

1903 loji air di Kota Kinabalu dibina
untuk membekalkan air bersih

tahun 1905 menara jam Jesselton
dibina dan kekal hingga sekarang di
Sabah
BAB 6 – BRITISH

MENGEKSPLOITASI EKONOMI
(TANAH MELAYU, SARAWAK DAN
SABAH)

6.1 Kegiatan Pertanian Dagangan
(Teks m/s: 126-128)

-peringkat awal diusahakan jenis
tanaman tradisional seperti lada
hitam, gambir, buah pala, cengkih,
ubi kayu, tebu dan nanas

-diusahakan kerana mendapat
pasaran yang baik

-British hanya menggalakkan
peladang Eropah dan orang asing
untuk mengusahakan pertanian
dagangan

-penduduk tempatan tidak digalakkan
terlibat

a) Lada hitam dan gambir

-
untuk tujuan eksport

-diusahakan di Pulau Pinang,
Selangor, Negeri Sembilan dan
Sarawak

11


-kurun ke-19 lada hitam dan gambir
diperkenalkan di Johor melalui
Sistem Kangcu

-di Johor tanaman ini diusahakan oleh
orang-orang Cina dari Singapura

-tanaman ini menjadi hasil eksport
penting Johor sehingga awal kurun
ke-20

-gambir biasanya digunakan sebagai
bahan pewarna dan mencelup sutera

b) Buah pala dan cengkih

-banyak ditanam di Pulau Pinang

-tanaman buah pala diutamakan
kerana harganya lebih tinggi

-dieksport ke Eropah dan China

-cengkih yang dikeringkan sesuai
dijadikan ubat

-1850-an tanaman ini merosot kerana
harganya tidak stabil

c) Tebu

-ladang tebu banyak dibuka di
Seberang Perai dan Perak

-permintaan terhadap gula meningkat
di pasaran dunia

-1830-an Seberang Perai merupakan
pusat pengeluaran gula utama di
negeri-Negeri Selat

-tahun 1900 Perak mencul sebagai
pusat pengeluar gula terbesar di
Tanah Melayu

-gula menjadi eksport penting Tanah
Melayu selama hampir 50 tahun

d) Ubi kayu

-meruapakan tanaman eksport
penting Tanah Melayu

-banyakditanam di Melaka, Negeri
Sembilan dan Selangor

e) Nanas

-industri mengetin nanas berpusat di
Perak, Selangor dan Johor

-sebelum Perang Dunia II Tanah
Melayu merupakan pengeksport
nanas dalam tin kedua terbesar di
dunia

6.2 Tanaman Baru Memantapkan
Ekonomi
(teks m/s: 128-129)

-kurun ke-20 tanaman dagangan
tradisional kurang penting kerana
harganya tidak stabil di pasaran
dunia

-British memperkenalkan tanaman
baru seperti kopi, kelapa sawit,
tembakau dan teh

a) Kopi

-diusahakan secara besar-besaran di
Perak, Selangor, Negeri Sembilan
dan Johor

-harga kopi meningkat di pasaran
dunia

b) Kelapa sawit

-berasal dari Afrika

-diperkenalkan di Kuala Selangor

-1920-an minyak kelapa sawit mula
dieksport

-ladang kelapa sawit dibuka di Perak
dan Johor

-Johor menjadi pengeksport utama
kelapa sawit

c) Tembakau

-ladang dibuka di Pulau Pinang dan
Pahang

d) Teh

-diusahakan di Cameron Highlands,
Pahang

-teh yang dihasilkan di Tanah Melayu
bermutu tinggi dan dikenali sebagai
‘Teh Ceylon’

6.3 Perkembangan Perusahaan
Getah (Teks m/s: 130-133)
-akhir kurun ke-19 harga kopi jatuh di
pasaran dunia

-getah diperkenalkan sebagai
tanaman pilihan untuk memulihkan
ekonomi

-kurun ke-20 getah menjadi eksport
penting Tanah Melayu

(i) Sejarah Asal-Usul Getah
-berasal dari Brazil
-getah di Tanah Melayu dari jenis

Hevea Brasiliensis

-tahun 1876 sebanyak 70 000 biji
getah dari Brazil dibawa ke England
oleh Henry Wickham

-kemudian disemai di Kew Garden,
England

-sebanyak 300 benih getah dihantar
ke negara-negara naungan british
terutamanya Sri Lanka

-1877 sebanyak 22 batang anak
getah dibawa ke Singapura dan
ditanam di Botanical Garden

-dari Singapura beberapa batang
anak getah dibawa ke Kuala Kangsar
dan ditanam di halaman kediaman
Residen Perak

-Pengarah Botanical Garden
Singapura iaitu H.N.Ridley yang
bertanggungjawab menggalakkan
tanaman getah di Tanah Melayu

(ii)Perkembangan Getah

-awal kurun ke-20 harga getah
melambung tinggi di pasaran dunia

-permintaan meningkat kerana
perkembangan perusahaan
membuat motokar di Eropah dan
Amerika Syarikat

-ladang-ladang getah dibuka besarbesaran
di Selangor, Perak, Negeri
Sembilan dan Johor

-1920-an Tanah Melayu
menghasilkan 53% daripada jumlah
pengeluaran getah dunia

-Tanah Melayu muncul pengeluar
getah terbesar dunia

-Syarikat-syarikat Eropah menguasai
perusahaan getah di Tanah Melayu
seperti Sime Darby, Guthrie,
Harrisons and Crosfield dan United
Plantation

-Penduduk tempatan mengusahakan
tanaman secara kebun kecil

Faktor-Faktor Perkembangan
Perusahaan Getah


a) Permintaan Getah Meningkat

-diperlukan dalam perusahaan
membuat motokar di Amerika
Syarikat dan Eropah

-diperlukan untuk membuat kasut,
pakaian, tayar kenderaan, alat
perubatan dan penebat elektrik

b) Kejatuhan Harga Kopi

-harga kopi jatuh kerana pengeluaran
berlebihan di Brazil dan serangan
serangga perosak

-peladang terpaksa beralih kepada
tanaman getah

c) Tenaga Buruh Mencukupi

-buruh dari India dibawa masuk
secara besar-besaran untuk bekerja
di ladang-ladang getah

d) Usaha H.N.Ridley

-memperkenalkan kaedah menoreh
mengikut sistem ‘ibedem’ atau
sistem tulang ikan herring

-kaedah torehan ini meningkatkan
pengeluaran susu getah

e) Pelaburan Modal

-banyak syarikat besar Eropah
melabur dalam perusahaan getah di
Tanah Melayu seperti Sime Darby
dan Guthrie

f) Cukai Rendah

-British mengenakan cukai tanah dan
cukai eksport yang rendah

-Tujuannya untuk menggalakkan
ladang-ladang baru dibuka

Sebab-Sebab Kejatuhan Perusahaan
Getah

-tahun 1920-1930-an berlaku zaman
kemelesetan ekonomi dunia

-harga getah jatuh dan memberi
kesan kepada perusahaan getah

Langkah-Langkah Menstabilkan
Harga Getah

-diperkenalkan Rancangan
Stevenson dan Perjanjian Peraturan
Getah Antarabangsa

a) Rancangan Sekatan Stevenson
1922

-tujuan untuk mengurangkan
pengeluaran dan meningkatkan
harga getah

-disertai negara naungan British
seperti Tanah Melayu dan Sri Lanka

-Belanda dan Indonesia enggan
menyertai rancangan ini sebaliknya
terus meningkatkan pengeluaran
getah

-tahun 1928 rancangan ini ditamatkan
oleh British apabila gagal mencapai
matlamat

12


b) Perjanjian Peraturan getah
Antarabangsa 1934

-tujuan untuk mengurangkan
pengeluaran getah dan menstabilkan
harga

-disertai oleh Tanah Melayu, Sabah,
Sarawak, Sri Lanka, India, Myanmar,
Indonesia, IndoChina dan Thailand

-setiap negara dikehendaki
mengurangkan pengeluaran
mengikut kuota yang ditetapkan

-berjaya meningkatkan semula harga
getah di pasaran dunia sebelum
Perang Dunia II

Pengeluaran Getah Tiruan

-Amerika Syarikat memperkenalkan
getah tiruan selepas Perang Dunia II

-menjadi pesaing kepada getah asli

-dihasilkan apabila bekalan getah asli
dunia terputus akibat Perang Dunia II

-getah asli keluaran Tanah Melayu
bermutu tinggi dan dapat menandingi
getah tiruan

6.4 Perkembangan Perusahaan
Perlombongan
(Teks m/s: 134-138)

-British memajukan kegiatan
perlombongan

-Hasil galian adalah seperti bijih
timah, emas, arang batu, bauksit,
bijih besi dan ilmanit

a) Emas

-1890-an dilombong secara komersial
di raub, Pahang

-Raub merupakan kawasan lombong
emas terbesar Tanah Melayu

-diusahakan oleh syarikat dari
Australia

b) Arang batu
-dilombong di Batu Arang, Selangor
-digunakan sebagai bahan api

c) Bauksit

-sejenis logam yang digunakan untuk
membuat aluminium

-dilombong di Bukit Pasir dan Teluk
Ramunia di Johor, Teluk Emas di
Melaka

d) Bijih besi

-dilombong di Bukit Besi, Terengganu
dan Rompin, Pahang

-lombong bijih besi juga dibuka di
Kedah, Perak dan Johor

e) Ilmanit

-galian yang dikeluarkan sebagai
hasil sampingan perlombongan bijih
timah

-dihasilkan di batang Padanf, Perak

Perkembangan Perlombongan Bijih
Timah

-bijih timah merupakan galian
terpenting di Tanah Melayu

-British menguasai Tanah Melayu
adalah juga kerana bijih timah

-Sebelum dieksport bijih timah
diproses menjadi jongkong timah

-Perkembangannya dapat dilihat
dalam dua peringkat iaitu peringkat
sebelum dan selepas campur tangan
British

a) Peringkat Sebelum Campur Tangan
British di Tanah Melayu

-kegiatan melombong adalah
bercorak tradisional

-diusahakan oleh orang Melayu

-menggunakan cara mendulang dan
melampan

-tahun 1820-an orang Cina dibawa
masuk bekerja di lombong bijih timah
kepunyaan pembesar melayu di
daerah Lukut, Sungai Ujong, Larut
dan Klang

-orang Cina dan Eropah dibenarkan
membuka lombong bijih timah
dengan memajak tanah daripada
pembesar-pembesar Melayu

b) Peringkat Selepas Campur Tangan
British di Tanah Melayu

-perlombongan bijih timah semakin
berkembang dengan penglibatan
orang Cina

-banyak lombong baru dibuka di
Ampang, Kuala Lumpur dan di
Lembah Kinta, Perak

-orang Cina memperkenalkan sistem
lombong dedah, pam kelikir dan
palung

-akhir kurun ke-19 orang Cina
menguasai kegiatan melombong bijih
timah

Faktor-Faktor Perkembangan Bijih
Timah


-akhir kurun ke-19 Tanah Melayu
merupakan penyumbang utama bijih
timah dunia iaitu sebanyak 55%

-perkembangannya adalah kerana
faktor seperti Revolusi Perindustrian
dan kaedah melombong yang lebih
moden

a) Revolusi Perindustrian di Eropah

-permintaan bijih timah semakin
meningkat

-bijih timah digunakan dalam
perusahaan mengetin makanan

b) Kaedah Melombong Bijih Timah
Lebih Moden

-diperkenalkan oleh syarikah-syarikat
Eropah awal kurun ke-20

-menggunakan kapal korek untuk
menghasilkan lebih banyak bijih
timah

-tahun 1912 kapal korek pertama kali
digunakan oleh Syarikat Malayan Tin
Dredging di Batu Gajah, Perak

-pada tahun 1929 terdapat 107 buah
kapal korek di Tanah Melayu

-1930-an orang Eropah menguasai
perusahaan bijih timah sebanyak
68%

Kejatuhan Harga Bijih Timah dan
Langkah Mengatasi


-1930-an harga bijih timah jatuh
akibat kemelesetan ekonomi dunia

-1931 ditandatangani Perjanjian Bijih
Timah Antarabangsa sebagai
langkah memulihkan semula harga
bijih timah

-negara-negara terlibat ialah Tanah
Melayu, Bolivia, Nigeria dan
Indonesia

-semua negara bersetuju untuk
mengurangkan pengeluaran bijih
timah

-hasilnya pada tahun 1934 Majlis
Bijih Timah Antarabangsa
ditubuhkan

-tujuan untuk menyelaraskan
pengeluaran bijih timah

-kesannya dapat menstabilkan
semula harga bijh timah

6.5 Pengeluaran Hasil Hutan
(Teks m/s: 139-141)

-Tanah Melayu kaya dengan hasil
hutan seperti kayu-kayan, rotan,
damar, madu lebah, kapur barus,
getah perca dan getah jelutung

-diusahakan secara tradisional
melalui kegiatan meramu

-semasa pentadbiran British hasilhasil
ini menjadi kegiatan ekonomi
bercorak komersial

-british menggalakkan pengeluaran
hasil hutan untuk dieksport ke China,
Amerika Syarikat dan Eropah

-tahun 1901 Brritish menubuhkan
Jabatan Perhutanan

-tujuan untuk menguruskan
pengeluaran hasil hutan dengan
lebih sistematik

a) Damar

-diperoleh daripada getah pelbagai
jenis pokok di hutan

-damar digunakan untuk menutup
renggangan pada papan perahu

-dieksport untuk dijadikan varnis iaitu
bahan untuk menggilap permukaan
papan atau rotan

b) Getah perca

-diperoleh daripada pokok getah
perca yang tumbuh dalam hutan

-digunakan untuk membuat peralatan
bedah, bola golf dan bahan penebat
kabel telegraf dasar laut

-untuk mendapatkan getah perca
batang pokok ditetak bagi
mengeluarkan susunya

-kemudian susu dikumpul dalam
bekas dan dibentuk menjadi bebola
atau jongkong

c) Getah jelutung

-kegunaannya untuk dijadikan
ramuan getah pengunyah dan
sebagai pelekat dalam industri gigi
palsu

-tahun 1920-an getah jelutung
dikumpul menggunakan tabung
buluh

-ia biasanya dieksport

13


d) Rotan

-dihasilkan untuk kegunaan dalam
negeri dan juga banyak dieksport ke
China

-kegunaan rotan untuk dijadikan
bakul, tikar ,tongkat, tangkai payung
dan perabot

e) Pembalakan

-banyak dieksport ke China dan
Britain

-antara kayu balak yang diusahakan
ialah cengal, meranti dan keruing

-digunakan sebagai bahan binaan,
membuat perabot dan perahu

-1928 British memperkenalkan lesen
kilang papan untuk mengawal
kegiatan pembalakan dan industri
berasaskan kayu

Kegiatan Dwiekonomi

-diperkenalkan oleh British terhadap
penduduk di Tanah Melayu

-ia melibatkan kegiatan ekonomi
dagangan dan ekonomi tradisional

a) Ekonomi Dagangan

-British lebih mengutamakan ekonomi
dagangan seperti kegiatan
perlombongan, perladangan dan
perdagangan

-dimajukan terutama di kawasan
pantai barat Tanah Melayu

-dijalankan secara besar-besaran
menggunakan teknologi moden dan
disokong kemudahan asas yang baik
seperti sistem perhubungan dan
pengangkutan yang teratur

-
lebih berorientasikan eksport

-dikuasai syarikat asing khususnya
syarikat Eropah

-tertumpu pada perlombongan bijih
timah dan perusahaan getah

-
melibatkan tenaga buruh yang ramai

-melibatkan pelaburan modal yang
besar

-teknologi moden seperti mesin
hidraulik banyak digunakan dalam
kegiatan perlombongan bijih timah

b) Ekonomi Tradisional

-kegiatan ekonomi tradisional ini
diabaikan oleh british

-diusahakan oleh orang Melayu di
luar bandar

-
bercorak sara diri

-tertumpu pada kegiatan menanam
padi dan menangkap ikan

-menggunakan peralatan tradisional
seperti kerbau untuk membajak
sawah padi

-
melibatkan modal kecil

Kesan Kegiatan Dwiekonomi

-berlaku perkembangan tidak
seimbang

-mewujudkan jurang ekonomi antara
masyarakat bandar dengan
masyarakat luar bandar

6.6 Perkembangan Ekonomi
Membawa Perubahan
(Teks m/s: 142-158)
-kemajuan pesat ekonomi terutama

perlombongan bijih timah dan
perusahaan getah membawa
pelbagai perubahan
-perubahan dialami antaranya

penggunaan buruh-buruh luar,
kemajuan pengangkutan dan
perhubungan, kemudahan sosial,
pendidikan vernakular dan
kemunculan bandar-bandar baru

i) Penggunaan Buruh Luar

-British menggalakkan kemasukan
imigran Cina dan India

-tujuan sebagai tenaga buruh di
lombong bijih timah dan ladang
getah

-British memastikan ia mencukupi
demi kepentingan British untuk
membolot kekayaan Tanah Melayu

a) Orang Cina

-dibawa masuk bekerja di lombong
bijih timah di Perak, Selangor dan
negeri Sembilan

-
berasal dari China Selatan

-
kebanyakan dibawa masuk melalui

Sistem Kontrak

-ada juga yang datang ke Tanah
Melayu secara persendirian dan
bekerja di sektor pertanian dan
menjadi pekerja mahir di bandar

Sistem Kontrak

-orang Cina dibawa masuk ke Tanah
Melayu melalui majikan

-tambang perjalanan dibayar oleh
majikan

-majikan juga menyediakan makanan,
pakaian dan tempat tinggal

-mereka dikehendaki bekerja dengan
majikan sehingga hutang tambang
selesai

-selepas tamat kontrak mereka bebas
bekerja dengan majikan lain

b) Orang India

-dibawa masuk bekerja di ladangladang
getah

-
berasal dari selatan India

-
dibawa masuk melalui Sistem

Kangani

-ada juga orang India bekerja
membina jalan kereta api, jalan raya
dan menjadi buruh di bandar dan
pelabuhan

Sistem Kangani

-kangani bermaksud penyelia atau
ketua pekerja di ladang getah

-kangani ini dihantar oleh pemilik
ladang ke India untuk mencari
tenaga buruh

-kangani menguruskan tambang dan
perjalanan buruh-buruh sehingga
selamat tiba di ladang majikan

-kangani dibayar komisen
berdasarkan jumlah buruh yang
dapat dibawa masuk

-buruh-buruh dibayar gaji tetap dan
diletakkan di bawah jagaan kangani

-buruh dikehendaki bekerja dengan
pemilik ladang sehingga segala
hutang tambang selesai

Kesan Kemasukan Buruh

-mewujudkan pengenalan kaum
mengikut kegiatan ekonomi seperti

-orang Cina -tinggal di kawasan
lombong dan di bandar


bekerja sebagai pelombong dan
peniaga
-orang India – tinggal dan bekerja di
ladang getah
-orang Melayu – tinggal di kawasan
luar bandar (desa)
-menjalankan kegiatan pertanian
bercorak tradisional dan nelayan
-masyarakat peribumi terus terpinggir
dan terpisah daripada arus
perkembangan ekonomi

-dasar British mewujudkan jurang
ekonomi antara kaum

-
mewujudkan masyarakat berbilang
kaum yang terdiri daripada pelbagai
keturunan yang mengamalkan cara
hidup, bahasa dan agama yang
berbeza

Perkembangan Sistem
Pengangkutan dan Perhubungan


-British memerlukan sistem
pengangkutan dan perhubungan
yang cekap dan pantas

-tujuan untuk membawa hasil
ekonomi terutama bijih timah dan
getah ke pelabuhan untuk dieksport

-pengangkutan seperti landasan
kereta api dan jalan raya

-perhubungan seperti perkhidmatan
pos, telegraf dan telefon

a) Perkembangan Landasan Kereta api

-perkhidmatan kereta api
diperkenalkan di Tanah Melayu akhir
kurun ke-19

-
terdapat tiga fasa perkembangan;

Fasa Pertama (1885-1896)

-dibina untuk keperluan
perlombongan bijih timah

-landasan kereta api yang pendek
dibina menghubungkan kawasan
lombong dengan pelabuhan

-tujuan memudahkan bijih timah
dieksport

-antara landasan kereta api yang
dibina ialah dari

-Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang

-Kuala Lumpur ke Port Swettenham
(Pelabuhan Klang)

-Seremban ke Port Dickson

-Ipoh dan batu Gajah ke Teluk Anson
(Teluk Intan)

-tahun 1886 landasan kereta api dari
Kuala Lumpur ke Klang telah
dirasmikan yang dihadiri oleh Sultan
Abdul Samad dan Frederick Weld,
Gabenor Negeri-Negeri Selat

Fasa Kedua (1897-1909)

-tiga tujuan pembinaan landasan
kereta api pada peringkat ini iaitu;

14


-untuk menghubungkan kawasan utara
dengan selatan apabila Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan

-untuk memenuhi keperluan ekonomi
seperti bijih timah dan getah yang
semakin berkembang pesat

-untuk memudahkan pentadbiran
British

-tahun 1903 kereta api Negeri-Negeri
Melayu Bersekutu ditubuhkan

-ditukar nama kepada Kereta Api
Tanah Melayu – KTM tahun 1948

-hari ini dikenali sebagai Kereta Api
Tanah Melayu Berhad – KTMB

Fasa Ketiga (1910-1931)

-landasan kereta api dibina selepas
British berjaya memperluaskan
pengaruhnya di negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu

-tujuannya adalah untuk;

-menghubungkan seluruh Tanah
Melayu (hanya Terengganu yang
tiada landasan kereta api)

-sebagai pengangkutan awam bagi
penduduk Tanah Melayu

-memenuhi keperluan ekonomi dan
pentadbiran British

Perkembangan Jalan raya

-peringkat awal jalan raya dibina
untuk menghubungkan kawasan
lombong bijih timah dan pertanian
dengan stesen kereta api

-jalan raya telah dibina
menghubungkan Kuala Lumpur
dengan Ipoh dan Seremban

-awal kurun ke-20 rangkaian jalan
raya meningkat akibat meningkatnya
penggunaan kenderaan bermotor
seperti kereta, lori dan bas

-jalan-jalan yang sedia ada diturap
untuk disesuaikan dengan
kenderaan bermotor

-banyak jalan raya dibina untuk
menghubungkan kawasan kegiatan
ekonomi dengan pelabuhan dan
untuk menghubungkan bandarbandar
besar dengan bandar-bandar
kecil

-tahun 1939 terdapat satu jaringan
jalan raya yang menghubungkan
seluruh Tanah Melayu

-tumpuan jalan raya adalah di
kawasan yang mempunyai
kepentingan ekonomi dan
memudahkan pentadbiran British

Kemajuan Pengangkutan Laut dan
Udara


-kemajuan ekonomi membawa
kepada pengenalan perkhidmatan
kapal wap dan kapal terbang

Kapal Wap

-tahun 1890 Syarikat Straits
Steamship ditubuhkan di Singapura

-tujuan untuk memberi perkhidmatan
kapal wap kepada pelabuhan di
Negeri-Negeri Melayu

-kapal susur pantai ini membawa
bekalan makanan, jentera dan buruh

untuk perusahaan perlombongan
bijih timah

-contoh: kapal wap The SS Perak
memberikan perkhidmatan dari
Singapura ke Pelabuhan Klang

Kapal Terbang

-tahun 1937 perkhidmatan
penerbangan awam diperkenalkan
oleh Syarikat Wearne Air Service
iaitu hak milik Wearne bersaudara

-syarikat ini beribu pejabat di
Singapura

-memulakan penerbangan dalam
negeri antara Singapura, Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang

-kapal terbang pertama yang
digunakan oleh Syarikat Wearne
adalah dari jenis kipas dua iaitu
D.H.Rapides

Kemajuan Sistem Perhubungan

-antara yang ditekankan ialah sistem
pos dan telegraf, telefon dan radio

-tujuan supaya perhubungan antara
negeri di Tanah Melayu dengan
negeri-negeri lain dapat dibuat
dengan pantas

-mula diperkenalkan di kawasan
kegiatan ekonomi, pusat
pentadbiran, pelabuhan seterusnya
berkembang ke kawasan
petempatan

-tahun 1870-an pejabat pos dan
telegraf dibina di Taiping, Perak

-kurun ke-20 setiap daerah di Perak
boleh menghubungi Taiping melalui
Telegraf

-tahun 1910 pejabat pos dan telegraf
dibina di Pulau Pinang

Kemajuan Perkhidmatan Kesihatan
dan Kemudahan Asas Lain

a) Perkhidmatan Kesihatan

-masalah kesihatan wujud akibat
daripada pertambahan penduduk
yang pesat, pembukaan kawasan
hutan untuk kegiatan ekonomi dan
petempatan baru

-persekitaran tempat kerja dan
kediaman yang kotor menyebabkan
penyakit seperti taun, beri-beri dan
malaria mudah merebak

-penyakit malaria dan beri-beri
dianggap penghalang pada
perkembangan ekonomi British
kerana menyebabkan banyak
kematian di kalangan buruh Cina dan
India

-British mengambil langkah
mendirikan hospital, pusat perubatan
dan Institut Penyelidikan Perubatan
untuk mengatasi masalah kesihatan

-tahun 1889 hospital kerajaan terawal
didirikan di jalan Tanglin (Kuala
Lumpur) di Taiping dan Pulau Pinang

-pusat-pusat kesihatan kecil juga
didirikan di Perak, Selangor, Negeri
Sembilan dan Pahang untuk
memudahkan penduduk di luar
bandar

-1890 Lembaga Kesihatan ditubuhkan
untuk memastikan kebersihan
bandar

-1901 Institut Penyelidikan Perubatan
ditubuhkan di Kuala Lumpur

-tujuannya untuk membuat
penyelidikan bagi mencari punca,
rawatan dan langkah mencegah
penyakit berbahaya seperti malaria
dan beri-beri

b) Sistem Pengairan Untuk Penanaman
Padi

-pada peringkat awal lagi di Kedah
terdapat sistem pengairan sempurna
untuk tanaman padi iaitu terusan

-terusan ini mula dibina tahun 1885
dan siap pada tahun 1895 yang
diberi nama Terusan Wan Mat
Saman

-ia dibina oleh wan Mat Saman bin
Wan Ismail (Perdana Menteri Kedah
yang pertama)

-terusan ini sepanjang 35 kilometer
dari Alor Setar ke Gurun, Kedah

-ia dibina menggunakan tenaga
manusia dan peralatan tradisional
seperti cangkul

-untuk membina terusan ini unggun
api dinyalakan pada jarak tertentu
sebagai penanda untuk memastikan
terusan digali dengan lurus

-berdasrkan terusan inilah kerajaan
British memodenkan sistem
pengairan di Tanah Melayu

-tahun 1931 Jabatan Parit dan tali Air
ditubuhkan untuk memajukan
tanaman padi

-banyak bekalan makanan diperlukan
akibat pertambahan penduduk

-kawasan sawah padi yang luas telah
dibuka di Sungai Manik, Perak dan
Tanjung Karang, Selangor

c) Bekalan Tenaga Elektrik

-tenaga elektrik diperkenalkan akibat
daripada kemajuan ekonomi

-awal kurun ke-20 tenaga elektrik
mula disalurkan ke Pulau Pinang dan
Kuala Lumpur

-1930 Empangan Hidroelektrik
Chenderoh dibuka untuk
menampung keperluan tenaga
elektrik

-empangan ini dikendalikan oleh The
Perak River Hydro-Electric Power
Company Limited

-tujuan asal pembinaan adalah untuk
mendapatkan kuasa elektrik bagi
kegunaan perusahaan melombong
bijih timah di Lembah Kinta

Kemunculan dan Perkembangan
Bandar Baru


-pertengahan kurun ke-19 banyak
petempatan baru dibuka di kawasan
kegiatan ekonomi terutama di
kawasan lombong bijih timah

-petempatan kemudiannya
berkembang menjadi pusat
pentadbiran dan perniagaan

-perkembangan lombong bijih timah
adalah faktor utama munculnya
bandar-bandar baru di Tanah Melayu

15


seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur
dan Seremban

a) Ipoh

-terletak di Lembah Kinta

-dibuka sejak kurun ke-16 dan didiami
oleh orang Melayu

-nama bandar Ipoh berasal dari nama
pokok Ipuh iaitu sejenis pokok yang
getahnya digunakan sebagai racun
pada sumpitan dan anak panah
untuk berburu

-tahun 1880-an Lembah Kinta
menjadi tumpuan pelombong Cina
apabila pengeluaran bijih timah di
daerah Larut merosot

-Ipoh berkembang menjadi bandar
yang sibuk

-tahun 1935 Ipoh dijadikan ibu negeri
Perak bagi menggantikan Taiping

b) Taiping

-terletak di daerah Larut

-nama asalnya Kelian Pauh

-tahun 1840-an ramai orang Cina
dibawa masuk ke Larut untuk
memajukan lombong bijih timah

-selepas Perang Larut tamat British
menyusun semula pentadbiran di
Larut

-nama ‘Taiping’ bermaksud

‘kedamaian yang abadi’

-berkembang menjadi sebuah bandar
moden dan dijadikan ibu negeri
Perak

c) Kuala Lumpur

-pertengahan kurun ke-19 Raja
Abdullah (pembesar daerah Klang)
meneroka kawasan berhampiran
pertemuan Sungai Gombak dan
Sungai Klang untuk membuka
lombong bijih timah

-ia kemudian dikenali sebagai Kuala
Lumpur kerana kawasan itu
berlumpur

-tahun 1860-an ramai orang Cina
dibawa masuk untuk menjalankan
kegiatan melombong bijih timah di
sekitar Kuala Lumpur

-Kuala Lumpur terus berkembang
daripada sebuah perkampungan
lombong bijih timah menjadi pusat
perdagangan yang maju

-Yap Ah Loy antara orang yang
bertanggungjawab membangunkan
Kuala Lumpur

-1880 Kuala Lumpur dijadikan ibu
negeri Selangor menggantikan Klang

-British menjadikan Kuala Lumpur
sebagai pusat bandar yang
dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan pentadbiran dan
perniagaan

-1896 Kuala Lumpur dijadikan pusat
pentadbiran Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu

-1897 Bangunan Sultan Abdul Samad
telah dibina dan menjadi pusat
pentadbiran Kerajaan Persekutuan

-kini bangunan ini menempatkan
Mahkamah Persekutuan Malaysia,
Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur

-pada hari ini Kuala Lumpur adalah
ibu negara Malaysia yang pesat
membangun

Kepelbagaian Pendidikan Dalam
Masyarakat Berbilang Kaum

-sistem pendidikan vernakular di
negara kita wujud akibat daripada
pembentukan masyarakat berbilang
kaum dan dasar British yang kurang
memberi perhatian kepada bidang
pendidikan

-British membenarkan sekolah
Melayu, Cina dan Tamil berkembang
mengikut cara masing-masing

-sekolah Inggeris hanya tertumpu di
kawasan bandar

a) Sekolah Vernakular Melayu

-didirikan untuk memberi pendidikan
sekular kepada anak-anak petani
dan nelayan

-anak-anak Melayu diajar menulis,
membaca dan mengira serta sedikit
ilmu geografi, seni pertukangan dan
perkebunan

-pendidikan di peringkat rendah
adalah sehingga darjah enam

-sekolah Melayu terawal dibuka di
Negeri-Negeri Selat iaitu Sekolah
Melayu Gelugor (1816) dan Sekolah
Melayu Bayan Lepas di Pulau
Pinang dan Sekolah Melayu di
Langgar, Pekan, Pahang

-sekolah Melayu kemudiannya dibuka
di Seberang Perai, Melaka dan
negeri-negeri Melayu yang lain

-British tidak berhasrat memajukan
pendidikan anak Melayu

-pendidikan sekadar menjadikan
anak-anak Melayu sebagai petani
dan nelayan yang lebih baik daripada
ibu bapa mereka

-sekolah menengah tidak disediakan
untuk anak-anak Melayu
menyambung pelajaran

-lulusan sekolah Melayu hanya layak
menjadi guru, polis dan menjawat
jawatan rendah di jabatan ketajaan

-lulusan sekolah Melayu berpeluang
melanjutkan pelajaran ke maktabmaktab
perguruan yang ditubuhkan
untuk melatih guru-guru sekolah
Melayu

-antara maktab perguruan yang
ditubuhkan sebelum Perang Dunia II
ialah;

-1900 Maktab Perguruan Melaka

-1922 maktab Perguruan Sultan Idris,
Tanjung Malim, Perak -MPSI

(dinaiktaraf tahun 1997 kepada
universiti – UPSI)

-1935 Maktab Perguruan Perempuan
Melayu Melaka

b) Sekolah Vernakular Cina

-diusahakan sendiri oleh masyarakat

Cina dan tertumpu di kawasan
bandar
-peringkat awal sekolah Cina

menggunakan pelbagai loghat
bahasa Cina seperti Teochew,
Hokkien, Kantonis dan Hakka

-pendidikan sekolah rendah untuk
orang Cina diberikan selama enam
tahun

-ada juga sekolah Cina menyediakan
pendidikan sehingga ke peringkat
menengah

-menggunakan buku-buku dan
sukatan pelajaran dari negara China

-guru-guru juga dibawa dari China

-tahun 1920 British mula memberi
perhatian kepada sekolah Cina

-1938 Sekolah Foon Yew, Johor
Bharu, Johor ditubuhkan

-Enakmen Pendaftaran Sekolah
diperkenalkan oleh British untuk
mengawal sekolah-sekolah Cina di
Tanah Melayu

-menurut enakmen ini;

(i) semua sekolah yang didirikan
mesti didaftarkan
(ii) Pengarah Pelajaran diberi kuasa
untuk menutup sekolah yang tidak
menurut syarat pengurusan, sukatan
pelajaran dan peraturan kesihatan
yang ditetapkan british
c) Sekolah Vernakular Tamil

-diusahakan oleh orang perseorangan
dan pertubuhan masyarakat India

-kebanyakannya didirikan di kawasan
ladang getah

-sukatan pelajaran, buku, guru-guru
dibawa dari India

-ada kalanya penyelia ladang
(Kangani) akan mengajar di sekolah
tersebut

-memberikan pendidikan di peringkat
rendah sahaja dan kebanyakannya
hingga ke darjah empat

-tahun 1912 British memperkenalkan
Undan-Undang Buruh yang
mewajibkan pengusaha ladang
menyediakan sekolah dan guru
untuk anak-anak pekerjanya

-keadaan ini menyebabkan bilangan
sekolah Tamil bertambah

-terdapat juga sekolah Tamil didirikan
di bandar seperti Sekolah
thamboosamy Pillai dan Sekolah
Vivekananda di Kuala Lumpur

-masyarakat India yang kaya akan
menghantar anak-anak mereka ke
sekolah Inggeris yang lebih
sempurna

d) Sekolah Vernakular Inggeris

-mula didirikan di Negeri-Negeri Selat
seperti Penang Free School (1816)
dan Malacca Free School (1826)

-sekolah Inggeris kemudiannya
didirikan di Negeri-Negeri Melayu
dan tertumpu di kawasan bandar

-pada peringkat awalnya didirikan
oleh mubaligh-mubaligh kristian

-menyediakan pendidikan sehingga
peringkat menengah dan terbuka
kepada semua kaum

-sukatan pelajaran mengikut sistem
pendidikan di England

-lulusan sekolah Inggeris berpeluang
melanjutkan pelajaran dalam
pelbagai bidang seperti perubatan,
kejuruteraan, guaman dan
pentadbiran

16


-lulusan juga diberi keutamaan
menjawat jawatan yang baik dalam
perkhidmatan kerajaan

-1894 sekolah menengah Inggeris
iaitu Victoria Institution ditubuhkan
oleh mubaligh Kristian di Kuala
Lumpur

-1905 Kolej Melayu Kuala Kangsar
ditubuhkan

-tujuan untuk memberi pendidikan
Inggeris hingga ke peringkat
menengah kepada anak-anak raja
dan golongan bangsawan Melayu

-anak-anak golongan bangsawan
Melayu dilatih untuk berkhidmat
dengan kerajaan Inggeris

-kesannya – lahir kumpulan
pemimpin Melayu yang
berpendidikan Inggeris

-British tidak mahu memberi
pendidikan Inggeris yang tinggi
kepada orang Melayu

-1930-an bilangan anak-anak Melayu
masih kurang berbanding kaumkaum
lain iaitu Melayu (15%), Cina
(50%), dan India (27%)

BAB 7 – PERJUANGAN RAKYAT
TEMPATAN MENGEMBALIKAN
KEDAULATAN BANGSA

-British campur tangan di Tanah
Melayu, Sarawak dan Sabah telah
menggugat sistem politik, ekonomi
dan sosial penduduk tempatan

-perubahan dalam sistem pentadbiran
menyebabkan sultan kehilangan
kedaulatan dan pembesar hilang
kuasa

-British memperkenalkan pelbagai
cukai yang membebankan dan
menindas rakyat

-keadaan ini mencetuskan
kebangkitan rakyat untuk menentang
British

-ramai pejuang tanah air muncul
seperti Sultan Ahmad Tajuddin, Dol
Said, Rentap, Sharif Masahor, Dato’
Maharaja Lela, Yamtuan Antah,
Dato’ Bahaman, Mat Salleh,
Antanom, Tok Janggut dan Haji
Abdul Rahman Limbong

-mereka memimpin rakyat berjuang
dengan gigih demi mempertahankan
kedaulatan dan kemerdekaan tanah
air

7.1 Perjuangan Mengembalikan
Kedaulatan Kedah
(Teks m/s: 164-165)

(i) Latar belakang
-tahun 1821 seramai 7000 orang
tentera Siam mengepung Kuala
Kedah

-askar Siam memusnahkan rumah,
merampas barang,
menenggelamkan perahu dan
menangkap tawanan untuk dibawa
balik ke Siam sebagai hamba

(ii)Faktor Penentangan

-penjajahan Siam yang kejam
menyebabkan rakyat Kedah bangkit
dan bersatu dengan Sultan untuk
mengembalikan kedaulatan Kedah

-tentangan hebat rakyat Kedah ini
dipimpin oleh Sultan Ahmad
Tajuddin

-dibantu pula oleh Tunku Abdullah,
Tunku Kudin (Syed Zainal Abidin),
Tunku Long dan Tunku Muhammad
Saad

-perjuangan ini disokong oleh
pemimpin rakyat seperti Tok Mo Ris
dan pemimpin agama seperti Syeikh
Abdul Kadir

-perjuangan orang Melayu Kedah
menentang Siam telah dikhianati
oleh British

-British telah bersubahat dengan
Siam untuk melumpuhkan
perjuangan rakyat Kedah

-contoh: British telah menghantar
kapal perang untuk membantu Siam
mengepung Kedah

(iii)Peristiwa Penentangan

-1823 Tunku Abdullah memimpin
3000 orang tentera untuk
membebaskan Kedah daripada Siam
melalui Seberang Perai tetapi gagal
kerana British membantu Siam

-1831 Tunku Kudin berjaya menawan
semula Kuala Kedah dari Melaka

-British menghantar 5 buah kapal
perang untuk mengepung perairan
Kedah

-tindakan British itu menyebabkan
Kedah terputus bekalan makanan
dan bantuan tentera dari luar

-Tunku Kudin telah terkorban

-tahun 1836 Sultan Ahmad Tajuddin
menrancang menyerang Siam
melalui Bruas di Perak

-British berjaya mengesan gerakan ini
dan Sultan Ahmad Tajuddin
ditangkap

-1838 kebangkitan menentang Siam
di Kedah telah dipimpin oleh Tunku
Muhammad Saad

-tentera Kedah berjaya menawan
semula selatan Kedah, Kota Kuala
Kedah dan mara ke Songkla

-Siam berjaya menguasai semula
Kedah dengan bantuan British

(iv)Kesan Penentangan

-semangat juang rakyat Kedah
menyebabkan Siam berdamai
dengan Kedah

-sultan Kedah menghantar puteranya,
Tunku Daei ke Bangkok untuk
berunding

-tahun 1842 Siam mengembalikan
takhta Kedah kepada Sultan Ahmad
Tajuddin

-wilayah Perlis, Setul dan Kubang
Pasu diasingkan dari Kedah

7.2 Dol Said Pahlawan Naning
(Teks m/s: 166-168)

(i) Latar belakang
-daerah Naning terletak antara
Rembau dengan Melaka

-Penghulu naning ialah Dato’ Naning
Abdul Said yang dikenalisebagai Dol
Said

-pusat pentadbiran terletak di Taboh

-Naning mempunyai hasil keluaran
seperti padi, buah-buahan, sirih dan
bijih timah

-1831 Dol Said telah bangkit
menentang British

(ii)Faktor Penentangan

a) Mempertahankan Kemerdekaan
Naning

-1824 British dan Belanda
menandatangani Perjanjian Inggeris-
Belanda

-dalam perjanjian itu Melaka
diserahkan kepada British

-British mendakwa Naning
sebahagian daripada Melaka

-British mengarahkan Naning
mematuhi peraturan yang ditetapkan
Melaka

-dakwaan British tidak dapat diterima
oleh Penghulu Dol Said dan rakyat
Naning

b) Menentang Pelaksanaan Undang-
Undang British

-British memperkenalkan Peraturan
Penghulu yang menggugat pengaruh
dan kuasa Dol Said

-peraturan ini melarang penghulu
membicarakan kes-kes jenayah

-tahun 1828 Dol Said diberi amaran
oleh British kerana menyelesaikan
kes jenayah di naning

-Dol Said diugut akan dilucutkan
jawatan sekiranya tidak mematuhi
arahan British

c) Menentang Bayaran Cukai

-melalui Undang-Undang 1830 British
memaksa Naning membayar cukai
1/10 daripada hasil keluaran
pertanian

-arahan dibuat selepas British
mendapati hasil daerah Naning
berjumlah 4500 dolar sebulan

(iii)Peristiwa Penentangan

-15 Julai 1831 British mengisytiharkan
Dol Said sebagai penderhaka

-British menghantar seramai 150
orang Sepoi yang diketuai Kapten
Wyllie untuk menyerangnya

-British berjaya ditewaskan

-Dol Said berjaya kerana
menggunakan taktik perang gerila
dan mendapat bantuan daripada Seri
Menanti, Sungai Ujong, Johol dan
Muar

-turut membantu ialah Yamtuan Muda
Raja Ali dari Rembau yang
menghantar pasukan bantuan
diketuai menantunya Syed Sha’aban

17


-British sedar Naning sukar
dikalahkan

-British meminta bantuan Yamtuan
Muda Raja Ali dari Rembau dan
beliau bersetuju menghantar 600
orang hulubalang untuk menyerang
Naning

-Mac 1832 Kolonel Herbert mengetuai
pasukan tentera menyerang Naning

-British berkubu di Alor Gajah untuk
melancarkan serangan kedua ke
atas Naning

-pakatan British dan Rembau berjaya
mengalahkan Naning

-pusat pentadbiran Naning iaitu
Taboh ditawan dan rumah penduduk
Naning dibakar

-Dol Said berundur ke Seri Menanti
dan akhirnya menyerah diri kepada
British

(iv)Kesan Penentangan

-British berjaya menyatukan Naning
dengan Melaka

-Dol Said diberi pencen dan rumah di
Melaka

-British kerugian sebanyak 100 000
paun sterling

-walaupun orang Naning dgagal
dalam perang tetapi berjaya
menghidupkan semangat juang di
kalangan bangsa Melayu

7.3 Rentap Wira Sarawak: Agi Idup
Agi Ngelaban
(i) Latar belakang
-Rentap ialah pahlawan Iban yang
menentang British di sarawak

-
dilahirkan tahun 1800

-nama asal Rentap ialah Libau yang
bermaksud ‘penggoncang dunia’

-
Rentap juga digelar ‘Raja Darat’

-
merupakan pemimpin orang Iban di

Sungai Skrang dan Sungai Saribas

(ii)Faktor Penentangan

-Rentap menentang pemerintahan
keluarga Brooke kerana
menganggap orang Iban di Sungai
Skrang sebagai lanun

-James Brooke mendirikan kubu di
Sungai Skrang untuk mengawasi
pergerakan orang Iban

-tindakan James Brooke
menghapuskan penempatan orang
Iban di Sungai Skrang mencetuskan
kebangkitan Rentap

(iii)Peristiwa Penentangan

-1853 Rentap menyerang kubu
James Brooke di Nanga Skrang

-pasukan Rentap berjaya dan
seorang pegawai British iaitu Allan
Lee terbunuh

-kejayaan ini mengharumkan nama
Rentap di kalangan orang Iban

-1854 James Brooke menawan kubu
Rentap di Sungai Lang dan
membakar perkampungan Rentap

-pengikut Rentap berundur ke Bukit
Sadok dan membina kubu

-perjuangan Rentap mendapat
sokongan padu penduduk Iban dan
digelar ‘Raja Ulu’

-tahun 1857 James Brooke
menghantar Tuan Muda Charles
Brooke untuk menyerang kubu
Rentap di Bukit Sadok

-Charles Brooke berjaya
mempengaruhi 3000 orang Iban dan
500 orang Melayu supaya
menyerang kubu Rentap di Bukit
Sadok

-Charles Brooke gagal menewaskan
Rentap kerana kubu pertahanan
yang kukuh

-tahun berikutnya Charles Brooke
sekali lagi cuba menyerang Bukit
Sadok tetapi gagal

-kata-kata semangat Rentap dalam
penentangan ini adalah ‘Bawalah
semua meriam kamu dari Eropah,
kami tidak takut kepada kamu orang
Eropah’

-tahun 1863 James Brooke
mengetuai sendiri pasukan
menyerang Rentap di Bukit Sadok

-pertempuran berlaku selama sebulan
dan Rentap tewas

-James Brooke membakar kubu dan
rumah pengikut Rentap

-James Brooke menggunakan
meriam ‘Bujang Sadok’ untuk
menentang Rentap

-Rentap pula menggunakan sejenis
meriam besi ‘Bujang Timbang’ untuk
menentang pasukan Brooke

-Rentap berundur ke Entabai untuk
menyusun strategi baru tetapi
Rentap meninggal dunia

(iii)Kesan Penentangan

-kebangkitan Rentap dan pengikutnya
untuk membuktikan bahawa mereka
bukannya lanun tetapi pejuang
bangsa

-semangat juang Rentap diabadikan
di Batu Peringatan Rentap

7.4 Sharif Masahor Wira Sarawak
(Teks m/s: 172-173

(i) Latar belakang
-pembesar Sarikei di kawasan Sungai
Rajang
-berasal dari Kampung Igan di muara
Sungai Rajang
-dilantik oleh Sultan Abdul Mu’mein
dari Brunei
-
berpengaruh di kalangan orang
Melanau di Sungai Rajang dan orang
Iban di Sungai Skrang

(ii)Faktor Penentangan

-James Brooke mengambil wilayah
Sungai Rajang daripada Sultan
Brunei

-kewibawaan Sharif Masahor tergugat
apabila Sarikei diletakkan di bawah
pentadbiran Brooke

-pembinaan kubu di Kanowit dan
pelantikan Henry Steele sebagai
wakil British dianggap telah
mengambil alih kuasa pentadbiran
Sharif Masahor

-Sharif Masahor menentang tindakan
James Brooke meluaskan kuasa ke
wilayahnya

(iii)Peristiwa Penentangan

-tahun 1855 Sharif Masahor
mengetuai 150 buah perahu
menyerang Mukah dan mengusir
Pangeran Matusin yang menyokong
perluasan kuasa James Brooke

-James Brooke bertindak balas
dengan melucutkan kuasa Sharif
Masahor di Sarikei

-Sharif Masahor marah dengan
tindakan James Brooke

-Sharif Masahor berpakat dengan
Datu Patinggi Abdul Ghapur dari
Kuching untuk mengusir keluar
James Brooke dari Sarawak

-tahun 1859 pasukan Sharif Masahor
menyerang Kanowit

-peristiwa ini membimbangkan orang
Eropah di Sarawak

-tahun 1860 Sharif Masahor, Datu
Patinggi Abdul Ghapur dan
Temenggung Hashim dari Sadong
membuat pakatan sulit untuk
menyerang Kuching bagi
menggulingkan Brooke

-Charles Brooke dengan bantuan
Belanda menahan Datu Patinggi
Abdul Ghapur dan dipenjarakan di
Betawi

-pertempuran antara Sharif Masahor
dengan Charles Brooke berlaku di
Sungai Sadong

-kapal dan perahu pasukan Sharif
Masahor ditenggelamkan dan
seramai 64 orang pengikutnya
terbunuh

-
Sharif Masahor berundur ke Mukah

-tahun 1861 James Brooke memaksa
Sultan Brunei menyerahkan Mukah
dan menahan Sharif Masahor

-Sharif Masahor dibuang negeri ke
Singapura

(iv)Kesan Penentangan

-walaupun perjuangan Sharif
Masahor berjaya dipatahkan tetapi
gerakan menentang Brooke tidak
pernah berakhir

-pentadbiran Brooke kemudiannya
menghadapi kebangkitan daripada
pemimpin Banting pada tahun 1894
iaitu pemimpin orang Iban di hulu
Sungai Batang Lupar

-tahun 1931 pula bangkit
penentangan daripada Penghulu
Asun iaitu pemimpin orang Iban di
Sungai Kanowit

7.5 Dato’ Maharaja Lela Pejuang
Kebanggaan Perak
(Teks m/s: 174-176)

(i) Latar belakang
-Dato’ Maharaja Lela ialah Orang
Besar Berlapan Perak dan penghulu
di Pasir Salak

-
pada November 1874 Perak
menerima Residen British iaitu
J.W.W.Birch hasil daripada
Perjanjian Pangkor

18


-pelantikan itu menimbulkan konflik
antara Birch, sultan dan pembesar
Perak yang mencetuskan
kebangkitan di Pasir Salak

(ii)Faktor Penentangan

a) Mengambil Hak Mengutip Cukai

-24 Julai 1875 Birch memaksa Sultan
Abdullah menandatangani
pengisytiharan yang membolehkan
British mengambil hak mengutip
cukai

-Sultan Abdullah diugut akan
diturunkan takhta jika enggan
menandatangani

-Birch membakar rumah Raja Ngah
Orang Besar Perak kerana
meneruskan kutipan cukai timah di
Bidor

b) Mencabar Ketuanan Melayu

-kemarahan sultan dan pembesar
Perak memuncak

-pada 2 Oktober 1875 Sultan
Abdullah didesak menandatangani
perisytiharan penyerahan kuasa
kepada British

-kuasa mentadbir negeri diserah
kepada Residen

-Residen berkuasa melantik hakim,
mengurus kutipan cukai dan melantik
penghulu

c) Memperkenalkan Cukai Baru

-
Birch bertindak sesuka hati

-Birch memperkenalkan cukai baru
seperti cukai padi, perahu atap,
senjata dan bayaran permit untuk
membalak

-Setiap isi rumah dikehendaki
membayar 2 dolar sebagai cukai
kelamin

d) Mencabuli Adat Resam

-Birch dibenci oleh sultan dan
pembesar-pembesar Perak apabila
beliau mengharamkan amalan
perhambaan yang menjadi adat
resam Melayu

-Birch sengaja menimbulkan
permusuhan apabila menyimpan
hamba-hamba perempuan
dirumahnya

(iii)Peristiwa Penentangan

-Raja Abdullah, Raja Ismail dan Dato’
Maharaja Lela telah bermesyuarat di
Durian Sebatang

-mereka mengambil keputusan untuk
membunuh Birch

-Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya
Dato’ Sagor, Pandak Indut dan
Sepuntum menawarkan diri untuk
membunuhnya

-mereka berazam menghalau British
keluar dari bumi Perak

-pada 2 November 1875 Birch dan
rombongan tiba di Pasir Salak untuk
menyebarkan surat pengisytiharan
mengambil hak memungut cukai oleh
British

-Dato’ Maharaja Lela dan pengikutnya
mengambil kesempatan itu untuk
membunuh Birch

-Pembunuhan Birch menyebabkan
British menyerang Pasir Salak

-Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor
memimpin perjuangan
mempertahankan Pasir Salak

-pasukan British dikalahkan dan
Kapten Innes terkorban

-pertempuran ini dikenali sebagai
‘Perang Perak’ dan berlaku hampir
setengah tahun

-pada 7 November 1875 pertempuran
berlaku di Bandar Tua

-pejuang Perak akhirnya dikalahkan
setelah British dibantu oleh tentera
dari India dan Hong Kong

(iv)Kesan Penentangan

-tahun 1877 Dato’ Maharaja Lela,
Dato’ Sagor, Pandak Indut dan
Sepuntum dihukum gantung sampai
mati di Matang, Perak

-Sultan Abdullah dan Ngah Ibrahim
dibuang negeri ke Pulau Seychelles
di Lautan Hindi

-
Raja Ismail dibuang negeri ke Johor

-British tegas menghapuskan
kebangkitan di Perak menunjukkan
keangkuhannya sebagai kuasa
penjajah

-Dato’ Maharaja Lela menjadi simbol
kepahlawanan orang Melayu

7.6 Yamtuan Antah Mempertahankan
Kedaulatan Seri Menanti
(Teks m/s: 177-178)

(i) Latar belakang
-nama sebenarnya Tunku Laksamana
Antah Ibni Almarhum Raja Radin
-dilantik sebagai Yamtuan Seri
Menanti pada tahun 1875
-
wilayah jajahan Seri Menanti terdiri
daripada Terachi, Ulu Muar, Gunung
Pasir dan Jempol

(ii)Faktor Penentangan

-Yamtuan Antah tidak bersetuju
dengan tindakan Dato’ Kelana Syed
Abdul Rahman di Sungai Ujong
menandatangani perjanjian dengan
British

-tindakan Dato’ Kelana mengeruhkan
hubungan antara mereka berdua

-Yamtuan Antah juga tidak
mengiktiraf Dato’ Kelana sebagai
pemerintah Sungai Ujong

-hubungan antara Yamtuan Antah
dengan Dato’ Kelana bertambah
runcing apabila Dato’ Kelana
mengisytiharkan Terachi sebagai
wilayahnya

-dibantah Yamtuan Antah kerana
menganggap Terachi sebahagian
jajahan Seri Menanti

-Residen British di Sungai Ujong iaitu
P.J.Murray menghantar tentera dan
juru ukur untuk membuat siasatan

-Yamtuan Antah menghantar 200
orang pengikutnya menuntut supaya
British menghentikan tugas
mengukur kawasan antara Terachi
dengan Kuala Pilah

-berlaku pertikaian antara keduaduanya
yang mencetuskan
pertempuran

-kebangkitan Yamtuan Antah
disokong oleh Dato’ Siamang Gagap,
Tengku Besar Tampin, penduduk
Rembau, Jelebu dan Johol

-Disember 1875 pasukan Yamtuan
Antah berjaya menawan Paroi dan
membina kubu di situ

-British berjaya menawan semula
Paroi apabila dibantu oleh tentera
Negeri-Negeri Selat

-Yamtuan Antah berundur ke Bukit
Putus dan seterusnya ke Johor

(iii)Kesan Penentangan

-Maharaja Abu Bakar dari Johor
menasihati Yamtuan Antah berdamai
dengan British

-Mei 1876 Yamtuan Antah berunding
dengan Gabenor Negeri-Negeri Selat
iaitu William Jervois

-Yamtuan Antah diiktiraf sebagai
Yamtuan Besar di Seri Menanti

-tindakan berdamai ini tidak
dipersetujui oleh Dato’ Siamang
Gagap

-rundingan tersebut membuka
peluang British meluaskan pengaruh
ke seluruh Negeri Sembilan

7.7 Dato’ Bahaman Pahlawan
Pahang (Teks m/s: 179-181)
(i) Latar belakang
-nama sebenarnya Abdul Rahman bin
Imam Noh
-dianugerahi gelaran Orang Kaya
Dato’ Setia Perkasa Pahlawan
Semantan

-diberikan anugerah kerana
kegagahan dan keberanian beliau
dalam perang saudara di Pahang
dan Perang Klang di Selangor

-dilantik sebagai pembesar Temerloh
setelah kematian Orang Kaya Indera
Segara

-
Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf
pemerintahan British di Pahang

(ii)Faktor Penentangan

a) Hilang Hak Mengutip Cukai

-Dato’ Bahaman menentang tindakan
British melantik E.A.Wise sebagai
Pegawai Majistret dan Pemungut
Hasil di daerah Temerloh

-Dato’ Bahaman dilarang mengutip
cukai di daerah kekuasaannya iaitu
di Temerloh

b) Pembinaan Balai Polis

-pegawai British iaitu E.A.Wise
mendirikan balai polis di Lubuk Terua
tanpa berunding terlebih dahulu
dengan Dato’ Bahaman

-konflik antara kedua-duanya menjadi
lebihserius

-Dato’ bahaman menganggap
tindakan British sebagai menceroboh
kawasan serta mengancam
kedudukannya

c) Perlucutan Gelaran

-Hugh Clifford menganggap Dato’
Bahaman sebagai penderhaka
kerana enggan mematuhi arahan
British

19


-British memaksa Sultan Ahmad
melucutkan gelaran Dato’ Setia
Perkasa Pahlawan Semantan

-tindakan British memalukan Dato’
Bahaman dan beliau bersumpah
menghalau keluar British dari
Pahang

(iii) Peristiwa Penentangan
-16 Disember 1891 British
menangkap 3 orang pengikut Dato’
Bahaman kerana mengutip hasil
hutan tanpa kebenaran

-tindakan British itu menyebabkan
Dato’ Bahaman dan pengikutnya
menyerang Balai Polis Lubuk Terua

-
peristiwa ini mencetuskan perang

-26 Disember 1891 Hugh Clifford
mengetuai pasukan 200 orang
tentera untuk menawan semula
Lubuk Terua tetapi tewas dalam
pertempuran di Kelubi

-Hugh Clifford berundur dan meminta
bantuan Singapura

-Januari 1892 British memaksa Sultan
Wan Ahmad menamatkan
kebangkitan rakyat Pahang

-pasukan tentera dinamakan
“Gerakan Sultan” yang disertai oleh
J.P.Rodger ditubuhkan

-British membekalkan 200 pucuk
senapang dan 10 000 butir peluru

-Sultan Wan Ahmad dilantik
mengetuai gerakan ini dan berjaya
menawan 11 buah kubu Dato’
Bahaman di Bentong

-Mac 1892 British sekali lagi
menyerang Lubuk Terua

-pejuang Pahang berundur ke
Kelantan dan Terengganu

-di terengganu ulama’ Tok Ku Paloh
menyemarakkan semangat pejuang
Pahang berjihad menentang British

-14 Jun 1894 Dato’ Bahaman dan 100
orang pengikutnya menawan Kuala
Tembeling dan Jeram Ampai

-British bertindak balas menghantar
Kolonel Walker untuk
menawansemula Jeram Ampai

-Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat
Kilau berundur ke Kelantan

-pengunduran ini menandakan
berakhirnya perang menentang
British di Pahang

(iv)Kesan Penentangan

-Dato’ Bahaman dan pengikutnya
memperlihatkan keberanian
menentang British

-kedudukan British di Pahang
tergugat dengan semangat
patriotisme oleh pahlawan Pahang

-kebangkitan ini berlangsung selama
4 tahun iaitu dari 1891 – 1894

-British terpaksa menanggung hutang
yang banyak

-Sultan Wan Ahmad dipaksa oleh
British membayar 7200 dolar
setahun bagi menyelesaikan hutang
tersebut

7.8 Mat Salleh Menyanggah SBUB
(Teks m/s: 182-183)

(i) Latar belakang
-nama sebenar Datu Mohammad
Salleh bin Datu Batu
-dilahirkan di Inanam dan menjadi
pemerintah Sungau Sugut

-
berketurunan Bajau dan Suluk

-mewarisi sifat kepahlawanan dan
keberanian berperang

-
kebangkitan Mat Salleh merupakan
kebangkitan paling besar dalam
sejarah penentangan di Sabah

(ii)Faktor Penentangan

a) Perjuangan Jihad

-kebangkitan berpunca daripada
semangat perjuangan jihad orang
Sulu menentang Sepanyol di selatan
Filipina

b) Peraturan Yang Membebankan

-SBUB memperkenalkan peraturan
baru di Sabah seperti amalan buruh
paksa, cukai beras dan lesen perahu
yang membebankan rakyat

c) Percubaan Berunding Gagal

-Ogos 1895 Mat Salleh dan pembesar
tempatan ke Sandakan untuk
menemui Gabenor Beaufort,
C.V.Creagh

-tujuan untuk berunding tentang
masalah cukai dan tindakan
kekerasan pegawai SBUB terhadap
penduduk tempatan

-Mat Salleh dan pembesar-pembesar
tidak dilayan dan setelah menunggu
selama 10 hari beliau meninggalkan
Sandakan

d) Perkampungan Di Bakar

-Gabenor Beaufort menganggap Mat
Salleh mengancam kepentingan
SBUB

-SBUB bertindak membakar dan
memusnahkan kampung Mat Salleh

-SBUB menawarkan hadiah 500 dolar
kepada sesiapa yang berjaya
menangkap Mat Salleh

(iii)Peristiwa Penentangan

-Julai 1897 Mat Salleh mendirikan
kubu di Ranau dan membakar Pulau
Gaya

-November 1897 Mat Salleh
menyerang Ambong

-William Cowie, Pengarah Urusan
SBUB tidak berupaya mengalahkan
Mat Salleh lalu menawarkan
perdamaian dan pengampunan
kepadanya

-April 1898 rundingan diadakan
antara Mat Salleh dengan Cowie di
Menggatal

-
Antara syarat perjanjian adalah;

-Mat Salleh dan pengikut diberi
pengampunan

-penduduk Inanam yang melarikan diri
semasa kekacauan dibenarkan
kembali semula

-Mat Salleh dibenarkan mentadbir
daerah Tambunan

-Mat Salleh diminta melaporkan
pergerakannya kepada SBUB

-SBUB tidak menepati janji sebaliknya
tahun 1899 SBUB mengambil alih
pentadbiran di Tambunan

-Mat Salleh berasa tertipu dan
meneruskan penentangan dengan
membina kubu di Kampung Teboh,
Tambunan

-SBUB menyerang kubu Mat Salleh
secara besar-besaran

-Januari 1900 SBUB berjaya
menewaskan Mat Salleh

-
Mat Salleh terkorban

(iv)Kesan Penentangan

-perjuangan diteruskan oleh pengikut
Mat Salleh seperti Mat Sator dan
Kamunta

-Julai 1902 British berjaya
menamatkan kebangkitan Mat Salleh
di Sabah sepenuhnya

7.9 Antanom Pahlawan Anak Rimba
Berjiwa Besar
(Teks m/s: 184)

(i) Latar belakang
-nama sebenar Ontoros anak lelai
Antanom

-
ketua kaum Murut di Rundum

-
dilahirkan tahun 1875

-
ketika berusia 30 tahun Antanom

telah memimpin orang Murut
menentang SBUB yang menindas
kaumnya

(ii)Faktor Penentangan

a) Melarang Membuka Tanah Baru

-SBUB melarang mereka membuka
tanah baru

-
merasakan hak mereka diceroboh

-
akibatnya mereka kekurangan beras

b) Mengenakan Cukai Yang
Membebankan

-SBUB mengenakan pelbagai cukai
yang membebankan seperti;

-cukai kepala satu dolar setiap orang

-cukai tanaman pindah sebanyak 50
sen setiap ekar

-cukai sebatang pokok kelapa untuk
minuman tuak sebanyak 25 sen

-cukai tangkapan ikan besar

-cukai memelihara anjing sebanyak
satu dolar seekor

c) Menjadi Buruh Paksa

-
orang Murut dijadikan buruh paksa

-tujuan untuk membina jalan di
pedalaman dan memasang kawat
telegraf antara Tenom dengan
Rundum

d) Menzalimi Keluarga

-suami isteri kaum Murut dikehendaki
tinggal berasingan di sebelah
menyebelah tebing sungai

-mereka dikenakan satu dolar setiap
kali berkunjung

-jika mereka mempunyai dua orang
anak, salah seorang akan diambil
SBUB untuk dijadikan buruh paksa

20


e) Menceroboh Kawasan Hutan

-SBUB menceroboh hutan untuk
membina jalan

-Kaum Murut membantah kerana
mengikut kepercayaan mereka
pencerobohan akan mengganggu
roh nenek morang mereka

(iii)Peristiwa Penentangan

-Antanom menyatukan orang Murut
menentang SBUB dmi menebus
maruah mereka

-Februari 1915 Antanom menyerang
Pensiangan dan membakar
bangunan kerajaan

-Mac 1915 Antanom memimpin kirakira
600 orang Murut menyerang
Rundum dan berjaya memusnahkan
pejabat pentadbiran SBUB

-kejayaan itu menaikkan semangat
perjuangan orang Murut dan
pengikut Antanom bertambah
menjadi 900 orang

-Antanom membina kubu pertahanan
di Sungai Selangit yang
mengandungi 7 buah rumah bawah
tanah

-April 1915 SBUB menghantar 400
orang tentera menyerang kubu
Antanom

-pertempuran berlaku selama 6
minggu

-Antanom dan 400 orang Murut
terkorban dalam mempertahankan
Rundum

-penentangan ini dikenali sebagai
‘Kebangkitan Rundum’

(iv)Kesan Penentangan

-SBUB mengenakan tindakan tegas
terhadap pengikut Antanom

-8 orang kanan Antanom dibuang
daerah ke Kudat

-pengikut-pengikut yang lain menjadi
buruh paksa memasang kawat
telegraf dari Kimanis hingga ke
Keningau

-SBUB mengarahkan orang Murut
bersumpah taat setia bagi
mengelakkan kebangkitan
seterusnya

-orang Murut berpindah ke
pedalaman Kalimantan sebagai
tanda protes terhadap SBUB

7.10 Tok Janggut Pejuang Jihad
(Teks m/s: 187-189)

(i) Latar belakang
-nama sebenar Haji Mat Hassan bin
Munas
-dikenali sebagai Tok Janggut kerana
beliau menyimpan janggut hingga ke
paras dada

-dilahirkan tahun 1853 di Kampung
Jeram, Pasir Puteh, Kelantan

-mendapat pendidikan pondok di
Kelantan dan Makkah

-mahir dalam ilmu persilatan

-menetap di Kampung Nering,

Kelantan
-bekerja sebagai petani dan peniaga

(ii)Faktor Penentangan

a) Peraturan Tanah

-Tok Janggut menentang peraturan
cukai tahun 1915 yang mewajibkan
petani membayar cukai tanah

b) Pengenalan Cukai Yang
Membebankan

-petani dikehendaki membayar cukai
seperti;

-cukai pokok kelapa berbuah sebanyak
3 sen sepokok

-pokok pinang satu sen sepokok

-sirih 5 sen sejunjung

-kerbau dan lembu sebanyak 20 sen
seekor

-peraturan ini membenakan rakyat

c) Perasaan anti-British

-sentimen anti-British meningkat
apabila Britain menyerang kerajaan
Turki Uthmaniyah semasa Perang
Dunia I tahun 1914

-kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru
umat Islam di seluruh dunia berjihad
menentang penjajah Barat

-Tok Janggut menyahut seruan
menentang British di Pasir Puteh

d) Pembayaran Cukai Yang
Menyusahkan

-penduduk tempatan menghadapi
masalah membayar cukai kerana
pejabat bayaran cukai terletak jauh di
bandar

-Tok Janggut telah beberapa kali
pergi untuk membayar cukai tetapi
gagal

-mereka yang gagal membayar cukai
akan ditangkap dan didenda

-penduduk tempatan marah kepada
British kerana sikap biadab pegawai
British

(iii)Peristiwa Penentangan

28 April 1915

-Pegawai Daerah Pasir Puteh
menghantar Sarjan Che Wan untuk
menangkap Tok Janggut kerana
gagal membayar cukai

-perbalahan berlaku menyebabkan
Sarjan Che Wan mati ditikam oleh
Tok Janggut

29 April 1915

-Tok Janggut, Engku Besar Jeram,
Penghulu Adam dan Che Sahak
Merbol mengetuai angkatan
melancarkan serangan ke atas Pasir
Puteh

-mereka menduduki Pasir Puteh
selama 3 hari dan mengisytiharkan
Pasir Puteh bebas daripada
ancaman British

-Ungku Besar Jeram iaitu Tuan
Ahmad dilantik sebagai Raja Pasir
Puteh

-Tok Janggut sebagai Perdana
Menteri

9 Mei 1915

-British menawarkan hadiah
sebanyak 500 dolar kepada sesiapa

yang berjaya menangkap Tok
Janggut dan pemimpin kanannya

23 Mei 1915

-British membakar rumah Tok
Janggut dan pengikutnya kerana
enggan menyerah diri

-Tok Janggut bertindak balas
menyerang Pasir Puteh

24 Mei 1915

-British menyerang Tok Janggut yang
berkubu di Kampung Dalam Pupuh,
Saring

-Tok Janggut terkorban

-mayat Tok Janggut diarak ke Pasir
Puteh dan Kota Bharu kemudian
digantung songsang di Padang Balai
Besar, Kota Bharu selama 4 jam

-kemudian dikebumikan di Pasir
Pekan

(ii)Kesan Penentangan

-Tok Janggut dan rakan-rakan
terkorban sebagai pahlawan yang
menentang kuasa penjajah Barat

-semangat juang mereka kebanggaan
kita walaupun tewas di tangan British

7.11 Haji Abdul Rahman Limbong
Pejuang Tani
(Teks m/s: 290-192)

(i) Latar belakang
-nama sebenar Haji Abdul Rahman
bin Haji Abdul Hamid

-dikenali sebagai Haji Abdul Rahman
Limbong kerana beliau sering ke
Limbong, Kemaman untuk mengajar
agama

-beliau berjuang untuk membela
nasib petani yang ditindas

-perjuangannya dikenalsebagai
‘Kebangkitan Tani’ di Terengganu

(ii)Faktor Penentangan

a) Pas Kebenaran Yang Membebankan

-1921 diperkenalkan Peraturan Tanah
Baru

-petani yang ingin membuka tanah
dan bercucuk tanam perlu
mendapatkan kebenaran dengan
bayaran 50 sen

-peraturan yang sama jika menebang
pokok dan mengutip hasil hutan
seperti daun nipah, buah salak,
sagu, rotan dan daun palas

-membebankan hidup petani yang
sedia ada miskin

b) Penguatkuasaan Undang-Undang
Binatang Buas

-1923 diperkenalkan Undang-Undang
Kawalan Binatang Buas yang
melarang penduduk memburu
binatang liar

-sesiapa yang ingkar dikenakan
denda sebanyak 500 dolar dan
senapang mereka akan dirampas

c) Peraturan Tanah Baru

-1924 peraturan tanah mewajibkan
penduduk mendaftar tanah mereka
dengan bayaran sebanyak 2.50 sen
seorang

21


d) Pengaruh Pemimpin Agama

-pemimpin agama berperanan
penting dalam kebangkitan anti-
British di Terengganu

-Haji Abdul Rahman Limbong
menegaskan ‘tanah adalah hak Allah
dan rakyat bebas mengerjakannya
tanpa perlu membayar cukai kepada
kerajaan’

-Haji Musa Abdul Ghani menyifatkan
peraturan British bertentangan
dengan syariah Islam

(iii)Peristiwa Penetangan

Kebangkitan 1922

-petani di Kuala Telemong
menentang peraturan baru dengan
membersihkan tanah tanpa
mengambil pas kebenaran

-British menangkap 43 orang petani
dan mendakwa mereka di
mahkamah

-Haji Abdul Rahman Limbong
bertindak sebagai peguam

-British gagal mematahkan hujahnya
bahawa tanah adalah hak Allah dan
bukan hak negeri

-mahkamah menerima hujah tersebut
dan membebaskan mereka

Kebangkitan 1925

-seramai 300 -500 orang petani
berkumpul di Kuala Telemong untuk
bercucuk tanam

-mereka membersihkan 200 ekar
tanah milik Tengku Nik Maimunah
dan 400 ekar tanah kerajaan

-tindakan dilakukan kerana British
akan memberi konsesi tanah
tersebut kepada saudagar Cina

-British mendesak Sultan Sulaiman
supaya bertindak terhadap Haji
Abdul Rahman Limbong

-Haji Abdul Rahman Limbong
menjelaskan kepada sultan bahawa
pentadbiran British di daerah Kuala
Berang menindas rakyat

Kebangkitan 1928

-British mengancam untuk mengambil
tindakan undang-undang ke atas
petani-petani yang enggan
membayar cukai

-ini menyebabkan seramai 1000
orang petani berhimpun di Marang,
Kuala Telemong dan Kuala Berang

-mereka mengisytiharkan perang
terhadap British

-mereka menduduki balai polis dan
bangunan kerajaan di Kuala Berang
serta mengibarkan bendera merah

-British meminta bantuan Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu

-pertempuran berlaku di Padang
Kacong

(iv)Kesan Penentangan

-seramai 12 orang petani terkorban
dan semua pemimpin petani
termasuk Haji Abdul Rahman
Limbong ditangkap

-tahun 1928 mereka dibicarakan di
Kuala Terengganu

-Haji Abdul Rahman Limbong dijatuhi
hukuman buang negeri ke Makkah

atas tuduhan menghasut dan
mencetuskan kebangkitan di
Terengganu

BAB 8 – KEBANGKITAN

SEMANGAT KEBANGSAAN
UNTUK MENGANGKAT
MARTABAT BANGSA


-semangat kebangsaan dibangkitkan
golongan intelektual melalui akhbar,
majalah dan penulisan kreatif

-perjuangan semakin berkesan
melalui penubuhan pertubuhan untuk
perjuangkan hak dan kepentingan
bangsa

8.1 Maksud Semangat Kebangsaan
(Teks m/s: 199)

-semangat kebangsaan atau
nasionalisme bermaksud perasaan
cinta dan taat setia yang mendalam
terhadap bangsa dan tanah air

-semangat berjuang menebus
maruah bangsa

-semangat inilah mendorong kita
berjuang membebaskan negara
daripada British untuk membentuk
negara merdeka dan berdaulat

8.2 Perkembangan Negara Luar
Memberi Inspirasi Perjuangan
(Teks m/s: 199-202)

-awal kurun ke-20 berlaku gerakan
kesedaran kebangsaan di Turki,
Mesir, Jepun, China, Filipina, India
dan Indonesia

-perkembangan ini memberi inspirasi
kepada penduduk Tanah Melayu
untuk menentang penjajahan British

a) Gerakan Kebangkitan Islam di Timur
Tengah

-
berlaku akhir kurun ke-19

-kebangkitan dosebabkan kuasakuasa
Barat memecahbelahkan dan
menguasai empayar Islam Turki
Uthmaniyah

-pengaruh Barat di Turki
mencetuskan Gerakan Pan-Islam
iaitu gerakan untuk menyatukan
seluruh umat Islam dan menentang
penjajahan Barat

-gerakan ini mempengaruhi dan
menyatukan umat Islam di negaranegara
Timur Tengah, India dan Asia
Tenggara termasuk Tanah Melayu
untuk menentang kuasa asing

b) Gerakan Pemulihan Islam Mesir

-gerakan ini turut mempengaruhi
kebangkitan semangat kebangsaan
di Tanah Melayu

-tahun 1882 Mesir dijajah oleh British
dan telah mencetuskan Gerakan
Islah

-Gerakan Islah atau Gerakan
Pemulihan Islam ialah gerakan
menyeru orang Islam berpegang

kepada ajaran Islam sebenar
berdasarkan al-Quran dan Hadis
juga menyeru umat Islam supaya
bersatu menentang penjajahan Barat
di negara Islam

-gerakan ini dipelopori Sayid
Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh
Muhammad Abduh

-pengaruh gerakan ini disebarkan ke
Tanah Melayu oleh pelajar yang
menuntut di Mesir setelah kembali ke
tanah air

c) Perang Rusia-Jepun

-tahun 1905 Jepun berjaya
mengalahkan Rusia

-pertama kali dalam sejarah moden
sebuah negara Asia berjaya
mengalahkan kuasa Eropah

-kejayaan ini menyemarakkan
semangat negara-negara Asia lain
untuk menentang penjajahan Barat

d) Gerakan Kesedaran Kebangsaan
China

-tahun 1911 berlaku Revolusi China
yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen

-berjaya menumbangkan kerajaan
Manchu dan menubuhkan sebuah
negara republik China

-keadaan ini membangkitkan
kesedaran rakyat Tanah Melayu
untuk menentang British

e) Gerakan Kesedaran Kebangsaan
Filipina

-Jose Rizal memimpin perjuangan
rakyat Filipina menentang
penjajahan Sepanyol

-Menubuhkan Liga Filipina untuk
memajukan orang Filipina dan
menuntut Sepanyol memberi layanan
adil kepada rakyat

f)
Gerakan Kesedaran Kebangsaan
India

-gerakan dipimpin oleh Mahatma
Gandhi

-tujuan untuk membebaskan India
daripada penjajahan British

g) Gerakan Kesedaran Kebangsaan
Indonesia

-Soekarno menubuhkan Parti
Nasional Indonesia untuk
membebaskan Indonesia daripada
penjajahan Belanda

8.3 Gerakan Islah Mencetuskan
Kesedaran Kebangsaan
(Teks m/s: 203-204)

(i) Latar belakang Gerakan Islah di
Tanah Melayu
-awal kurun ke-20 semangat
kebangsaan dibangkitkan oleh
golongan pelajar berpendidikan di
Universiti al-Azhar, Mesir

-tahun 1925 terdapat 80 orang pelajar
dari Tanah Melayu di universiti ini

-mereka terpengaruh dengan idea
pemulihan Islam oleh Sayid
Jamaluddin al-Afghani dan Sheikh
Muhammad Abduh

22


-sekembali ke Tanah Melayu mereka
memulakan Gerakan Islah di Tanah
Melayu dan dikenali sebagai ‘Kaum
Muda’

-tokoh penting seperti Sheikh
Muhammad Thani bin Jalaluddin,
Haji Abbas bin Muhammad Taha dan
Syed Sheikh Ahmad al-Hadi

(ii) Penyebaran Idea Gerakan Islah
-idea pembaharuan ‘Kaum Muda’
disebarkan melalui majalah ‘Al-Imam’
(pemimpin) yang diterbitkan di
Singapura tahun 1906

-tujuan diterbitkan adalah untuk;

“… mengingatkan mereka yang lalai
dan menjagakan mereka yang tidur
dan menunjukkan mereka yang
sesat dan menyampaikan suara
yang menyeru dengan kebaikan …”

-majalah ini memberi kesan besar
dalam perkembangan pemikiran
orang Melayu

-orang Melayu mula sedar
kepentingan pendidikan dan ekonomi
mereka

-antara seruan Al-Imam ialah;

-menyeru orang Melayu berpegang
kepada al-Quran dan Hadis

-tekankan pentingnya ilmu
pengetahuan untuk mencapai
kejayaan

-menitikberatkan pengetahuan sejarah
kerana banyak iktibar yang boleh
dipelajari

-menasihati ibu bapa supaya
memberikan pendidikan sempurna
kepada anak-anak

-menggesa kaum wanita diberi
peluang mendapatkan pendidikan

-mengetepikan adat resam dan
kepercayaan karut yang boleh
menghalang kemajuan

-tahun 1908 majalah Al-Imam
dihentikan penerbitannya dan
diteruskan oleh akhbar lain seperti
Neracha, Al-Ikhwan, Pengasuh dan
Saudara

-Kaum Muda menubuhkan beberapa
buah madrasah untuk menyebarkan
idea dengan lebih berkesan seperti
Madrasah al-Masyhur al-Islamiah di
Pulau Pinang, Madrasah al-Diniah
Kampung Lalang di Padang Rengas
dan Madrasah Il-Ihya Assyariff,
Gunung Semanggol di Perak

(iii) Tentangan Gerakan Islah
-idea pembaharuan Kaum Muda
ditentang oleh ‘Kaum Tua’ melalui
akhbar ‘Suara Benar’ dan ‘Lidah
Benar’

-Kaum Tua terdiri daripada golongan
ulama’ dan pegawai agama yang
tidak menerima idea Islah Kaum
Muda

-mereka berpegang kuat kepada adat
dan agama Islam

-pertelingkahan antara mereka
hanyalah perkara kecil yang tidak
melibatkan perkara pokok dalam
agama Islam

(iv) Tokoh Pelopor Gerakan Islah di
Tanah Melayu
a) Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin

-lahir di Sumatera tahun 1869

-berpendidikan di Makkah dan di
Universiti al-Azhar, Mesir

-menerbitkan majalah Al-Imam

-pernah dilantik sebagai Mufti Negeri
Perak

b) Haji Abbas Muhammad Taha

-lahir di Singapura tahun 1885

-berpendidikan di Makkah

-pernah dilantik sebagai kadi di
kawasan Tanjung Pagar, Singapura

-menerbitkan akhbar Neracha

c) Syed Sheikh al-Hadi

-lahir di Melaka tahun 1862

-mendapat pendidikan agama di
Terengganu dan di Pulau Penyengat,
Riau

-sering berkunjung ke Makkah dan
Mesir

-mendalami idea perjuangan Syeikh
Muhammad Abduh

-menerbitkan akhbar Al-Ikhwan dan
Saudara

8.4 Intelektual Mematangkan
Perjuangan
(Teks m/s: 205-206

-Gerakan Islah menimbulkan
kesedaran di kalangan intelektual
Melayu

-tahun 1930-an golongan intelektual
ini menyemarakkan kesedaran
kebangsaan

(i) Golongan Intelektual Pendidikan
Melayu
-golongan ini lepasan Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI),
Tanjung Malim, Perak

-terdiri daripada guru-guru Melayu
yang berperanan sebagai pemimpin
masyarakat

-MPSI disifatkan sebagai ‘The Cradle
of Malay Nationalism’

-Berganding bahu dengan golongan
cerdik pandai agama untuk
memajukan orang Melayu dalam
bidang ekonomi dan pendidikan

-Usaha ini menimbulkan kesedaran
untuk membebaskan Tanah Melayu
daripada penjajahan British

-Antara tokoh nasionalis ialah Harun
Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaacob
dan Abdul Hadi Hassan

a) Harun Aminurrashid

-tokoh pejuang kebangsaan lepasan
MPSI

-merupakan guru yang bersemangat
kebangsaan

-penulis yang aktif mempelopori
penulisan puisi bertemakan
semangat kebangsaan

b) Abdul Hadi Hassan

-seorang pensyarah MPSI

-sentiasa menanamkan semangat
cinta akan bangsa dan negara
kepada para pelajarnya

(ii) Golongan Intelektual Pendidikan
Inggeris
-berjuang menuntut hak orang Melayu
dalam bidang ekonomi, pendidikan
dan pentadbiran

-menubuhkan persatuan dan bidang
penulisan untuk memperjuangkan
kepentingan orang Melayu

-antara tokoh-tokohnya ialah Raja
Chulan, Mohammad Eunos Abdullah,
Dato’ Onn Jaafar dan Ishak Haji
Muhammad

a) Raja Chulan

-mendapat pendidikan di Kolej
Melayu Kuala Kangsar

-tahun 1924 dilantik menjadi Ahli
Majlis Perundangan Persekutuan

-menggesa British meningkatkan taraf
ekonomi orang Melayu dan
menambah peluang orang Melayu
dalam perkhidmatan kerajaan

b) Mohammad Eunos Abdullah

-berpendidikan Inggeris di Raffles
Institution, Singapura

-merupakan orang Melayu pertama
dilantik sebagai Ahli Majlis
Perundangan Negeri-Negeri Selat

-pernah bertugas sebagai Ketua
Pengarang akhbar Utusan Melayu
dan Lembaga Melayu

-tahun 1926 menubuhkan Kesatuan
Melayu Singapura

c) Dato’ Onn Jaafar

-berpendidikan Inggeris di England
dan Kolej Melayu Kuala Kangsar

-pernah menjadi pengarang akhbar
Warta Malaya, Lembaga Malaya dan
Warta Ahad

-tahun 1936 dilantik sebagai Ahli
Tidak Rasmi dalam Majlis Mesyuarat
Negeri Johor

8.5 Perjuangan Naionalisme Melalui
Mata Pena
(Teks m/s: 207-212)
-akhbar dan majalah merupakan
media yang rapat dengan rakyat
-sesuai dijadikan saluran untuk
melahirkan kesedaran kebangsaan

-melalui media idea tentang
perjuangan kebangsaan dapat
disalurkan untuk bacaan semua
lapisan masyarakat

(i) Peranan Akhbar dan Majalah
Melayu
-tahun 1930-an akhbar Melayu mula
menyuarakan isu sosial, kedudukan
ekonomi dan politik orang Melayu

-akhbar berjaya menyemai semangat
kebangsaan di kalangan masyarakat
Melayu

-melalui serua-seruan akhbar orang
Melayu menubuhkan persatuan
untuk merintis pergerakan lebih
tersusun

-antara peranan akhbar dalam
membangkitkan semangat
kebangsaan ialah;

-mengkritik dasar British yang tidak
menguntungkan orang Melayu

23


-menyeru orang Melayu bersatu dan
menghapuskan semangat
kenegerian

-menuntut kedudukan yang lebih baik
dalam bidang pentadbiran, ekonomi
dan pendidikan

-antara akhbar yang berpengaruh
sebelum Perang Dunia II ialah Warta
Malaya (1930-1941) di Singapura,
Majlis (1931-1941) di Kuala Lumpur
dan Utusan Melayu (1939-1941)
diterbitkan di Singapura

-
akhbar-akhbar lain ialah;

-Lembaga Melayu (1914-1931) di
Singapura

-Pengasuh (1918-1941) di Kota Bharu,
Kelantan

-Majalah Guru (1924-1941) di Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang

-Al-Ikhwan (1926-1931) di Pulau
Pinang

-Saudara (1928-1941) di Pulau Pinang

-Fajar Sarawak (1930) di Sarawak

a) Akhbar Warta Malaya

-
diterbitkan di Singapura

-pengarang pertamanya ialah Dato’
Onn Jaafar

-menyiarkan tentang keadaan
sosioekonomi orang Melayu

-mendesak orang Melayu diberikan
lebih banyak jawatan penting dalam
perkhidmatan kerajaan

b) Akhbar Majlis

-
diterbitkan di Kuala Lumpur

-pengarang pertamanya Abdul Rahim
Kajai

-mendedahkan kelemahan dasar
British yang mengancam kedudukan
orang Melayu

-
dianggap akhbar yang berani

c) Akhbar Utusan Melayu

-
diterbitkan di Singapura

-pengarang pertamanya Abdul Rahim
Kajai

-menggesa orang Melayu
meningkatkan taraf ekonomi dan
menubuhkan persatuan bagi
memperjuangkan nasib bangsa dan
tanah air

Tokoh Akhbar Melayu

a) Abdul Rahim Kajai

-seorang nasionalis yang berjuang
melalui bidang kewartawanan

-
digelar Bapa Kewartawanan Melayu

-menjadi Ketua Pengarang akhbar
yang berpengaruh pada zamannya
seperti Warta Malaya, Majlis dan
Utusan Melayu

(ii)Kegiatan Persuratan di Kalangan
Orang Cina dan India

a) Akhbar Orang Cina

-orang Cina terbitkan akhbar sebelum
Perang Dunia II

-antaranya akhbar Lat Pau, Nanyang
Siang Pau, Sin Chew Jit Poh dan
Modern Daily News

-tahun 1881 akhbar Lat Pau
diterbitkan

-melaporkan tentang kegiatan sosial
dan ekonomi orang Cina di Tanah
Melayu

-juga menyiarkan peristiwa yang
berlaku di negara China

-terdapat juga akhbar berbahasa
Melayu yang diterbitkan oleh
masyarakat Cina Peranakan (Baba
dan Nyonya)

-antaranya akhbar Surat Khabar
Peranakan, Bintang Timor, Khabar
Uchapan Baru dan Bintang Pra
Pranakan

-tahun 1884 akhbar Bintang Timor
diterbitkan dan merupakan satusatunya
akhbar berbahasa Melayu
yang berani melaporkan berita
pemberontakan Dato’ Bahaman di
Pahang

-tahun 1930 diterbitkan akhbar
Bintang Pranakan yang
membicarakan hal ehwal masyarakat
Cina peranakan yang menunjukkan
taat setia kepada British sebagai
pemerintah Tanah Melayu

b) Akhbar Orang India

-diterbitkan akhbar Ulaga Nesan,
Tamil Nesan dan Tamil Murasa

-pada 24 September 1924 akhbar
Tamil Nesan diterbitkan di Kuala
Lumpur

-melaporkan berita tentang kegiatan
sosial dan ekonomi orang India di
Tanah Melayu

-juga peristiwa yang berlaku di negara
India

-terdapat juga akhbar berbahasa
Melayu diterbitkan oleh masyarakat
Jawi Peranakan

-antaranya Jawi Peranakan, Sekola
Melayu, Taman Pengetahuan dan
Tanjung Penagri

-tahun 1888 akhbar Sekola Melayu
diterbitkan dan dijadikan bahan
rujukan di sekolah Melayu

Kesedaran Kebangsaan Melalui
Penulisan Kreatif

-semangat kebangsaan dibangkitkan
melalui karya kreatif seperti puisi,
novel dan cerpen

-karya kreatif menjadi saluran untuk
menyuarakan perjuangan orang
Melayu oleh golongan guru, penulis
dan wartawan

(i) Penulisan Puisi
-sebelum Perang Dunia II banyak
puisi bertemakan semangat
kebangsaan dan disiar dalam akhbar
dan majalah

-tujuan untuk menyuburkan perasaan
cinta akan bangsa dan negara,
menyeru rakyat merebut peluang
ekonomi dan mempertahan maruah
bangsa

-
antaranya:

-puisi oleh Harun Aminurrashid seperti
Tenaga Kaumku, Mempertahankan
Hak Kita dan Perwira Melayu

-
Abdul Samad Ahmad menulis puisi
Serunai Pujangga, Kapal Tiada
Nakhoda dan Hari Kejatuhan Kita

-Muhammad Yusuf Harun menulis
puisi Dunia Yang Fana dan Di
Lautan Seberang

-puisi lainnya seperti Bangkitlah oleh
Omar Mustaffa, Seruan Kebangsaan
oleh Melati Pahang, Sedarlah oleh
Mahmud Ahmadi dan Di Tengah
Segara oleh Muhammad Yasin
Maamor

(ii)Penulisan Novel dan Cerpen

-melaluinya kesedaran kebangsaan
dapat disampaikan kepada
masyarakat lebih berkesan

-karya-karya sastera ini bertemakan
semangat perjuangan, nasib bangsa
dan semangat cintakan tanah air

-tema ini menimbulkan kesedaran di
kalangan orang Melayu

-antara penulis cerpen yang terkenal
ialah Abdul Rahim Kajai, Ishak Haji
Muhammad (Pak Sako) dan
Shamsuddin Salleh

-cerpen yang terkenal seperti Cerita
Awang Putat oleh Abdul Rahim
Kajai, Rumah Besar Tiang Sebatang
oleh Ishak Haji Muhammad, Di Sini
Kita Bukannya Orang Dagang dan
Siasat Yang Tiada Diminta oleh
Shamsuddin Salleh

-manakala novel pula seperti Hikayat
Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-
Hadi, Iakah Salmah? Oleh Ahmad
Rashid Talu, Melor Kuala Lumpur
oleh Harun Aminnurrashid, Putera
Gunung Tahan dan Anak Mat Lela
Gila oleh Ishak Haji Muhammad,
Mari Kita Berjuang oleh Abdullah
Sidek dan Melati Kota Bahru oleh
Abdul Kadir Adabi

8.6 Kesepakatan Menjamin Keutuhan
Perjuangan
(Teks m/s: 213-219)

-pertubuhan berperanan penting
dalam gerakan kesedaran
kebangsaan

-pertubuhan di peringkat awal bersifat
kenegerian serta memperjuangkan
kepentingan ekonomi dan sosial

-menjadi pendorong kepada
kemunculan penubuhan bersifat
pertubuhan

(i) Kemunculan Pertubuhan Melayu
-golongan wartawan dan akhbar
menimbulkan kesedaran politik orang
Melayu dan mendorong menubuhkan
pertubuhan untuk perjuangkan hak
dan kepentingan mereka

-
antaranya;

a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS)

-menjadi peransang kepada
pemimpin di negeri-negeri Melayu
-diasaskan tahun 1926 oleh

Mohammad Eunos Abdullah

-dianggotai golongan bangsawan,
kakitangan kerajaan, wartawan dan
peniaga

-
tujuan penubuhan adalah untuk;

-menggalakkan ahli berperanan lebih
besar dalam politik dan pentadbiran

24


-perjuangkan kemajuan orang Melayu
dalam bidang pendidikan

-menjadi wakil Melayu berurusan

dengan British bagi hal berkaitan

dengan hak dan kepentingan orang

Melayu

-akhir tahun 1930-an banyak
persatuan bersifat kenegerian
ditubuhkan seperti Persatuan Melayu
Perak (1937), Persatuan Melayu
Pahang (1938), Persatuan Melayu
Selangor (1938), Persatuan Melayu
Negeri Sembilan (1938), Persatuan
Melayu Pulau Pinang (1937) dan
Persatuan Melayu Kelantan (1939)

-lain-lain persatuan seperti Persatuan
Melayu Melaka (1937), Persatuan
Melayu Serawak (1939) dan
Persatuan Melayu Johor (1939)

-tujuan penubuhan untuk
meningkatkan ekonomi dan sosial
orang Melayu

-dianggotai cerdik pandai Melayu
yang berpendidikan Inggeris dan
berkhidmat dengan British

-perjuangan bersifat sederhana

-menunjukkan taat setia yang kuat
kepada Raja-Raja Melayu dan
bekerjasama dengan British

-mendesak British memberi lebih
banyak peluang kepada orang
Melayu dalam pentadbiran kerajaan

b) Persatuan Melayu Selangor

-dipimpin oleh Tengku Ismail bin
Tengku Muhammad Yassin

-memperjuangkan;

-mendesak lebih ramai pegawai
Melayu dalam kerajaan persekutuan
dan kerajaan negeri

-keanggotaan askar Melayu

-menubuhkan angkatan laut dan udara

Tanah Melayu

c) Kongres Melayu Se-Tanah Melayu

-tahun 1939 kongres yang pertama
diadakan di Kuala Lumpur

-dianjurkan bersama oleh Kesatuan
Melayu Singapura dan Persatuan
Melayu Selangor

-tujuan untuk mewujudkan perpaduan
kebangsaan di kalangan orang
Melayu

-berjaya menghimpunkan wakil
daripada semua persatuan Melayu
untuk berbincang memajukan
bangsa Melayu

-tahun 1940 kongres kedua diadakan
di Singapura

-berjaya menarik lebih banyak
penyertaan persatuan Melayu
termasuk dari Sarawak dan Brunei

-menyarankan semua persatuan
Melayu memajukan orang Melayu di
negeri masing-masing

-kongres ketiga tidak dapat diadakan
kerana Jepun telah menyerang
Tanah Melayu pada tahun 1941

d) Persaudaraan Sahabat Pena

-nama penuhnya ialah Persaudaraan
Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

-ditubuhkan tahun 1934

-dikendalikan oleh akhbar Saudara
yang menyediakan ruangan untuk

ahli-ahlinya menulis dan

mengemukakan pendapat

-cogan kata mereka ialah ‘Hidup
Bahasa Hidup Bangsa’

-menggalakkan ahli-ahlinya dari
Tanah Melayu, Singapura, Sarawak
dan Sabah bertukar pendapat

-tujuan untuk meningkatkan
semangat dan kesedaran
kebangsaan di kalangan mereka

-pada November 1934 mengadakan

persidangan di peringkat
kebangsaan yang pertama di
Taiping, Perak

-berjaya menghimpunkan ahli dari
seluruh Tanah Melayu

-semangat kenegerian dapat
dipecahkan dan konsep kebangsaan
Melayu mula terbentuk

-persidangan seterusnya diadakan di
Pulau Pinang, Singapura, Ipoh dan
Seremban

e) Kesatuan Melayu Muda (KMM)

-ditubuhkan tahun 1938 di Kuala
Lumpur

-merupakan pertubuhan Melayu
bersifat politik yang pertama di
Tanah Melayu

-dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob

-pemimpin yang lain seperti Mustapha
Hussain dan Ahmad Boestamam

-tujuan untuk menanamkan semangat
perpaduan dan kesedaran di
kalangan orang Melayu dan
mempertahankan hak

-berjuang membebaskan Tanah
Melayu daripada penjajahan British

-bercita-cita menyatukan Tanah
Melayu dengan Indonesia untuk
mewujudkan Melayu Raya

-kebanyakan anggotanya terdiri
daripada guru lepasan Maktab
Perguruan Sultan Idris (MPSI)

-perjuangan KMM bercorak radikal
kerana mengamalkan dasar tidak
bekerjasama dan menyuarakan
pertentangan secara terbuka
terhadap British

-mengadakan pakatan sulit dengan
Jepun untuk menentang British

-akhbar Warta Malaya digunakan
untuk membangkitkan perasaan anti
British dan memperjuangkan cita-cita
KMM

-tahun 1941 Ibrahim Haji Yaacob dan
150 anggota KMM ditangkap oleh
British dan dipenjarakan di
Singapura

-mereka dibebaskan semasa
pendudukan Jepun

-tahun 1942 KMM diharamkan oleh
Jepun

(ii)Pertubuhan Orang Cina dan India

-sebelum Perang Dunia II orang Cina
dan India di Tanah Melayu lebih
menumpukan perhatian kepada
keadaan yang berlaku di negara asal

a) Pertubuhan Orang Cina

-awal kurun ke-20 terdapat beberapa
pertubuhan orang Cina di Tanah
Melayu seperti Hsing Chong Hui dan
Chung Ho Tang

-menumpukan perhatian kepada
negara China

-terdapat juga orang Cina yang
memberi perhatian kepada politik
tempatan terutama oleh orang-orang
Cina yang lahir di Negeri-Negeri
Selat atau Cina Peranakan yang
menjadi warganegara British

-tahun 1900 Persatuan Orang Cina
Peranakan British telah ditubuhkan
oleh orang Cina Peranakan yang
berpendidikan Inggeris

-antara tokoh-tokohnya ialah Tan Jiak
Kim, Lim Boon Keng, Song Ong
Siang dan Seah Liang Seah

-presiden pertama persatuan ini ialah
Tan Jiak Kim

-antara pengasas utama persatuan ini
ialah Lim Boon Keng

-tujuan penubuhannya untuk
melindungi kepentingan orang Cina
Peranakan di Negeri-Negeri Selat

-selain itu menggalakkan orang Cina
Peranakan memperoleh pendidikan
tinggi dan teknikal

-mereka juga menunjukkan taat setia
kepada British

-antara tokoh golongan ini ialah Tan
Cheng Lock

(i) Tan Cheng Lock
-lahir di Melaka

-berpendidikan Inggeris di Sekolah
Tinggi Melaka dan Raffles Institution
di Singapura

-tahun 1923-1934 telah dilantik
sebagai Ahli Tidak Rasmi Majlis
Perundangan Negeri-Negeri Selat

b) Pertubuhan Orang India

-terpengaruh dengan gerakan
kebangsaan di negara asal sebelum
Perang Dunia II

-tubuhkan persatuan dengan tujuan
melindungi kepentingan orang India
di Tanah Melayu

-awal kurun ke-20 golongan cerdik
pandai India yang berpendidikan
Inggeris menubuhkan persatuan
India di bandar-bandar utama seperti
Taiping, Kuala Lumpur, Melaka,
Klang, Seremban dan Pulau Pinang

-menjadi perintis kepada
pembentukan pertubuhan yang
menyatukan orang India di Tanah
Melayu

-tahun 1039 Persatuan India Pusat
Tanah Melayu ditubuhkan

-dipimpin oleh A.M.Soosay

-merupakan gabungan 12 buah
persatuan India dan 4 dewan
perniagaan India

-tujuan untuk memperjuangkan hak
dan kepentingan orang India di
Tanah Melayu

No comments:

Post a Comment