Total Pageviews

Thursday, July 28, 2011

Kisah Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

enjajahan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura merupakan satu turutan pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik perubahan antara pemerintahan daripada orang putih (British) kepada pemerintah Jepun. Ini merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran orang-orang Melayu umum sebelum ini. Pemerintahan oleh bangsa lain selain daripada mereka yang berkulit putih.

7/8 Disember 1941 Jepun mendarat di Pantai Padang Pak Amat sejurus selepas tengah malam 1/8 Disember, dan mencetuskan pertempuran hebat antara tentera India British dan tentera Jepun, hanya sejam sebelum berlakunya Serangan ke atas Pearl Harbour. Pertempuran itu merupakan detik rasmi bermulanya Perang Pasifik merupakan permulaan bagi sejarah pendaratan Jepun di Tanah Melayu. Pihak Jepun mengalami jumlah korban yang tinggi tetapi gelombang demi gelombang penyerang menyerbu kepantai sehingga memaksa pihak British berundur. Dari situ, mereka bergerak dan menawan lapangan terbang Kota Bahru. Pada masa yang sama pihak Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pearl Harbour melalui udara.

9 Disember 1941 pihak Jepun berjaya menawan lapangan terbang Sungai Patani, Butterworth dan Alor Setar.

10 Disember 1941 kapal tempur HMS Prince of Wales dan HMS Repulse bergerak di persisiran timur Tanah Melayu menuju kearah lokasi pendaratan Jepun yang dilapurkan di Kuantan. Tanpa perlindungan udara, kapal terbang Jepun menyerang dalam gelombang demi gelombang dan berjaya menenggelamkan kedua buah kapal tersebut. Kehadiran Tentera Laut British dihapuskan dalam masa yang singkat.

Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Salah satu bergerak kepantai timur menuju ke Kuantan, satu lagi keselatan kearah Sungai Perak.

Pada 11 Disember 1941 pihak Jepun mulai mengebom Pulau Pinang.

12 Disember 1941 Jitra jatuh ketangan Jepun, dan kemudiannya Alor Setar pada hari yang sama. Tentera British terpaksa berundur ke selatan.

16 Disember 1941 pihak British meninggalkan Pulau Pinang kepada pihak Jepun yang mendudukinya pada hari yang sama.

19 Disember 1941 - 31 Januari 1942

Tentera Jepun mara ke selatan dan menawan Ipoh pada 26 Disember. Penentangan sengit terhadap kemaraan Jepun dalam pertempuran di Kampar berlangsung selama 3 hari dan 3 malam antara 30 Disember 1941 sehingga 2 Januari 1942 sebelum Tentera British terpaksa berundur. Pada 7 Januari 1942 dua Brigade India Tentera British dipintas dalam Pertempuran di Slim River yang memberikan tentera Jepun laluan mudah ke Kuala Lumpur, ibu negara Tanah Melayu. Pada 9 Januari kedudukan pasukan British semakin terdesak dan Komander Jeneral Wavell memutuskan untuk mengundurkan keseluruhan Tentera British ke utara Johor meninggalkan Kuala Lumpur yang ditawan tentera Jepun pada 13 Januari.

Barisan pertahanan British ditubuhkan di Utara Johor antara Muar di barat sehingga ke Segamat dan kemudiannya ke Mersing di sebelah timur. Brigade ke 45 ditempatkan dibahagian barat antara Muar dan Segamat. Pasukan Australia ditumpukan di tengah-tengah dan maju keutara dari Segamat ke Gemas di mana mereka bertembung dengan pasukan tentera Jepun yang sedang mara pada 14 Januari 1942.

Pada 15 Januari pasukan tentera utama Jepun, Divisyen ke 15 tiba, memaksa pasukan Australia berundur kembali ke Segamat. Tentera Jepun kemudiannya mara ke arah barat menuju kearah Brigade India ke 45. Tentera Jepun dengan mudah mengalahkan Brigade India ke 45 yang tidak berpengalaman dan masih mentah. Pihak British mengarah Batalion ke 19 dan ke 29 ke barat, dan batalion ke 19 bertempur dengan pihak Jepun pada 17 Januari 1942 di selatan Muar.

Pertempuran berlanjutan sehingga ke 18, dan disebalik cubaan Batalion ke 19 dan ke 29, Garis Pertahanan Johor roboh. Pasukan Berikat terpaksa berundur menyeberangi Tambak ke Singapura. Menjelang 31 Januari 1942 keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun.

1 - 15 Februari 1942 pihak Jepun menguasai angkasa dan mengebom Singapura secara bertalu-talu. Pemindahan orang awam berjalan, antaranya melalui kapal 'Felix Russell'. Ia berlayar pada 6 Februari dan berlabuh di Bombay, India, pada 22 Februari. Kapal lain seperti 'Empress of Asia' tidak begitu bernasib baik dan ditenggelamkan dalam perjalanan.

Division ke 18 British dan Division ke 11 India telah berundur ke Singapore secara berperingkat, bertempur kemudian berundur. Dalam proses tersebut, jumlah mereka berkurangan dengan banyaknya. Mereka digabung dengan unit lain dan diletakkan di Kawasan Utara sepanjang persisiran timur laut. Penempatan meriam Jepun tersorok di dalam hutan berhadapan dengan Selat Johor. Ianya dapat dipindahkan dengan pantas melalui jalan yang baru dibina dalam hutan dan dengan peta kedudukan musuh yang mereka miliki, mampu bergerak dengan pantas pada kedudukan yang berkesan. Pada masa yang sama pengeboman udara berterusan membakar kemudahan minyak yang dibimbangi akan digunakan bagi menukar Selat Johor menjadi lautan api.

Pada 7 Februari 1942 pihak Jepun memulakan serangan mereka keatas Singapura dengan mendarat di pulau kecil Pulau Ubin bagi menumpukan tembakan kencang pada Changi. Disebelah barat laut tentera Australia dibom. Pada 8 Februari, tentera Jepun menjajah melalui barat laut dan pertempuran jarak dekat secara berhadapan berlaku. Pada sebelah pagi 10 Februari tentera Jepun berjaya menjejakkan kaki di pulau Singapura. Di barat laut Singapura, Regimen Melayu yang diketuai oleh Leftenan Adnan dengan kelengkapan yang serba kekurangan tetapi penuh bersemangat berjuang menentang bilangan musuh yang jauh lebih ramai daripada Division ke 18.

Mereka menentang dengan sehingga ketitisan darah terakhir sehingga hampir keseluruhan anggotanya terkorban. Tentera Jepun kemudiannya mara kesasaran berikutnya, lapangan terbang Tengah. Ketika pertempuran merebut lapangan terbang tersebut berlaku, serangan baru Jepun bermula dari arah muara Kranji sehingga Tambak Johor. Dari lapangan terbang Tenrah pasukan tentera Jepun bergerak ke selatan dan pada 10 Februari 1942 Bukit Timah diserang dan akhirnya ditawan pada 11 Februari.

Pasukan Berikat terpaksa berundur ke Bandar Singapura di mana mereka dibom tanpa kasihan oleh tentera Jepun. Pada 15 Februari tentera Jepun menumpu ke bandar. Tentera Berikat terus bertempur dengan gigih tetapi mendapati diri mereka berada dalam keadaan semakin terdesak. Akhirnya arahan diberikan bagi Pasukan Berikat bagi menyerah tanpa syarat. Pada 6:10 petang 15 Februari 1942, Jeneral Percival menandatangani dokumen menyerah diri.

1 comment: