- Pada awal Kurun Ke-20, pemimpin-pemimpin tentera menguasai politik negara Jepun.
- Cita-cita para pemimpin tentera Jepun untuk meluaskan kuasa merupakan salah satu faktor penting yang membawa kepada penaklukan Asia Tenggara.
- Penaklukan Jepun berasaskan dua kempen iaitu:
(a) Asia Untuk Asia
(b) Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya
- Laungan Asia Untuk Asia adalah janji Jepun untuk membebaskan negara-negara Asia Tenggara daripada penjajahan Barat dan membantu mereka mencapai Kemerdekaan.
- Akan tetapi, penjajahan Barat di Asia Tenggara digantikan oleh penguasaan Jepun.
- Ekonomi negara-negara Asia Tenggara merosot dan keadaan sosial penduduk bertambah buruk.
- Dengan Lingkungan Kesemakmuran Bersama Asia Timur Raya, Jepun merancang untuk menguasai sumber ekonomi Asia tenggara untuk pembangunan industri di Jepun.
- Tambahan pula, negara-negara Asia Tenggara dapat menampung dan menyediakan tanah bagi penduduk Jepun yang kian meningkat.
Total Pageviews
Thursday, July 28, 2011
Penaklukan Asia Tenggara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment