Total Pageviews

Tuesday, August 9, 2011

BAB 1:sejarah dan kita


BAB 1 :  SEJARAH DAN KITA
(1) Pengertian Sejarah
1. Perkataan Arab  - syajaratun - pohon atau pokok,
salasilah, keturunan, asal-usul dan riwayat.
2. Ibn Khaldun – masyarakat dan peradaban manusia
dan perubahan yang berlaku pada sifat masyarakat
3. Herodotus –    cerita  tindakan manusia dan sebab
mereka melakukannya.
4. Muhd. Yusof Ibrahim –  rekod peristiwa yg berlaku.
5. Penyelidikan perkara yg telah berlaku
(2) Ciri-ciri Sejarah
a) Fakta yang tepat dan benar.
1. Fakta Sejarah dibuktikan melalui
        i.    peristiwa
       ii.    tempat
iii.   tokoh
iv.   tarikh
2. Fakta tidak boleh direka/ditokok tambah.
3. Fakta sejarah – bukti kesahihannya
b) Penting dan bermakna.
1. Peristiwa penting kepada negara  -  kemerdekaan
2. Peristiwa penting kepada pelajar  - tarikh lahir pelajar.
c) Sebab dan akibat.
1. Mencari kebenaran sesuatu peristiwa
2. Bagi mengetahui sebab dan akibat  peristiwa  – apa,
siapa, bila, di mana, mengapa dan bagaimana
3. Sejarawan membuktikan kesahihan fakta
4.    Sebab & akibat sesuatu peristiwa timbulkan perasaan
ingin tahu
(3) Sumber Sejarah
     Ciri Sumber Pertama/Sumber Primer.
i. fosil, artifak dan keterangan lisan.
ii. Belum diolah dan dicetak
iii. Masih asli dan belum ditafsir.
iv. Contoh: fail rasmi jabatan, surat peribadi,
manuskrip belum dicetak & batu bersurat.
    Ciri Sumber Kedua/Sumber Sekunder.
i. Bahan yg  dikaji melalui bacaan bahan bertulis.
ii. Ditulis oleh sejarawan.
iii. Diolah dan dicetak.
iv. Disebarkan kepada umum.
v. buku, majalah, jurnal, akhbar dan risalah.
(4) Kaedah Pengkajian Sejarah
a) Kaedah lisan.
1. Maklumat diperoleh secara terus
2. melalui ucapan, penceritaan, perbualan
3. Maklumat sejarah drp ucapan tokoh.
4. Maklumat berkait  dgn tradisi sastera rakyat spt mitos,
legenda, dongeng dan puisi.
5. Sejarawan memilih, mentafsir dan bandingkan fakta
6. Kelemahan  - wujudnya unsur tokok tambah yang
bercampur dengan unsur mitos, legenda dan dongeng.
7. Kesan kemajuan sains dan teknologi
      kaedah pandang dengar digunakan.
 Contoh:
      televisyen,  pita rakaman &  internet

b) Kaedah bertulis.
1. Maklumat drp sumber yang ditulis, dilakar atau
dipahat pada batu, kulit kayu, gading dan sebagainya.
c) Kaedah arkeologi.
1. Maklumat berdasarkan kajian saintifik.
2. Antara cabang bidang arkeologi ialah angkasa lepas,
maritim dan gali cari.
3. Maklumat ditemui melalui proses gali cari.
4. Melalui proses gali cari, ketetapan usia bahan  dapat
disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan
radiocarbon.
(5) Pentafsiran Sejarah
1. Tafsiran menjadikan peristiwa bermakna,
2. Sejarawan berusaha mencari jawapan
3. Tafsiran tepat memerlukan penyelidikan
4. Tafsiran mungkin berbeza antara  sejarawan.
       i.  ada yang kata pembunuhan Birch kerana beliau
           memperkenalkan sistem cukai.
       ii.  Sejarawan lain - pembunuhan kerana
            Birch ambil alih kuasa pembesar dan raja
5. Tafsiran berbeza disebabkan pandangan yang
berlainan antara sejarawan.
i.  Sejarawan barat - penjajahan British kerana ingin
membantu raja mententeramkan kacau bilau
ii.  Sejarawan  lain  - penjajahan  kerana British ingin
membolot kekayaan ekonomi Tanah Melayu.
iii.  Sejarawan Barat  - anggap Tok Janggut, Dato
Bahaman sebagai pemberontak.
iv.    Sejarawan tempatan  - anggap pahlawan Melayu
sebagai pejuang tanah air.
6.    Sejarawan mestilah jujur dan
       bertanggungjawab ketika membuat  
penyelidikan dan penilaian peristiwa sejarah
(6) Tujuan mempelajari  Sejarah
1. Banyak ilmu pengetahuan.
2. Mengetahui kepentingan sesuatu peristiwa
3. Memahami sejarah tamadun awal bangsa
4. Melahirkan perasaan jati diri yang tinggi
5.    Membentuk keperibadian bangsa
6. Ketahui pemimpin dan tokoh negara
7. hargai jasa dan pemimpin negara masa lalu dan kini
8. Sikap berhati-hati agar tidak mengulangi kesilapan
9. Merangka wawasan masa depan dengan yakin untuk
mempertahankan kedaulatan dan kemajuan negara.
(7)   Faedah mempelajari sejarah.
1. Panduan  untuk memperbaiki kesilapan
2. Menjadi perangsang  memajukan negara
3. Mengingati  zaman keagungan kita
4. Memupuk semangat patriotisme
5.    Rakyat berbangga menjadi rakyat Malaysia
(8) Rumusan
1. Sejarah - panduan dan pengajaran untuk panduan
masa kini dan masa hadapan.
2. Melalui sejarah, generasi kita dipupuk dengan
semangat patriotisme
3. Sejarah  membantu kita menghargai serta
memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara


No comments:

Post a Comment