Total Pageviews

Thursday, July 28, 2011

PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU - NOTA RINGKAS

Kebangkitan Kuasa Jepun

  1. Sejak Pemulihan Meiji dan selepas Perang Dunia Pertama, Jepun muncul sebagai sebuah negara yang berkuasa.
  2. Jepun mempunyai angkatan tentera yang terkuat di Timur Jauh.
  3. Perang Dunia Kedua meletus di Eropah pada tahun 1939 berikutan pembunuhan Archduke negara Austria.
  4. Antara Kuasa besar di dunia, Jerman, Itali dan Jepun memainkan peranan utama dalam memulakan Perang Dunia Kedua.
  5. Faktor terpenting yang mendorong Kuasa-Kuasa tersebut ialah cita-cita meluaskan empayar mereka.
  6. Ketiga-tiga Kuasa itu Kemudiannya bersama-sama membentuk Kuasa-kuasa Paksi.
  7. Pada 3 September 1939, Perdana Menteri Britain, Neville Chamberlain telah mengisytiharkan perang ke atas Jerman.
  8. Pengumuman tersebut menandakan permulaan perang di Eropah yang kemudiannya meluas ke seluruh dunia.
  9. Jerman berjaya menakluki beberapa negara di Eropah termasuklah Austria, Belanda, Poland, Norway dan Denmark.
  10. Perancis bersekutu dengan Britain untuk menentang Jerman.
  11. Akibatnya, jajahan-jajahan Britain dan Perancis di Timur tidak dapat dipertahankan.
  12. Ini memberi peluang kepada Jepun untuk memperluaskan kuasanya di Asia Tenggara.
  13. Amerika Syarikat menentang tindakan Jepun dengan mengenakan sekatan-sekatan ke atas bekalan seperti minyak, getah dan besi.
  14. Tindakan tersebut telah menambahkan minat Jepun terhadap negara-negara Asia Tenggara.
  15. Ini kerana negara-negara Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah yang sangat diperlukan oleh Jepun.
  16. Akan tetapi, Amerika Syarikat mempunyai sebuah pangkalan laut yang kuat di Pearl Harbour dan sebuah pangkalan udara di Filipina.
  17. Dengan itu, pada 7 Disember 1941, Jepun telah membuat satu serangan udara mengejut ke atas Pearl Harbour.
  18. Pada masa yang sama, angkatan tentera udara Amerika di Manila turut diserang.
  19. Kemusnahan pertahanan Amerika membolehkan Jepun mara ke Asia Tenggara tanpa halangan.
  20. Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun menyerang Tanah Melayu. Pada 15 Februari 1942, seluruh Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun.


 

No comments:

Post a Comment