Total Pageviews

Thursday, July 28, 2011

Kisah dan Sejarah Pendaratan Jepun di Tanah Melayu

Pada hari Sabtu 6 Disember 1941 semasa persidangan di Manila, Filipina antara Laksamana Thomas C. Hart, pegawai pemerintah Angkatan Asia Amerika Syarikat (U.S. Asiatic Fleet) dan Laksamana Sir Thomas Phillips, komander Tentera Laut British, Timur Jauh, pegawai tentera laut Amerika masuk membawa perutusan penting.

Sebuah pesawat terbang peninjau Lockheed Hudson Australia yang berpengkalan di lapangan terbang Malaya terjumpa dengan konvoy Jepun yang berlepas daripada Saigon, Indochina Perancis. Komander pesawat tersebut, Pegawai penerbangan Ramshaw, melapurkan pada mulanya hanya tiga buah kapal belayar, diikuti selepas itu oleh sekurang-kurangnya 25 kapal pengangkut lain. Mereka diiringi oleh sebuah kapal tempur, lima kruiser dan tujuh kapal pemusnah [Ramshaw tersilap melapurkan kapal kruiser berat sebagai kapal tempur]. Pada pendapat peribadinya, kapal-kapal tersebut menuju kearah Thailand yang berkecuali, atau ke Semenanjung Malaya.

Ini merupakan isyarat yang amat jelas kepada kedua-dua laksamana bahawa perang akan meletus. Kedua laksamana bertindak dengan segera. Empat kapal pemusnah Amerika di Balikpapan menerima arahan agar belayar ke laut lepas, sementara Timbalan Laksamana (Rear-Admiral) Arthur E.F. Palliser, Commander-in-Chief Phillip, menerima arahan agar memerintah HMS Repulse untuk membatalkan pelayarannya ke Darwin, Australia, dan kembali ke Singapore secepat mungkin. Lebih banyak perutusan mengenai konvoy Jepun tiba. Kapal terbang British diperintahkan agar melakukan lebih banyak penerbangan peninjau lanjut, tetapi pihak Jepun bernasib baik pada hari itu kerana cuaca buruk menghalang kapal terbang British daripada berlepas. Pada pukul 7 petang angkatan penjajah Jepun bertukar arah dan belayar keutara ke Teluk Siam.

Pasukan penyerang utama Jepun bagi penjajahan Malaya, Tentera ke 25 di bawah pimpinan Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita, telah belayar daripada Pelabuhan Samah Harbour di Pulau Hainan pada 4 Disember 1941. Kapal tambahan yang membawa lebih ramai tentera bergabung dengan konvoy dari Saigon, Indochina Perancis. Pada kedua-dua 6 dan 7 Disember kapal terbang Lockheed Hudson yang diterbangkan oleh Skuarden No.1 RAAF, Kota Bharu, dan Skuardan No.8 RAAF, Kuantan, menjumpai dan cuba mengekori kapal-kapal ini.

Pada 7 Disember, bot terbang PBY Catalina dari Skuarden No. 205 RAF, diketuai oleh Pegawai Penerbangan Bedell, ditembak jatuh oleh kapal terbang Jepun semasa cuba memantau kemajuan angkatan Jepun. Pegawai Penerbangan Bedell dan anak kapalnya menjadi korban Berikat pertama dalam perperangan menentang Empire Jepun. Pada pukul 10:00 malam., konvoy penjajah Jepun berpecah kearah kedudukan pendaratan yang telah diatur sebelumnya. Perperangan di Pasifik hampir bermula.

Pada pukul 10.30 petang., persidangan ketua Pemerintah Tanah Melayu (Malaya Command) diadakan di Bilik Perang Pengkalan Tentera Laut di Singapura. Marshal Udara Sir Robert Brooke-Popham, pegawai pemerintah kesemua pasukan British di Timur Jauh teragak-agak untuk melancarkan Operasi Matador" - penawanan Thailand Utara. Dia memutuskan untuk melewatkan operasi tersebut, sekurang-kurangnya bagi malam tersebut. Sejurus selepas tengah malam pada 7/8 Disember, sekumpulam pengawal India di Kota Bharu melihat tiga bayangan besar, kapal pengangkut IJN: Awagisan Maru, Ayatosan Maru dan Sakura Maru, berlabuh sekitar 3 km dari pantai Kota Bharu. Kapal-kapal tersebut membawa sekitar 5,200 tentera daripada Takumi Detachment, diketuai oleh Major-Jeneral Hiroshi Takumi, yang berada diatas kapal pengangkut IJN Awajisan Maru.

Sebahagian besar daripada mereka merupakan veteran perang, yang pernah melalui beberapa bulan latihan lasak dan pertempuran di hutan di China. Tentera tersebut terdiri daripada Regiment Infantari ke 56 (Kolonel Yoshio Nasu, di atas kapal pengangkut IJN Sakura Maru), satu batteri artileri gunung dari Regimen Artileri Gunung ke 18 (Leftenan Kolonel Katsutoshi Takasu), Regimen Kejuruteraan ke 12 (Leftenan Kolonel Ichie Fujii), Unit Isyarat Division ke 18, satu kompeni Regimen Pengangkutan ke 12, satu kompeni Unit Perubatan Division ke 18 dan Hospital Lapangan No. 2 dari Unit Perubatan Division ke 18. Mereka diiringi oleh angkatan pengiring yang kuat (Pasukan Penjajah Kota Bharu) di bawah pemerintahan Laksamana Muda (Rear-Admiral) Shintaro Hashimoto. Pasukan Penjajah Kota Bharu terdiri daripada kruiser ringan Sendai, kapal pemusnah Ayanami, Isonami, Shikinami dan Uranami, kapal penyapu periuk api No. 2 dan No. 3, dan pemburu kapal selam No. 9.

Beberapa saat kemudian pengawal mendengar peluru meriam berterbangan di atas kepala mereka. Perang Dunia II di Pasifik telah bermula, semasa kapal terbang Jepun dari kapal induk Nagumo masih lagi dalam perjalanan ke Pearl Harbor. Pesawat pendarat mulai dilepaskan sebaik sahaja kapal pengangkut berlabuh. Angin yang kuat dan laut bergelora menyukarkan operasi dan beberapa kapal kecil terbalik menyebabkan beberapa tentera Jepun lemas. Sungguhpun berhadapan dengan kesukaran sedemikian pada jam 12.45 pagi, gelombang pertama kapal pendarat yang mengangkut tentera di bawah pimpinan Kolonel Masu menghala ke pantai dalam empat baris. Brigadier B.W. Key's 8th Indian Infantry Brigade of the 9th British-Indian Infantry Division merupakan pasutan pertahanan utama di Kota Bharu, disokong oleh Bateri Gunung ke 21 (21st Mountain Battery) - yang terdiri daripada empat howitzer 3.7 inci (Major J.B. Soper). Sebatalion Dogras ke 3/17 bertanggung jawab mengawal sepuluh batu perbatasan Pantai Dasar Sabak yang termasuk matlamat pendaratan Jepun. Tentera tersebut telah memasang periuk api dan kawat duri dan membina beberapa kubu kotak (pillboxes). Mereka disokong oleh Bateri Lapangan ke 73 daripada Regimen Lapangan ke 5, bersebelahan dengan lapangan terbang. Inilah detik-detik permulaan bagi Penjajahan Jepun di Tanah Melayu.


Pendaratan Jepun di Kota Bharu, Disember 1941

Sejurus selepas tengah malam, tentera Jepun bergerak ke arah pantai yang dipertahankan oleh pasukan India British yang mengawal pantai. Pasukan artileri British mula membedil sepanjang kawasan persisiran pantai dan laut apabila ianya jelas kelihatan bahawa tentera Jepun sudah memulakan pendaratan mereka. Tembakan suar menerangkan kawasan pendaratan Jepun dan unit Dogra mula menembak kearah pesawat pendarat sebaik sahaja ia diterangi suar. Usaha pertahanan dilakukan bersungguh-sungguh dan unit Dogras tetapi memberikan tentangan yang sengit.

Kubu mesingan (MG) di pantai digunakan dengan berkesan terhadap tentera Jepun yang mula mendarat dipantai membunuh ramai tentera Jepun termasuk komander batalion , Major Nakamura, yang mengetua orang-orangnya menyerbu kedudukan musuh. Kolonel Masanobu Tsuji menulis dalam bukunya mengenai Kempen Malaya: "Kubu kotak pillboxes musuh, yang disediakan dengan teliti bertindak dengan ganas dan sepenuh kekuatan sehinggakan orang-orang kami terbaring di pantai, separuh dalam air separuh dipantai tidak dapat mengangkat kepala mereka". Ianya tidak sehingga tentera Jepun memusatkan serangan mereka terhadap dua kubu kotak dan parit pertahanan sokongan yang menguasai kawasan pendaratan barulah mereka menguasai tempat mendarat.

Dalam pertempuran secara berhadapan, tentera Jepun berjaya menumpaskan tentera India British yang bertahan pada kawasan penting ini. Semasa pertempuran ini berlaku, gelombang kedua penyerang tersangkut di pantai terbuka dihujani tembakan artileri British mengakibatkan jumlah korban yang teruk. Bagaimanapun, sebaik sahaja kubu kotak telah dimusnahkan, pasukan ini mampu bergerak kehadapan dan mebolosi kedudukan Dogra. Walaupun membuat serangan balas, kedudukan sepoi India tidak dapat dipertahankan lagi dan pasukan bertahan mula berundur.


Serangan Udara RAF

Setelah diberitahu mengenai kehadiran pasukan penjajah beberapa batu di utara landasan kapal terbang mereka, pegawai kanan tentera udara di Kota Bharu meminta kebenaran bagi melancarkan serangan. Apabila ianya jelas kelihatan bahawa tentera Jepun mula mendarat, Skuardon Hudsons No.1 mula berlepas untuk mengebom pesawat pengangkut. Gelombang pertama tujuh buah kapal terbang, diketuai oleh Lieftenan Penerbangan Lockwood melakukan serangan pertama sekitar 02.10 pagi.


Lockheed Hudson Mk VLeftenan Penerbangan O.N. Diamond Skuardon No. 1 memilih kapal pengangkut terbesar dan mengebom junam. Menurutnya dua bom 250 paun dilepaskan dalam serangan pertamanya tepat kena dan dalam serangan keduanya baki dua bomnya turut mengenai pesawat tersebut sebelum kapal terbangnya terkena tembakan dan terbakar. Ianya adalah kapal pengangkut IJN Awajisan Maru (9,794 tan) yang merupakan kapal Jepun yang pertama bagi semua saiz yang ditenggelamkan dalam Perang Dunia II. Skuardon No.1 RAAF terus melakukan pengeboman, sejumlah 17 serangan dilancarkan, mendarat, mengisi bom dan berlepas kembali sehingga 05.00 pagi. Kapal pengiring tentera Jepun melepaskan tembakan anti-pesawat yang sengit, menembak jatuh sekurang-kurangnya dua kapal terbang Lockheed Hudson itu dan merosakkan tiga yang lain.

Salah sebuah kapal terbang yang rosak yang dipandu oleh Leftenan Penerbangan Leighton-Jones dilapurkan menjunam tepat kesebuah pesawat pendarat yang berisi sarat. Walaupun menerima tembakan anti pesawat yang hebat, anggota Hudson melancarkan serangan mereka dengan penuh bersemangat. Kesemua kapal pengangkut dilapurkan dihujani peluru dengan beberapa buah terbakar. Kolenel Masanobu Tsuji, pegawai di bawah Ibu Pejabat Yamashita, menggambarkanm lapuran yang dia terima daripada Kota Bharu: "Tidak lama kemudian kapal terbang musuh dalam formasi dua dan tiga mula menyerang kapal pengangkut kita, yang mulai berasap dan terbakar". Menjelang 04.30 pagi komander pengiring, bimbang dengan jumlah kerosakan yang dilakukan oleh RAAF, mengemukakan permohonan untuk berundur.

Major-Jeneral Takumi membantah dan berjaya menegaskan bahawa dia perlu memperkukuhkan tenteranya di pantai dan hanya pada pukul 06.00 (pagi) kedua kapal pengangkut dan pengiring berundur ke utara. Awagisan Maru, ditinggalkan marak terbakar burning dan ditakdirkan menjadi kapal Jepun pertama ditenggelamkan dalam perperangan, terlalu rosak untuk belayar. Kira-kira jam 02:00 pagi (pada 8 Disember) lapangan terbang Kuantan menerima isyarat bahawa tentera Jepun cuba untuk mendarat di Kota Bharu. Skuardon No. 8 membentuk empat penerbangan tiga Hudsons dengan penerbangan pertama pada jam 06.30 pagi.

Kapal terbang Hudsons menyerang kapal pengangkut IJN, diselitupi asap pada 08.00, dan sebahagian daripadanya rosak, termasuk A16-43, dikendalikan oleh Leftenen Penerbangan G. Hitchcock yang ditembusi empat puluh tiga peluru tetapi kembali ke Kuantan dengan selamat. Leftenen Penerbangan "Spud" Spurgeon dalam A16-41 mengebom kapal tetapi terpaksa mendarat hempas di Kota Bahru akibat kerosakan pada kapal terbang Hudsonnya. Leftenen Penerbangan Russell Bell mengalami kerosakan hidrolik akibat terkena peluru pada pesawat Hudson A16-81nya dan terbang ke Seletar daripada Kota Bharu. Daripada 12 kapal terbang dalam serangan ini, lima rosak dengan satu mendarat hempas di Kota Bharu.


Jepun Berjaya Mendarat

Pada masa ini pesawat pejuang tentera Jepun, yang sebelum ini sibuk melindungi pendaratan utama di Thailand, mulai sampai dan serangan lanjut oleh RAF Blenheims, terbukti sukar. Juga menjelang waktu pagi disebalik usaha Skuardan No.1, tentera Jepun berjaya mendaratkan pasukan penjajah mereka. Pada pukul 10:30 pagi, pasukan Jepun akhirnya tiba ke Kota Bahru.

Setibanya waktu pagi, Major-Jeneral H. Takumi berjaya mendaratkan sejumlah tiga batalion penuh. Brigadier Key cuba menyerang balas dengan segala kekuatan tetapi apabila gagal dia mulai berundur. Apabila ianya menjadi jelas bahawa pada waktu siang lapangan terbang tempatan tidak dapat dipertahankan, Key, yang telah diperintahkan untuk berjuang pertempuran penafian (battle of denial ) bukannya sehingga titisan darah terakhir memohon dan menerima kebenaran untuk berundur.

Setibanya waktu pagi, Major-Jeneral H. Takumi berjaya mendaratkan sejumlah tiga batalion penuh. Brigadier Key cuba menyerang balas dengan segala kekuatan tetapi apabila gagal dia mulai berundur. Apabila ianya menjadi jelas bahawa pada waktu siang lapangan terbang tempatan tidak dapat dipertahankan, Key, yang telah diperintahkan untuk berjuang pertempuran penafian (battle of denial ) bukannya sehingga titisan darah terakhir memohon dan menerima kebenaran untuk berundur.

Tentera Jepun yang disokong oleh tentera yang baru mendarat, memaksa tentera Indian British berundur sehingga ke kawasan Kuala Lipis dan maju ke utara untuk menawan bandar Kota Bharu pada jam 2 petang pada 9 Disember.

Kedua pihak mengalami korban yang besar semasa pertempuran. Tidak terdapat rekod korban British, tetapi pastinya besar. Rekod korban Jepun berbeza dengan banyaknya. Louis Allen, menyebut sumber Jepun meletakkannya sebagai 500 orang. Dari ini, 150 dialami oleh tentera masih dalam kapal pengangkut sementara baki 350 semasa perjalanan singkat ke pantai atau semasa di pantai. Sementara itu pula, Kolonel Tsuji menulis dalam bukunya bahawa korban Jepun adalah seramai 320 orang terbunuh dalam pertempuran dan 538 tercedera dan mengelar Kota Bharu "salah satu kawasan pertempuran paling ganas dalam Kempen Tanah Melayu".

No comments:

Post a Comment