Total Pageviews

Showing posts with label Koperasi. Show all posts
Showing posts with label Koperasi. Show all posts

Tuesday, August 2, 2011

Pengajian Perniagaan: TAJUK Tiga Koperasi dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

TAJUK  Tiga Koperasi dan Organisasi Bukan Bermotif Untung

N OTA P E N TI N G
3.1 KOPERASI

A. Definisi dan Peranan

1. Definisi Pertubuhan ekonomi yang diusahakan oleh sekumpulan individu secara sukarela yang mempunyai kepentingan bersama

2.    Peranan

(a) Memajukan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya  Menyediakan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, memberi pinjaman dengan kadar faedah yang rendah dengan faedah lain kepada ahlinya  Faedah yang dinikmati ahli-ahli secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup mereka

(b) Menggalakkan kerjasama di kalangan ahli-ahlinya  Koperasi bertindak sebagai agen perpaduan masyarakat  Ia membantu menjalin hubungan yang mesra dan bertoleransi melalui aktiviti yang dijalankan

(c) Mewujudkan keadilan sosial dan ekonomi Gabungan ahli koperasi mewujudkan kuasa yang berpengaruh clan hak bersuara yang diiktiraf  la membantu mengelakkan eksploitasi dan penindasan terhadap anggota masyarakat yang lemah

(d) Membantu usaha kerajaan dalam pembangunan negara  Penglibatan masyarakat dalam koperasi secara langsung dapat meningkatkan taraf hidup mereka seperti berpeluang menikmati barangan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan  Keadaan ini secara tidak langsung mempercepatkan pembangunan negara

B. Prinsip-prinsip Koperasi

1. Keahlian terbuka dan sukarela  Terbuka kepada sesiapa yang boleh menggunakan perkhidmatannya tanpa sebarang sekatan, diskriminasi sosial, politik, agama dan lain-lain    Seseorang itu boleh menjadi ahli asalkan rela menerima tanggungjawab sebagai ahli  Tidak boleh dipaksa kemasukan ahli.
2.Pengurusan demokrasi • Ditadbir oleh mereka yang dipilih atau dilantik dengan cara yang dipersetujui oleh ahli-ahli •   Semua ahli mempunyai hak mengundi yang sama, iaitu seorang ahli satu undi • Ahli boleh mengambil bahagian dalam pembuatan keputusan berkaitan dengan koperasi
3. Faedah modal saham terhad • Kadar dividen tidak melebihi 10% tanpa kebenaran Ketua Pendaftar Koperasi •   Bagi koperasi kredit dan bank, kadar dividen terhad kepada 6% •   Ia bertujuan untuk mengelakkan individu menggunakan koperasi sebagai tempat untuk mencari keuntungan
4.Keuntungan koperasi diagihkan secara saksama • Lebihan diagihkan dengan adil mengikut sumbangan ahli kepada koperasi •   Setiap ahli mendapat faedah daripada aktiviti yang dijalankan oleh koperasi • Tiada ahli mendapat laba yang melampau berbanding ahli lain
5. Pendidikan koperasi • Membuat peruntukan untuk pendidikan berkaitan dengan koperasi •   Ahli-ahli, pe2awai dan kakitangan serta masyarakat berpeluang mendapat pendidikan tentang prinsip dan teknik-teknik berkoperasi yang baik dari segi ekonomi mahupun demokrasi •   Meninukatkan kemahiran dan menyampaikan maklumat supaya pihak yang terlibat dapat memainkan peranan dengan berkesan
6. Kerjasama antara koperasi berdaftar • Untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada ahli-ahli dan masyarakat •   Ahli patut bergiat dalam semua cara yang praktikal dengan koperasi di peringkat setempat, kebangsaan dan antarabangsa •   Mengukuhkan semangat saling membantu dan gerakan koperasi untuk memberi kesan positif terhadap sistem ekonomi secara keseluruhan.
7. Prihatin kepada masyarakat • Mementingkan keperluan ahli dan masyarakat •   Berusaha mendapatkan pembangunan berkekalan bagi ahli masyarakat • Melalui dasar-dasar dan keputusan,-keputusan yang diterima oleh ahli

     C. Jenis-jenis koperasi dan aktiviti koperasi

Jenis Koperasi                                Aktiviti Koperasi

a.Koperasi Kredit              
• Dibahagikan kepada koperasi kredit kampung koperasi kredit musim, dan Bank   koperasi bank dan koperasi jimat cermat dan pinjaman •   Menyediakan kemudahan kredit, penerimaan deposit dan perkhidmatan perbankan lain dengan kadar yang lebih baik kepada ahli berbanding dengan bukan ahli • Contoh: Bank Kerjasama Rakyat Malaysia

b.Koperasi Kenderaan dan  Pengangkutan          
• Menyediakan perkhidmatan awam seperti bas dan teksi    •   Menyediakan pengangkutan komersial seperti lori dan traktor •   Terlibat dalam rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, RISD. dan FELCRA yang menjalankan aktiviti seperti mengangkut hasil pertanian ke kilang-kilang pemprosesan
• Contoh: Koperasi Pengangkutan Pahang Berhad

c.Koperasi Pembangunan  Tanah
• Membangunkan tanah tempatan yang luas dengan projek pertania: Tanah                             • Mengusahakan tanaman untuk jualan seperti getah, koko dan kelapa sawit
•   Lebih menumpukan kawasan luar bandar dalam usaha memajuka tanah terbiar
• Contoh: Koperasi Pekebun Kecil

d. Koperasi Perumahan        
 •   Memajukan projek perumahan untuk kemudahan ahli •   Membeli rumah dari pemaju dan menjual kepada ahli dengan harg berpatutuan •   Kebanyakan projek tertumpu kepada rumah-rumah kos rendah da sederhana • Contoh: Koperasi Perumahan Guru-guru Melayu

e.Koperasi Pertanian   
•   Membekalkan teknologi baru •   Menyediakan alat kelengkapan •   Memberi latihan •   Petani dan peladang bekerjasama untuk meninkatkan pengeluaran dan pendapatan mereka

f.Koperasi Insurans          
 •   Memberi perlindungan insurans kepada ahli dan pelanggan • Contoh: Koperasi Malaysia Bhd (MCIS)

g. Koperasi Pengguna           
•   Membekalkan barangan dan perkhidmatan yang bermutu kepada ahli dan masyarakat dengan harga yang berpatutan • Contoh: Koperasi Sekolah, Koperasi Kedai Buku USM Bhd          I

h.Koperasi Perikanan           
• Menyediakan alat kelengkapan menangkap ikan •   Memberi latihan • Membekalkan teknologi baru

i.Koperasi Industri kampung             
  • Mempergiatkan usaha kraf tangan dan industri kampung  
  •  menambahkan pendapatan ahli
Koperasi dan Organisasi Bukan Bermotif Untung     

Koperasi peringkat rendah 

§      Sebuah koperasi di mana  ahlinya terdiri   daripada individu                                  
             Jumlah keahlian minimum ialah 100 orang  

Koperasi peringkat menengah
§     sebuah koperasi di mana ahliny a terdiri  daripada  koperasi peringkat rendah                                                  
§    Jumlah keahlian minimum dua koperasi peringkat  rendah 

koperasi peringkat tinggi
  • Sebuah koperasi di mana ahlinya terdiri daripada koperasi peringkat menengah
  • Jumlah keahlian minimum dua koperasi peringkat  menengah 
Penubuhan
1. Proses Penubuhan Koperasi

Membuat permohonan kepada pengarah Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK) melalui pejabat JPK wilayah atau daerah

Setelah mendapat kelulusan daripada JPK, sebuah Jawatankuasa Penaja yang terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang dilantik untuk melaksanakan tugas-tugas awalan sepergi berikut: (i) Menentukan jenis koperasi yang hendak ditubuhkan (ii)  Menyediakan aturan kegiatan utama dan kegiatan lain termasuk objektif penubuhan koperasi berkenaan (iii)  Menggubal undang-undang kecil dengan berpandukan undang-undang kecil seragam yang disediakan oleh JPK (iv) Mendaftarkan bakal ahli dalam satu daftar dengan memasukkan butiran peribadi ahli. Bilangan ahli mesti sekurang-kurangnya 100 orang

Mesyuarat Agung Penubuhan diadakan untuk: (i) Mendapat ketetapan dari bakal ahli untuk menubuhkan koperasi (ii) Menerima undang-undang kecil (iii) Memilih anggota Lembaga Pengarah Koperasi. Seorang pegawai dari JPK akan hadir untuk memberi penerangan mengenai hak dan tanggungjawab ahli serta aktiviti koperasi secara am

Dokumeni.pendaftaran diserah kepada Pendaftar Koperasi tidak lewat daripada 7 hari selepas mesyuarat agung permulaan diadakan. Dokumen yang perlu disediakan seperti: (i) Borang permohonan pendaftaran yang telah ditandatangan oleh 10 orang AJK Penaja (ii) 3 naskah undang-undang keeil koperasi yang memohon pendaftaran (iii) Minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani oleh minimum 50 orang yang hadir

Setelah koperasi didaftar, satu sijil perakuan dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar.

Koperasi dan Organisasi Bukan Bermotif Untung     

Syarat Penubuhan Koperasi

1.    Bilangan ahli — tidak kurang daripada 100 orang
2.    Syarat ahli (i)    Warganegara (ii) Berumur 18 tahun ke atas bagi koperasi biasa dan 12 tahun ke atas untuk koperasi sekolah (iii)  Bermastautin, bekerja atau mempunyai tanah dalam kawasan operasi koperasi. Bagi koperasi sekolah ahlinya mestilah penuntut sekolah tersebut
3.    Koperasi sedia ada  tidak boleh yang sama jenis atau sama fungsi dengan koperasi sedia ada dalam kawasan yang sama

Syarat Kehilangan Hak Keahlian

1.    Hilang keupayaan mental
2.    Bankrap
3.    Dilucut keanggotaan dan masih dalam tempoh satu tahun dari tarikh perlucutan keahlian
4.    Disabit dengan kesalahan boleh daftar

2. Peranan Badan Berkaitan
a.  Jabatan Pembangunan Koperasi (JPK)
• Mendaftarkan penubuhan koperasi baru di bawah Akta Koperasi 1948 •   Menyeleng2arakan tugas pemeriksaan akaun koperasi •   Bertanggungjawab membentuk strategi pembangunan, mengumpul sumber modal dan memperluaskan peluang pekerjaan di sektor perindustrian dan perniagaan • Meneliti dan meluluskan projek-projek yang dirancang oleh koperasi •   Menggalakkan kegiatan menubuhkan gabungan koperasi di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan •   Memberi khidmat nasihat, latihan, bimbingan yang berkaitan dengan pengurusan koperasi •   Menggalakkan dan memberi bantuan kepada koperasi yang ingin terlibat dalam sektor utama negara •   Membatalkan atau membubarkan pendaftaran koperasi • Menasihati menteri berkaitan hal ehwal koperasi

b. Maktab Kerjasama Malaysia
• Mengendalikan kursus dan latihan yang berkaitan dengan pengajian koperasi dan memberi diploma bagi kursus tertentu •   Mencetak dan menerbit bahan-bahan serta buku-buku yang berkaitan dengan koperasi •   Menjalankan penyelidikan terhadap aktiviti koperasi • Memberi khidmat nasihat kepada koperasi yang memerlukannya

c. ANGKASA
• Sebagai wakil koperasi bagi koperasi-koperasi yang menjadi ahli ANGKASA •   Memberi tumpuan dan penekanan terhadap aktiviti yang berkaitan dengan pendidikan •   Mentadbir kumpulan wang khas dan Wang am untuk kebaikan aktiviti koperasi •   Mengawasi dan menjaga kepentingan serta menyelesaikan masalah ahli •   Memikirkan dan menyumbang idea yang berkaitan aktiviti dan gerakan koperasi • Menerbitkan bahan-bahan bercetak berkaitan koperasi

• Mengutip semula pinjaman •   Sebagai pembiaya pendidikan • Membantu kerajaan menggalakkan dan mengembangkan gerakan koperasi di Malaysia

3.2 ORGANISASI BUKAN BERMOTIFKAN UNTUNG (OBBU) DAN ORGANISASI BUKAN KERAJAAN

A. Definisi OBBU

1.    Definisi Pertubuhan yang merangkumi persatuan kelab atau badan-badan yang bergerak yang ditubuhkan oleh sekumpulan individu secara sukarela untuk kepentingan bersama

B. Prinsip-prinsip Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)

1. Tidak mementingkan untung • Tidak membuat untung dart segi wang, tetapi mementingkan penerimaan isu yang diketengahkan
2.    Memberi kebajikan kepada masyarakat • Memperjuangkan isu bersama untuk mendapat perhatian pihak tertentu supaya perubahan dapat dilakukan
3.    Tidak mempunyai pemilik • Untung dimasukkan kembali ke dalam tabung bagi faedah ahli atau membantu orang ramai yang memerlukannya
4.    Mempunyai matlamat yang dikongsi bersama • Mengutamakan kepentingan kumpulan lebih daripada kepentingan indi idu
5.    Keahlian terbuka dan sukarela • Terbuka kepada sesiapa tanpa sebarang sekatan. diskriminasi sosial. politik. agama dan sebagainya dan tidak boleh dipaksa kemasukan ahli
6.    Pengurusan demokrasi • Semua ahli mempunyai hak yang sama

C. Jenis-jenis Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU) dan Akth iti r                                

Kategori/Jenis OBBU                               

Aktiviti
  • Belia
tumpuan kegiatan yang memberi manfaat kepada belia
  • Kebajikan                       
      Sukarelawan bergiat cergas membuat amal clan memberi sumbangan kepada     
      golongan tertentu yang memerlukan bantuan
  • Kebudayaan                         
Tumpuan kepada golongan yang berminat dalam kebudayaan dan mempromosikan aktiviti kebudayaan .
  • Pendidikan                        
Memberi ceramah motivasi, kelas bimbingan, khidmat nasihat pendidikan dan lain-lain
  • Perdagangan    
       Pertukaran maklumat tentang keadaan industri, perniagaan dan lain-lain

  • Sosial dan Rekreasi              
Ekspedisi rnendaki gunung, berkayak dan lain-lain
  • Penjagaan Kesihatan              
Hospital, klinik swasta, rumah orang tua, pusat pemulihan, orang cacat dan lain-lain Sukan                      
  • Sukan
Menggalakkan aktiviti sukan dari segi menyediakan latihan sukan dan penganjuran pertandingan
  • Agama 
Aktiviti keagamaan untuk masyarakat yang menganuti agama berkenaan
  • Wanita 
Menjahit, memasak dan lain-lain untuk kepentingan wanita

D. Penubuhan

1. Proses Penubuhan

Mengadakan mesyuarat penubuhan dengan kehadiran melebih 7 orang untuk: (i) Menyatakan persetujuan menubuhkan pertubuhan (ii) Meluluskan nama dan alamat pertubuhan (iii)  Melantik ahli jawatankuasa kerja untuk menguruskan pendaftaran pertubuhan (iv) Menyediakan dan meluluskan undang-undang kecil

Membuat pendaftaran di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri

Menyerahkan dokumen pendaftaran yang terdiri daripada: (i) Borang pennohonan (ii) Senarai ahli jawatankuasa kerja dengan butiran peribadi (iii)  Undang-undang kecil (iv) Minit mesyuarat penubuhan

Mendapatkan sijil perakuan daripada Pendaftar Pertubuhan sebagai bukti penubuhan

3.3 PERBANDINGAN KOPERASI, ORGANISASI BUKAN BERMOTIFKAN UNTUNG (OBBU) DAN ORGANISASI BERMOTIFKAN UNTUNG (OBU)
(a)Akta                        
  • Koperasi                     
Akta Koperasi 1948 
  • OBBU  
Akta Pertubuhan  1966
  • OBU
Akta Syarikat 1965 
Akta Perkongsian 1961(pindaan
1974)

(b)Pendaftaran
  • Koperasi                     
JPK  
  • OBBU  
Pendaftar Pertubuhan
  • OBU
Pendaftar Syarikat    
Pendaftar Perniagaan
(c) Sumber  kewangan
      Koperasi                     
  • Yuran ahli dan  Jualan saham
  • OBBU  
Yuran ahli ,derma, hadiah  
  • OBU
jualan saham  dan untung        
Modal pekongsi dan untung
(d)Modal saham          
  • Koperasi                     
Tiada    had    dan    boleh    ditambah  dari   semasa ke   semasa                                                                             
  • OBBU   TIADA
  • OBU
Had modal telah  ditetapkan ketika pendaftaran syarikat.
Tiada terbitan saham baru boleh dilakukan  jika had tersebut telah dicapai
(e)Tujuan
  • Koperasi                      
Menjaga kebajikan  ahli
  • OBBU
Menjaga kebajikan  ahli dan masyarakat    
  • OBU
Mendapat untung maksimum

(f) Pembahagian untung
  • Koperasi                     
Dibahagikan kepada ahli dalam bentuk  dividen mengikut syer dibeli 
Dividen   terhad  kepada  6% (koperasi kredit)   dan 10%(koperasi lain),    kecuali mendapat kebenaran daripada ketua pendaftar Koperasi.    
·         OBBU
Tiada pembahagian untung. Untung  dimasuk balik dalam tabung bagi faedah ahli atau  membantu orang  ramai yang memerlukannya.                              
  • OBU
Dibahagikan kepada ahli dalam bentuk  dividen mengikut syer dibeli .
Dividen adalah tidak terhad  bergantung kepada prestasi organisasi dan keputusan lembaga pengarah syarikat.
(g) Kuasa Pengurusan
  • Koperasi                      
Lembaga Pengarah  yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan                                   
  • OBBU
Semua ahli mempunyai hak yang sama                                
  • OBU
Lembaga Pengarah  yang dipilih dalam Mesyuarat Agung Tahunan                                    
Bilangan undi bergantung kepada jumlah syer yang dimiliki.                           
Pekongsi-pekongsi aktif
(h) Milikan/ Keahlian
  • Koperasi                     
Sekurang-  kurangnya 100 orang ahli dan tidak terhad jumlah ahlinya                                           
  • OBBU
Tiada pemilik         
  • OBU
Bagi syarikat sdn bhd, ia dimiliki  oleh 2 hinga 50 orang pemegang syer
Bagi syarikat awam bhd, ia dimiliki  oleh sekurang-kurangnya 2 orang pemegang syer
dan tiada  jumlah maksimum ah1inya
(i) Liabiliti 
  • Koperasi                     
Terhad                                            
  • OBBU
Terhad 
  • OBU
Terhad
Tidak terhad bagi pekongsi aktif

(j) Cukai      
  • Koperasi                     
Tidak dikenakan                                                    
  • OBBU
Tidak dikenakan        
  • OBU
Cukai Syarikat       
Cukai Pendapatan Perseorangan
(k) Pengurusan Pemasaran
  • Koperasi  
Menumpukan Pemasaran keahlian  
  • OBBU
pemasaran keahlian dan penderma                     
·         OBU
Menumpukan Pemasaran barangan dan perkhidmatan        
Menumpukan Pemasaran barangan dan perkhidmatan