Total Pageviews

Wednesday, August 10, 2011

Tutor TV PMR - Klip Eksklusif bersama Sazzy Falak

Tutor TV PMR - Klip Eksklusif bersama LISA SURIHANI

Bab 9: Warisan kesultanan Melayu


WARISAN KESULTANAN MELAYU.
1.a)Konsep daulat .
· Seorang raja dianggap berdaulat setelah ditabalkan di dalam istiadat pertabalan secara rasmi.
· Rakyat mengiktiraf kedaulatan seseorang sultan yang berdaulat dengan seruan DAULAT TUANKU.
· Sultan dianggap sebagai tunggak bagi menyatupadukan rakyat,mengamankan dan memakmurkan negeri.
b)Kepentingan konsep.
· Wujud satu kepercayaan bahawa rakyat tidak boleh derhaka kepada raja.
· Orang-orang melayu pada zaman dahulu tidak berani menderhaka kepada raja.
· Golongan raja dapat mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan mereka.
c)Rakyat harus menerima konsep tersebut dengan cara:
· Menurut dan menjalankan titah raja dan perintah kerajaan dengan penuh ketaatan dan kesetian.
· Seseorang yang enggan dianggap menderhaka.
2.
a)Cara sultan mengukuhkan konsep daulat:
· Melalui keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti penggunaan bahasa, warna, alat kebesaran dan musik 
diraja.
· Kelainan seseorang raja yang memerintah dengan rakyat biasa.
b)Contoh-contoh hak keistimewaan dan kelainan diraja:
PENGGUNAAN BAHASA.
· Digunakan oleh raja dan kaum dan kerabatnya sahaja.
· Tidak boleh digunakan oleh rakyat biasa.
· Antara perkataan-perkataannya ialah santap, beradu, gering, beta, bersiram dan sebagainya. 
ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA.
· Cop Mohor merupakan lambang kuasa raja dan digunakan dalam urusan rasmi kerajaan.
· Alat-alat kebesaran lain ialah ketur, kendi, kipas, tepak sireh, senjata dan payung ubur-ubur.
· Alat-alat ini akan dibawa bersama raja dan diletakkan bersebelahan raja di balai rung seri.
PENGGUNAAN WARNA
· Warna diraja ialah warna kuning.
· Semua peralatan dan perabut di istana berwarna kuning
· Payung putih dikhaskan untuk raja, anak raja dan kaum kerabat.
· Emas hanya boleh dipakai oleh raja dan kerabatnya.Rakyat dilarang memakai barangan kemas melainkan 
dengan anugerah daripada raja.
· Rakyat juga dilarang menggunakan warna kuning.
MUZIK DIRAJA ATAU NOBAT.
· Nobat berasal daripada perkataan arab iaitu NAUBAH yang bermaksud gabungan 9 jenis gabungan alat muzik.
· Digunakan di dalam upacara-upacara rasmi di istana seperti perkahwinan, pertabalan, kelahiran, keberangkatan 
dan kemangkatan sultan .
3. a )PERANAN PEMBESAR BEREMPAT DALAM ZAMAN KESULTANAN MELAYU .
· Pembesar diperingkat pusat semasa kesultanan Melayu Melaka ialah :
BENDAHARA.
· Menjadi ketua dalam pentadbiran kerajaan.· Menjadi pemangku raja sekiranya sultan keluar negeri.
· Menjadi ketua turus angkatan tentera dalam masa peperangan yang meliputi tentera laut dan tentera darat.
· Menjalankan hukuman kecuali hukuman mati.
· Melantik sultan baru untuk menaiki tahta kerajaan .
· Ketua adat istiadat dan penjaga alat kebesaran diraja. 
· Menguruskan istiadat pertabalan sultan-sultan baru.
PENGHULU BENDAHARI.
· .Menjadi ketua pemegang amanah dan harta kerajaan.Sama seperti Menteri Kewangan pada masa sekarang.
· Menjadi ketua bagi adat istiadat dan acara rasmi diraja dsi istana.
· Menjadi ketua kepada semua bendahari raja ,ketua kepada  syahbandar yang terdapat di Melaka.
· Mengendalikan hamba  hamba raja .
· Mempunyai peranan dalam bidang ketenteraan ,iaitu seorang Penghulu Bendahari  harus mempunyai sifat 
hulubalang dan pintar dalam ilmu peperangan.
· Memungut cukai dan menjaga harta benda raja .
· Bertanggungjawab untuk menjaga bangunan.
TEMENGGUNG.
· Disamakan dengan jawatan Ketua Polis Negara pada masa sekarang .
· Bertanggungjawab dalam hal ehwal awam dan bidang ketenteraan.
· Menjaga keamanan dan keselamatan negeri.
· Menyelesaikan kes-kes jenayah yang kecil.
· Menentukan undang-undang dijalankan dengan sempurna.
· Menjadi pengiring apabila sultan berangkat menaiki gajah.
· Bertanggungjawab mengatur susunan tempat duduk orang yang datang mengadap sultan.
· Bertanggungjawab menentukan sukatan dan timbangan yang betul di pasar.
LAKSAMANA.
· Tugas rasmi adalah di dalam bidang ketenteraan .
· Sebagai raja di laut dan mengetuai angkatan di laut.
· Menjaga perairan Melaka.
· Menjaga keselamatan peribadi sultan dan bendahara.
· Mengetuai urusan politik.
b)PERANAN PEMBESAR WILAYAH ATAU DAERAH.
· Menyerahkan sebahagian daripada hasil pendapatan dan cukai kepada pemerintah.
· Menyediakan tenaga buruh untuk membina istana yang baru.
· Membina kapal untuk raja.
· Membina panggung dan pentas serta perhiasan istana untuk menyambut perayaan adat dan agama.
· Membekalkan tenaga ketenteraan kepada kerajaan .
· Menghadap sultan dan menjalankan adat istiadat menjunjung duli pada tiap-tiap sambutan Hari Raya 
Puasa.Sekiranya mereka gagal melakukannya ia merupakan satu kesalahan yang amat berat.
· Menjaga dan mengekalkan keamanan seluruh kawasan pentadbirannya.
· Dibenarkan menjalan kegiatan ekonomi sendiri dan mempunyai pengikut yang ramai
4.
a)KEDUDUKAN PEMIMPIN AGAMA DAN MAGIS DALAM MASYARAKAT MELAYU.
· Di pandang tinggi dengan kebolehan yang di tunjukkan 
· Di percaya oleh masyarakat.
b)PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH MEREKA DALAM MASYARAKAT TERSEBUT.
· Pemimpin agama sebagai imam , khatib ,atau bilal.
· Mengetuai dan menguruskan soal ibadat di masjid.
· Pawang atau bomoh boleh menyembuhkan pelbagai penyakit dengan kuasa magis.
· Banyak pengikut .
c)TUGAS-TUGAS PEMBESAR DIPERINGKAT KAMPUNG.
· Memungut cukai bawah.
· Membekalkan tentera semasa peperangan.
· Memastikan rakyat di kampungnya memberi taat setia kepada sultan yang memerintah.
· Membekalkan tenaga buruh untuk raja.
· Pemimpin agama , mengetuai dan menguruskan soal ibadat di masjid.
· Pawang atau bomoh mempunyai kuasa magis dan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit.
5a) ASAL USUL DAN FUNGSI NOBAT DALAM PEMERINTAHAN MELAYU.
· Nobat berasal daripada perkataan Arab iaitu Naubah yang bermaksud gabungan sembilan jenis alat muzik.
· Digunakan dalam upacara-upacara rasmi di istana seperti perkahwinan, kelahiran, pertabalan, keberangkatan dan 
kemangkatan sultan.
· Alat-alat nobat terdiri daripada nafiri, serunai, gendang besar, gendang nobat besar dan gendang nobat kecil.
6)a)BENTUK HUBUNGAN LUAR NEGERI-NEGERI MELAYU.
· Dengan pemberian ufti dan perkahwinan.
· Dengan mengirim utusan utusan keluar negeri dan menerima baik utusan-utusan negeri-negeri lain.
· Mengadakan peraturan-peraturan apabila menyambut rombongan rasmi .
 b)CONTOH-CONTOH DAN KEPENTINGAN HUBUNGAN TERSEBUT.
· Perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan Puteri Hang Li Po dari China telah membawa hubungan rapat di 
antara China dan Melaka.
7a) HUBUNGAN MELAKA DENGAN SIAM.
· ( 1402-1405 ) Parameswara menghantar ufti ke Siam.
· ( 1445-1456 ) Siam menyerang Melaka dari Muar.Serangan kedua Siam dari Batu Pahat.
· ( 1459-1477 ) Melaka menyerang dan menakluk Pahang .
· ( 1498-1500 ) Melaka meluaskan kuasa ke Patani.
HUBUNGAN MELAKA DENGAN CHINA.
· ( 1402-1404 ) Lawatan Yin Ching ke Melaka dan Parameswara meminta pertolongan.
· ( 1405 )           Melaka telah di isytiharkan sebagai negeri  naingan China.
· ( 1407 )           Siam di beri amaran supaya tidak menyerang Melaka.
· ( 1411-1413 ) Laksamana Cheng Ho melawat Melaka.Parameswara melawat China .
· ( 1414 )           Megat Iskandar Syah melawat China untuk di iktiraf sebagai pengganti Parameswara.
· ( 1415-1418 )  Menghantar utusan ke China.
· ( 1419 )           Melawat China buat kali kedua dan membuat aduan mengenai ancaman  Siam.
· ( 1423 )           Sri Maharaja ke China untuk  diiktiraf sebagai Sultan Melaka.
· ( 1456 )           Sultan Muzafar Shah menghantar utusan ke China atas nsihat Tun Perak.
· ( 1459 )           Beliau mengahwini Puteri Hang Li Po untuk mewujudkan hubungan baik dengan China.
· ( 1488-1511 )  Perhubungan dengan China tamat.
b) HUBUNGAN MELAKA DI ANTARA NEGERI-NEGERI NAUNGANYA
· Membenarkan  negeri negeri naungannya melaksanakan undang-undang sendi tetapi hukuman bunuh mestilah mendapat kebenaran daripada Sultan Melaka .
· Hasil hasil pengeluaran negeri mestilah di eksport menerusi pelabuhan Melaka sahaja .
· Negeri  negeri takluk dan naungan menggunakan istilah sembah dan apabila utus surat ke Melaka untuk 
menunjukkan taraf mereka lebih rendah daripada Melaka.
· Mereka bertanggungjawab menghantar ufti dalam bentuk wang atau barangan.
· Raja atau pembesar dari masa ke semasa di kehendaki mengadap Sultan Melaka sebagai mengakui kedaulatan baginda dan menunjukkan taat setia mereka.
· Apabila Sultan Melaka berangkat ke luar negeri,raja di negeri taklukan dan naungan di kehendaki mengiringi 
bagindaa) PERSIAPAN YANG PERLU DIBUAT UNTUK MENGHADIRINYA.
· Pakaian mestilah tertib dan sopan dengan bertanjak, berpancung dan berkeris dihadapan.
· Tidak dibenarkan memakai kain kasa.
· Berbahasa dengan sultan mestilah menggunakan Tuanku dan mestilah berbahasakan diri patik.
· Semasa menghadap raja dibalai rung mestilah tahu pantang larangnya.
b)KEADAAN SEMASA BERADA DI ISTANA SEHINGGA MAJLIS PEMBACAAN PERUTUSAN.
· Mereka disambut dengan penuh alat kebesaran kerajaan seperti gendang dan serunai.
· Daisambut oleh menteri dan bentara bergajah.
· Sida-sida akan membawa surat atau perutusan.
· Gajah yang membawa surat atau perutusan akan dikepilkan di hujung balai.
· Surat dibawa dan dibaca oleh khatib 
c)FUNGSI ALAT-ALAT KEBESARAN DIRAJA.
· Alat kebesaran raja ialah cop mohor.
· Melambangkan kuasa raja yang memerintah.
· Digunakan dalam surat-menyurat rasmi.
· Alat kebesaran lain seperti ketur, kipas, tepak sireh, pedang, lembing , tombak berambu dan payung ubur-ubur yang berwarna kuning dibawa bersama-sama ketika raja berangkat dan diletakkan bersebelahan raja apabila baginda bersemayang di balai rung seri. 
9 a)GAYA HIDUP GOLONGAN BANGSAWAN .
· Amalan adat istiadat, protokol cara berpakaian, cara bertutur dan bahasa.
· Istiadat perlantikan dan pertabalan raja sebelum islam dimulai dengan pembacaan ciri.
· Selepas ialam amalan ini dihapuskan tetapi diadakan istiadat melafaz ikrar oleh sultan dan pembesar.
· Istiadat kemangkatan dan pemakanan raja dan kerabatnya ialah peganti sultan mesti dilantik dihadapan jenazah.
· Istiadat menjunjung duli dilakukan oleh pembesar untuk menunjukkan taat setia kepada sultan.
b)KEGIATAN MASA LAPANG MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL DAPAT MELAHIRKAN MASYARAKAT BERILMU DAN BERHARMONI.
c)DALAM MASYARAKAT HARI INI GAYA HIDUP MASYARAKAT MELAYU DIAMALKAN DENGAN: 
a)JELASKAN PERANAN PEMBESAR BEREMPAT DALAM ZAMAN KESULTANAN MELAYU.
Di Melaka, terdapat empat gelaran pembesar utama diperingkat pusat iaitu Bendahara, Penghulu bendahari,
Temenggong dan Laksamana.Seseorang pembesar yang layak dilantik menjadi bendahara, mestilah terlebih dahulu memegang jawatan Penghulu Bendahari dan Temeggong.Pembesar-pembesar ini mempunyai kuasa mentadbir yang meliputi seluruh negeri.Bendahara merupakan orang yang kedua berkuasa di Melaka selepas sultan.Seseorang bendahara memiliki kuasa kewibawaan yang terbesar dalam hierarki pentadbiran.Ia juga sebagai penasihat utama dan pengendali peribadi raja.Sewaktu ketiadaan Raja,Bendahara akan berfungsi sebagai wakil raja atau pemangku raja.Bendahara akann mengetuai pentadbiran kerajaan da semua pegawai-pegawai di Melaka adalah di bawah kawalannya.Peranan Bendahara juga sebagai ketua pentadbiran kerajaan, penasihat raja dalam segala hal berkaitan dengan pemerintahan.  Beliau juga menjadi pemangku raja. Ini kerana apabila sultan keluar negeri Bendahara akan mengambil tugas sebagai sultan.Selain itu, Bendahara menjadi ketua turus angkatan tentera dalam masa peperangan yang meliputi tentera laut dan tentera darat.Hukuman yang akan dipertanggungjawabkan dan akan dilaksanakan ialah dengan  menjalankan segala hukuman kecuali hukuman mati.Selain itu beliau juga ditugaskan melantik sultan baru untuk menaiki takhta kerajaan.Dalam istiadat raja,Bendahara menjadi ketua adat istiadat dan penjaga alatbendahara adalah secara warisan iaitu daripada ayah kepada anak ataupun abang kepada adik.Bendahara juga mempunyai gelaran-gelaran tertentu contoh SRI WAK RAJA,SRI PADUKA RAJA.Kawasan pegangan adalah 
kawasan Muar dan Bintan.Peranan pembesar diperingkat jajahan dan daerah ialah menyerahkan sebahagian daripada hasil pendapatan dan cukai kepada pemerintah, menyediakan tenaga ketenteraan kepada kerajaan dan dikehendaki menghadap sultan dan melaksanakan istiadat menjunjung duli pada tiap-tiap sambutan Hari Raya Puasa.Sekiranya mereka gagal melakukannya ia merupakan satu kesalahan yang amat berat.   
Penghulu Bendahari mempunyai fungsi yang sama seperti menteri kewangan pada masa sekarang.Ia 
merupakan jawatan kedua penting selepas bendahara dalam majlis tertinggi. Peranan penghulu Bendahari ialah menjadi ketua adat istiadat dan acara rasmi di Raja istana,ketua kepada ayah bandar yang terdapat di Melaka dan juga mengendalikan hamba-hamba raja.Penghulu Bendahari juga mempunyai peranan dalam bidang ketenteraan,iaitu seorang penghulu bandahari harus bendahari harus mempunyai sifat hulubalang dan pintar dalam ilmu peperangan.Di kerajaan Melayu Melaka,ia bertugas sebagai menteri kewangan dan memungut cukai dan menjaga harta benda raja.Bangunan istana juga dipertanggungjawab untuk menjaganya.
Jawatan Temenggung boleh di samakan dengan jawatan ketua polis negara pada masa sekarang. Beliau                 
bertanggungjawab dalam hal ehwal awam dan bidang ketenteraan . Tugas pentingnya ialah menjaga keamanan dan keselamatan dalam negeri. Peranan Temenggung juga ialah menyelesaikan kes-kes yang kecil, menentukan undang undang di jalankan dengan sempurna . Temenggung juga menjadi pengiring apabila sultan berangkat menaiki gajah , bertanggungjawab mengatur susunan tempat   duduk   orang yang datang menghadap sultan .  Temenggung juga bertanggungjawab menentukan sukatan dan timbangan di pasar. Ini mengelak daripada pelanggang tertipu . Kawasan  pegangan atau kawasan yang dijaga tidak di khususkan kerana semua kawasan menjadi tanggungjawab Temenggong untuk menjaga keamanan di dalam negeri.
Laksamana pula bertugas di dalam bidang ketenteraan.Tugas ini adalah paling penting yang 
utama.Laksamana sebagai raja di laut mengetuai angkatan laut.Ini penting kerana kegiatan dilaut adalah nadi 
pergerakan perdagangan dan perniagaan bagi Melaka.Laksamana yang terkenal di zaman Kesultanan Melayu Melaka ialah Laksamana Hang Tuah.Kawasan pegangan atau dipertanggungjawab ialah Siantan dan Sungai Raya.Antara peranan Laksamana bagi menjaga kawasan mereka ialah menjaga perairan Melaka dan mengetuai angkatan tentera untuk menjaga keamanan, menjaga keselamatan peribadi sultan dan bendahara, mengetuai urusan politik dan perdagangan ke luar negeri. 
8.APAKAH PERSIAPAN YANG PERLU ANDA BUAT UNTUK MENGHADIRI MAJLIS MENYAMBUT PERUTUSAN LUAR.
Ketika menghadap raja pakaian seseorang itu mestilah tertib dan sopan dengan bertanjak, berpancung, dan 
berkeris dihadapan.Seseorang itu tidak dibenarkan memakai kain kasa iaitu kain nipis yang menampakkan 
kulit.Apabila berbahasa dengan sultan, istilah TUANKU dan seseorang itu mestilah membahasakan dirinya 
PATIK.Semasa menghadap raja di balai rung terdapat cara dan larangannya.Contohnya,sekiranya seseorang itu duduk berjuntai kaki, ia merupakan satu kesalahan yang besar.Cara menyambut tetamu da utusan rasmi juga hendaklah dibuat mengikut protokol.Mereka akan disambut dengan penuh alat kebesaran kerajaan seperti gendang, serunai, nafiri, magara, dan payung putih dua berapit.Mereka juga disambut oleh menteri dan bentara bergajah dan sida-sida yang akan membawa surat atau perutusan tersebut.Gajah yang membawa surat atau perutusan tersebut.  

Bab 8:Kerajaan negeri-negeri Melayu


BAB 8 : KERAJAAN NEGERI-NEGERI
  MELAYU
(1) Kerajaan Melayu yang tua
       - kerajaan yang wujud sebelum zaman Kesultanan
Melayu Melaka seperti Kedah, Pahang  dan Perak
a) Kedah
1. Asal usul nama Kedah
i. Orang Cina panggil Kedah - Cheh-Cha.
ii. Pedagang India - Kedah sebagai Kataha, Kalagam
atau Kadaram
iii. Pedagang Arab - Kedah sebagai Kalah atau Kalah
Bar.
iv. Orang Siam - daratan Kedah sebagai Sai.
2.  Menurut Hikayat Merong Mahawangsa,
i. Kedah wujud pada abad ke-7.
ii. Raja Kedah pertama  - Merong Mahawangsa
memeluk Islam
iii. guna nama Sultan Muzaffar Shah.
3. Menurut Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah,
i. Maharaja Derba Raja memeluk Islam
ii. Guna nama Sultan Muzaffar Shah.
4. Sultan Muzaffar Shah bahagi Kedah kepada tiga
pusat pentadbiran
       i.  Kota Palas
ii. Langkawi
iii. Kota Ulu.
5. Kota Setar jadi pusat pentadbiran yang baru
6. Perlis pada asalnya ialah wilayah Kedah.
i. mewujudkan pemerintahan sendiri
ii. Raja Perlis 1-  Sultan Husain Jamalulail.
7   Kedudukan Kedah strategik menarik minat pedagang
dari Arab, Parsi, India, Sri Lanka, China dan Barat.
8. Kedah hadapi cabaran kuasa luar.
9.    Kedah  bersahabat dengan Siam.
10.  Kedah hantar bunga emas ke Siam
11.   Apabila Kedah diserang Acheh, sultan Kedah
berundur ke Perlis dan meminta bantuan Siam.
12.  Apabila kerajaan Siam di Ayuthia ditawan  Burma,
Kedah menjalin persahabatan dgn Burma.
13.  Pada kurun ke-18, politik Kedah tidak stabil.
14.   Kedah diancam oleh Siam
15.  Berlaku perebutan takhta
16. Kedah  minta bantuan Inggeris bagi menghadapi
ancaman Siam.
17. Hubungan baik Inggeris dan Kedah menyebabkan
Siam menyerang Kedah.
18. Sultan Kedah, pembesar dan pengikutnya berundur
ke Pulau Pinang.
19. Kedah menyerang balas Siam di Kedah dan
memerdekakan Kedah.
20. Hubungan Kedah dan Siam mula berbaik.
21. Kedah terkenal sebuah pelabuhan entreport.
22. Kedah amalkan Undang-undang Laut Melaka
23. Pengenalan sistem sukat dan mata wang
memudahkan perdagangan.

25. Permuafakatan dengan negara jiran meningkatkan
kemajuan dan kemakmuran Negara.
b) Perak
1.  Asal-usul nama
i. Nama Perak dikaitkan dgn logam perak.
ii. Sejarah Perak tulisan A. Halim Nasir  - nama
Perak sempena nama Sg Perak  di Chegar Galah
yg terdapat ikan berwarna putih spt perak.
2. Menurut sejarah Melayu dan Salasilah Perak
i. Kesultanan Perak diasaskan
ii. Tun Saban  hadap Sultan Mahmud Shah  -
memohon putera baginda dirajakan di Perak.
iii. Raja Muzaffar putera Sultan Mahmud Shah
dihantar ke Perak berserta alat kebesaran negeri
iaitu Cura Si Manjakini.
iv. Raja Muzaffar ditabalkan sebagai sultan Perak
pertama - Sultan Muzaffar Shah.
v. Pusat pemerintahan di Tanah Abang.
3. Perak terkenal dgn perdagangan  bijih timah sejak
zaman kerajaan  Beruas dan Manjung.
4.    Kekayaan bijih timah menyebabkan kuasa luar ingin
menguasai Perak
5.   Acheh menawan Perak dan  jadikannya negeri
naungan.
6 Belanda kepung Perak dan memaksa sultan Perak
menandatangani perjanjian dengan VOC.
7. Perak bersetuju menjual bijih timah kepada Belanda
dalam perjanjian ini.
8. Perjanjian antara Sultan Iskandar Zulkarnain dengan
Thomas Acheppers.
9. Ketika  Sultan Mansor Shah di Melaka, Bendahara
Megat Terawis  tentukan sempadan Siam dan Perak.
10. Penentuan sempadan memudahkan pembesar Perak
memungut cukai.
11 Cukai  daripada lombong bijih timah di Klian Intan
(diusahakan oleh orang Reman dari Siam)
menjadikan negeri Perak kaya.
12. Siam menyerang Perak beberapa kali.
13. Perak tewas.
14.  Perak hantar bunga emas setiap tahun kpd Siam.
15. Perak  membenarkan orang Siam membeli bijih
timah dengan tidak membayar cukai.
16. Tindakan Siam tidak terhasil apabila British
melibatkan diri melalui Perjanjian Low di Perak.
17.  Harus berbangga dengan kekayaan hasil bumi negeri
Perak.
18.  Bersyukur kerana dikurniakan negara yang
mempunyai semulajadi yang digunakan untuk
kesejahteraan rakyat.
c) Pahang
1. Asal usul nama
i. Menurut rekod China, orang Cina mengenali
Pahang sebagai Phang atau Pahangh.
ii. Penulis China iaitu Chao Ju-Kua mencatatkan
Pahang sebagai Pong Fong yang dikatakan
bernaung di bawah Palembang.
iii. Orang Arab mengenali Pahang sebagai Fahan.

iv. Menurut cerita tradisi Melayu, nama Pahang
diambil sempena nama pokok Mahang yang
tumbang merentasi Sungai Pahang di Kampung
Kembahang.
v. Menurut buku sejarah Melayu, Pahang dikenali
sebagai Pura.
2.  Ketika Melaka diperintah oleh Sultan Mansor Shah,
baginda menabalkan putera baginda iaitu Sultan
Muhammad Shah menjadi sultan Pahang.
3. Bermulanya sultan Pahang berketurunan kesultanan
Melaka.
4. Tahun 1641 hingga 1673, Pahang diperintah oleh
Yamtuan Muda Johor iaitu Raja Bajau. Ini
menandakan berakhirnya keturunan sultan Melaka
memerintah Pahang.
5. Berlakunya perpecahan kerajaan Johor,  - Pahang
diletakkan di bawah penguasaan Bendahara Johor.
6. Bendahara Wan Ahmad merampas kuasa daripada
Bendahara Tun Mutahri.
7.  Bendahara Wan Ahmad menjadi sultan Pahang  -
gelaran Sultan Ahmad al-Muadzam Shah.
8.  Menurut catatan Portugis dan China, Pahang
menghasilkan beras, bijih timah dan hasil hutan.
(2) Kerajaan Melayu yang baru
-      kerajaan yang wujud selepas zaman Kesultanan
Melayu Melaka seperti Terengganu, Kelantan,
Selangor dan Negeri  Sembilan.
   
a) Kelantan
1.  Asal usul nama
i. Sejarawan China  - Shen-Yau dari Dinasti Tang
mencatatkan nama Kelantan sebagai Ho-lo-tan
atau Kuo-lo-tan.
ii. Menurut Gerini, nama Kelantan berasal dari
gabungan perkataan ‘kolam’ bermaksud tanah
dan perkataan ‘autam’ bermaksud sempadan.
Gabungan perkataan itu menjadi Kolantam yang
akhirnya menjadi Kelantan.
2. Kelantan pada asalnya diperintah oleh beberapa
orang raja di daerah berasingan.
3. Apabila Long Yunus menjadi Raja Kelantan,
masyarakat Kelantan bersatu.
4. Raja Long Yunus pindahkan ibu kotanya dari Kota
Kubang Labu ke Kota Bharu.
5. Kelantan hadapi pertikaian dgn sultan Terengganu
6.    Terengganu  menyerang Kelantan.
7.  Terengganu dapat bantuan daripada tentera Patani.
8. Selepas kemangkatan Long Yunus, - digantikan
puteranya Long Muhammad.
9. Long Muhammad menyerang balas dari Ulu
Kelantan
10. Berjaya membebaskan Kelantan daripada pengaruh
Terengganu.
11. Baginda mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan
Muhammad I.

12. Bagi mengelakkan serangan luar , Sultan
Muhammad I menjalin hubungan dengan Siam.
13 Kelantan hantar bunga emas kepada Siam setiap tiga
tahun sekali dan  Siam membalasnya dengan
memberi hadiah yang berharga.
14. Kesannya Terengganu tidak lagi bermusuh dengan
Kelantan.
15.  Menurut catatan Rentse, Kelantan terletak di laluan
perdagangan ant Timur dan Barat.
16.  Kuala Sg Kelantan menjadi tempat persinggahan
pedagang sebelum ke Teluk Siam, Kemboja dan
China.
17. Kelantan mengeluarkan wang emas yang dinamakan
dinar dan wang pitis.
18  Negeri Kelantan dikenali  ‘Negeri  Cik Siti Wan
Kembang’.
19. Perpecahan semasa sendiri akan memudahkan
campur tangan kuasa luar.
20.  Perpaduan  benteng utama mengelakkan negara kita
daripada dijajah oleh kuasa luar.
b) Terengganu.
1.    Asal-usul nama
       i. Menurut Sultan Umar  - nama Terengganu berasal
dari perkataan taring anu, anu merujuk kepada
sebutan sebagai harimau.
       ii. Menurut catatan Cina, Wang Ta Yuan nama
Terengganu disebut sebagai Tong Ya Nong dan
Teng Ya Nung.
2. Kerajaan Terengganu muncul apabila Tun Zainal
Abidin Paduka Maharaja daripada keluarga
Bendahara Pahang dilantik menjadi raja Terengganu
3. Baginda bergelar Sultan Zainal Abidin I.
4. Baginda dilantik oleh Sultan Sulaiman (sultan Johor)
kerana hubungan persaudaraan dengan sultan Johor.
5. Zaman kegemilangan Terengganu  - semasa
pemerintahan Sultan Mansor Shah I (sultan
Terengganu ke-2).
6. Terengganu menjadi pelabuhan pedalaman
terpenting di kepulauan Melayu.
7. Sultan Mansur Shah I melibatkan diri dalam
perdagangan.
8. Baginda turut melantik wakil-wakilnya menjaga
urusan perdagangan.
9. Barang dagangan ialah lada hitam, emas dan bijih
timah.
19. Terengganu jalin hubungan dengan Siam
20. Hubungan berterusan apabila Siam meminta bantuan
Terengganu menyerang Raja Ligor.
21.  Ia dipersetujui oleh Sultan Mansor Shah I.
22.  Sultan Mansor Shah I  hantar bunga emas ke Siam
sebagai tanda persahabatan.
23. Siam anggap Terengganu mengakui ketuanan Siam.
24. Sultan Omar  - raja yang berpegang kuat pada ajaran
agama Islam
25. Terengganu  - negeri terawal yang menerima agama
Islam.

26. Abad ke-13, tembaga purba bertulisan ayat al-Quran
ditemui di Terengganu.
27. Prasasti Terengganu bertarikh 702 Hijrah atau 1303
masihi menyebut tentang sepuluh darma atau
undang-undang khususnya hukum jenayah Islam
ditemui.
28. Pengurusan cemerlang berkait rapat dengan
ketegasan dalam menegakkan kedaulatan negara.
c) Selangor
1. Asal usul nama - sempena nama Sungai Selangor.
2. Pada awalnya, pemerintahan berasaskan kampungkampung kecil yang berajakan kerajaan Melayu
Melaka.
3. Ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka,  daerah
wujud di Selangor seperti Jeram, Klang, Langat dan
Selangor (Kuala Selangor).
4. Daerah daerah ini terletak di bawah jajahan kerajaan
Melaka.
5. Ketika pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka,
Tun Perak dilantik sebagai penghulu Klang.
6.   Kurun ke-17, orang Bugis mendiami kawasan di
Klang dan Kuala Selangor.
7. Klang pada masa itu di bawah kuasa Orang Besar
Klang yang bergelar To’ Engku Klang (berasal
daripada keturunan sultan Johor yang berketurunan
Bendahara.)
8. Orang Besar Klang   hadiahkan cap mohor kepada
Yamtuan Selangor untuk mentadbir kawasan Sungai
Selangor.
9. Kurun ke-18, kedudukan Bugis kukuh apabila Raja
Lumu ditabalkan oleh Sultan Mahmud (sultan
Perak) menjadi sultan Selangor bergelar Sultan
Salehuddin Shah.
10. Masa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah  (pengganti
Sultan Salehuddin Shah), Selangor menjadi
pengeluar bijih timah.
11.  Belanda ingin menakluki Selangor
12. Belanda menyerang Sultan Ibrahim Shah di Kuala
Selangor
13. Sultan Ibrahim Shah berundur ke Hulu Langat,
Bernam dan Pahang.
14. Dengan bantuan Pahang, Sultan Ibrahim
mendapatkan semula Kuala Selangor.
15. Belanda mengepung Kuala  Selangor.
16.  Sultan Ibrahim meminta bantuan Perak
17. Perak menandatangani perjanjian kerjasama antara
Selangor dan Perak.
18 Selepas kemangkatan Sultan Ibrahim Shah, Sultan
Muhammad Shah menjadi sultan.
19.  Iktibar dari sejarah negeri Selangor  – setiap usaha
yang dilakukan secara gigih pasti mencapai
kejayaan.
20. Permuafakatan dan perundingan perlu diamalkan
bagi mencapai matlamat.

d) Negeri Sembilan
1.    Asal-usul nama
i. Negeri Sembilan terdiri daripada 9 buah daerah
atau luak
2. Daerah tersebut ialah
i. Sungai Ujong
ii. Rembau
iii. Jelebu
iv. Johol
v. Ulu Muar
vi. Inas
vii. Gunung Pasir
viii. Terachi
ix. Jempul.
3. Kemajuan Melaka menarik minat orang
Minangkabau ke  Tanah Melayu.
4. Mereka menetap di Naning, Sungai Ujong dan
Rembau.
5. Mereka menunjukkan taat setia mereka kepada
sultan Melaka kerana sultan Melaka berasal dari
Melayu-Jambi.
6. Sebelum kedatangan orang Minangkabau, telah
wujud empat daerah kepunyaan penduduk asli iaitu
        i.   Sungai Ujong,
ii.  Klang,
iii.  Jelebu
       iv.   Johol.
7. Keempat-empat daerah adalah dibawah penguasaan
kerajaan Melaka.
8. Selepas kejatuhan Melaka, Bugis mendirikan
kesultanan Bugis di Selangor.
9. Peristiwa ini menyebabkan suasana tidak aman
berlaku di Negeri Sembilan.
10. Keadaan mendorong penghulu-penghulu di Negeri
Sembilan memohon kepada sultan Johor seorang
putera raja untuk mentadbir negeri mereka.
11. Johor memberi kuasa kepada penghulu-penghulu
tersebut mendapatkan anak raja dari Pagar Ruyong
iaitu Raja Melewar.
12. Raja Melewar ke Siak dan Johor untuk meminta izin
memerintah Negeri Sembilan.
13. Raja Melewar ditabalkan sebagai Yamtuan.
14. Amalan melantik pembesar dari Pagar Ruyong
berakhir selepas Raja Lenggang menjadi Yamtuan
Besar
15.  Negeri Sembilan adalah pengeluar bijih timah, beras
dan hasil hutan.
16. Keamanan sesebuah negeri dapat dicapai apabila
keputusan dibuat secara muafakat.
(3) Rumusan
1. Pembentukan kerajaan Melayu memberi    
    iktibar bahawa proses pembinaan sesebuah
negara bukanlah proses yang mudah.
2. Pengorbanan, perjuangan, semangat jati diri
    dan kegigihan penting untuk negara.





Bab 7:Johor menegakkan semula kewibawaan Kesultanan Melayu Melaka


SEJARAH TINGKATAN SATU
BAB 7 : JOHOR MENEGAKKAN
SEMULA KEWIBAWAAN
KESULTANAN MELAYU
  MELAKA
(1) Usaha-usaha menegakkan semula Melaka
1. Melaka dikuasai oleh Portugis   --- Sultan
Mahmud Shah, pembesar serta pengikutnya
termasuk Orang Laut ke Pagoh.
2. Bina kubu pertahanan di Bentayan, Muar.
3. Baginda bersemayam sementara di Pahang.
4. Baginda ke Pulau Bentan.
5. Di Bentan  - kumpul tentera dengan bantuan
penduduk jajahan takluk.
6. Maharaja Lingga, raja Inderagiri, raja Siak dan
Sultan Aru (Deli)  menghadap Sultan Mahmud
Shah di Bentan.
7. Wakil kerajaan Manjung dan Beruas, pemerintah
Kampar, Klang, Rembau dan Sg Ujong
menyatakan taat setia kpd baginda.
8.     Tahun 1521, Portugis menyerang Bentan.
9. Serang-menyerang  Melaka dan Bentan.
10. Sultan Mahmud Shah berundur di Kampar
(jajahan takluk Melaka)
11.   Mangkat di Kampar
(2) Pengasasan kerajaan Johor
a) Penerusan warisan Melaka
1. Putera Sultan Mahmud Shah (Raja Ali) jadi
sultan gelaran Sul Alauddin Riayat Shah II.
2. Dikenali Raja Ujong Tanah & Bentan,
3.    Ujong Tanah dikenali sebagai Johor
4. Sultan Alauddin Riayat Shah II asaskan kerajaan
di Tanah Besar Johor
5. Bendahara dan Seri Nara Diraja ditugaskan
bangunkan  pentadbiran kerajaan Johor di Pekan
Tua.
6. Kota pertahanan dikenali Kota Kara dibina bagi
menjaga keselamatan ibu negeri Johor
7. Jajahan takluk Melaka dijadikan jajahan takluk
Johor untuk memperkukuhkan lagi kuasa
baginda sultan.
8. Sultan Johor  mengawal hal ehwal Pahang.
9.  Sultan Pahang yang baru biasanya akan ditentukan
oleh sultan Johor.
10. Johor  menguasai Aru.
11. Laksamana Tun Abdul Jamil perkukuhkan kuasa
Johor ke atas jajahan takluknya.
12. Beliau menempatkan wakilnya di
i. Bengkalis
ii. Kampar
iii. Jambi
iv. Siak
v. Rokan.

13. Jajahan takluk Johor hantar askar menyertai
angkatan tentera Johor apabila diperlukan.
14. Negeri yang dikawal oleh Johor  membekalkan
barangan eksport ke Johor .
15. Klang bekalkan bijih timah, kayu gaharu dan
gading gajah.
16. Kerajaan Johor sering diancam oleh kuasa luar
seperti Portugis, Acheh dan Jambi.
17. Sebagai langkah mempertahankan diri, Johor
sentiasa ubah pusat pentadbirannya.
(b)  Usaha Johor menguasai Melaka
1. Pemerintah Johor,  pembesar dan rakyat tidak
berputus asa menawan semula Melaka.
2. Usaha terbesar dijalankan pada tahun 1551.
3. Angkatan perang Johor bergabung dengan
angkatan perang Perak, Pahang dan Japara(Jawa)
untuk menyerang Melaka.
4. Serangan gagal sebab
      i.  kekebalan kota Melaka
     ii.  persenjataan Portugis yang lebih baik
5. Serangan angkatan Johor berterusan
6. Pembesar Johor  yang  usaha menawan semula
Melaka
      i. Tun Sri Lanang
     ii. Laksamana Tun Abdul Jamil
7. Gabungan Johor dengan Belanda berjaya
mengalahkan Portugis pada tahun 1641.
8. Laksamana Tun Abdul Jamil mengepung Melaka
dari darat.
9. Belanda menyerang Melaka dari Laut.
10. Setelah Portugis  dikalahkan, Belanda menduduki
Melaka.
c) Kebangkitan Acheh
1. Selepas Melaka dijajah Portugis, pedagang dari
Benggala, Sri Lanka, Pegu dan Turki  beralih ke
Acheh.
2. kerana dasar perdagangan Portugis yang ingin
menghapuskan monopoli perdagangan di
kalangan pedagang asing.
3. Portugis kenakan peraturan dan sekatan
perdagangan yang ketat.
4. Kenakan cukai yang tinggi ke atas pedagang
asing.
5. Ketika  Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam,
Acheh jadi  kuasa  kuat kerana  menguasai
perdagangan Selat Melaka.
6.    Beliau berazam kuasai  Tanah Melayu.
7. Acheh serang Perak, Pahang dan Kedah.
8. Setelah  menawan Pahang, Acheh  berperanan
menentukan bakal sultan Johor.
9. Acheh menawan Pedir dan Pasai.
10. Penaklukan tersebut  membolehkan Acheh
menguasai perdagangan lada hitam yang
diperlukan oleh pedagang asing.

Persaingan antara Johor dengan Acheh
       dan Portugis
1. Johor, Acheh, Portugis bersaing  menguasai jalan
perdagangan di Selat Melaka.
2. Perang selama 100 tahun  - dikenali sebagai
Perang Tiga Segi.
3. Johor & Acheh – usir Portugis dari Melaka.
4. Johor menyerang Melaka  - ingin merampas
semula Melaka daripada Portugis.
5. Acheh menyerang Melaka kerana Portugis
menghalang perdagangan Acheh.
6. Acheh  menyerang Johor kerana Johor
mengancam perdagangan Acheh
7. Portugis menyerang Johor kerana menganggap
Johor berpakat dengan Acheh untuk menyerang
Melaka.
(3) Faktor kegemilangan kerajaan Johor
a) Jajahan takluk Johor dan kecekapan
pentadbiran
1. Jajahan takluk Johor meliputi wilayah pantai
barat Semenanjung Tanah Melayu iaitu dari
Klang hingga Singapura.
2. Johor  menguasai
i. Klang
ii. Batu Pahat
iii. Muar
iv. Pahang
v. Bentan
vi. Lingga
vii. Bangkalis
viii. Kampar
ix. Siak
3. Faktor kegemilangan Johor.
i. Kecekapan sultan
ii. Kecekapan pembesar
iii. Kemajuan dalam kegiatan perdagangan
iv. Perkembangan bidang persuratan
b) Johor sebagai Pusat Perdagangan
1. Johor dapat kumpulkan hasil dagangan kerana
mempunyai jajahan takluk yang luas.
2. Johor  - pelabuhan entrepot bagi Kepulauan
Melayu.
3. Kapal dagang Johor  berdagang hingga ke
Maluku dan Makasar.
4. Ramai pedagang asing datang ke Johor spt
pedagang China dari Canton dan Amoy.
5. Kapal dagang barat turut ke pelabuhan Johor
seperti kapal dagang Belanda dan Inggeris.
6. Ketika  Sultan Mahmud Shah II pusat
pentadbiran dan pelabuhan Johor telah berpindah
dari Batu Sawar ke Riau.
7.  Barangan tempatan yang diperdagangkan
termasuklah damar, tikar, bijih timah, sagu,


minyak, lada hitam, pinang, ikan masin, garam,
kayu gahuru dan beras
8.    Johor sebagai pembekal kain corak baru
9. Barangan luar negeri yang didagangkan seperti
benang emas, kain sutera putih, teh, tembikar
dan tembaga dari China.
10. Pelabuhan Johor mempunyai kemudahan seperti
gudang dan khidmat membaiki kapal.
11. Perdagangan dijalankan melalui
i. cara tukar barang
ii. mata wang.
12. Mata wang emas dikenali sebagai mas
13.  Mata wang perak dikenali sebagai kupang
14.  Mata wang timah dikenali sebagai katun.
15. Mata wang diperkenalkan ketika Sultan Alauddin
Riayat Shah II.
16. Mata wang asing digunakan di pelabuhan Johor
seperti
i. Dolar Sepanyol
ii. Dolar Mexico
iii. duit Belanda.
17. Johor cekap mentadbir pelabuhannya dan
mengamalkan cukai yang berpatutan.
18. Setiap bahara lada hitam  - dikenakan cukai
sebanyak enam keping emas.
19. Setiap bahara timah  - cukainya  sepuluh keping
emas.
20. Keselamatan pedagang  asing,  sistem naungan
diamalkan.
21. Setiap pedagang asing akan dilindungi oleh
i. Bendahara
ii. Raja Indera Bongsu
iii. Temenggung
iv. Laksamana.
22. Keselamatan pedagang dan kapal dibantu oleh
Orang Laut.
23. Orang Laut menjadi
i. pengawal pelabuhan
ii. pengawas perairan Johor
iii. Penunda
iv. penunjuk arah kepada pedagang.
24. Keistimewaan pelabuhan Johor
i. terlindung daripada tiupan angin monsun.
ii. jadi pintu masuk di  selatan Selat Melaka
iii. kawal lalu lintas kapal dagang dari Barat dan
Timur.
iv. menjadi pusat membina kapal persisiran
pantai seperti banteng, baluk, kolek,
pencalang dan pencacap.
c) Perkembangan persuratan Melayu.
1. Johor dikenali pusat persuratan Melayu
2. Tun Sri Lanang susun buku sejarah Melayu
3. Hikayat Hang Tuah mengisahkan kepahlawanan
orang Melayu melalui watak Hang Tuah dan
empat orang rakannya.

Hikayat Hang Tuah mengisahkan tentang
keagungan Kesultanan Melayu Melaka
5. Riau menghasilkan banyak karya sejarah, bahasa
dan buku agama Islam.
6. Pengarang terkenal
i. Raja Haji Ahmad
ii. Raja Ali Haji.
7. Naskah asal yang dihasilkan oleh penulis adalah
dalam tulisan jawi bertulis tangan.
8. Kemudian dicetak -guna kaedah cap batu.
9. Johor terkenal pusat pengajian ilmu agama Islam
ketika Makam Tauhid menjadi pusat
pemerintahan Johor.
10. Tradisi ini diteruskan hingga ke Riau.
11. Di antara karya yang dihasilkan
i. Tuhfat al Nafis
ii. Salsilah Melayu dan Bugis dan Sekelian Rajarajanya,
iii. Hikayat Johor serta Pahang,
iv. Peringatan Sejarah Negeri Johor,
v. Aturan Setia Bugis dan Melayu,
vi. Syair Sultan Mahmud Lingga,
vii. Kitab Pengetahuan Bahasa
viii. Bustanul Katibin Lissubyanil-mutaalimi.
(4) Kemerosotan kerajaan Johor
a) Perang Johor-Jambi
1. Jambi di pantai timur Sumatera adalah jajahan
Johor.
2. Abad  17, Jambi muncul sebagai kuasa politik
dan ekonomi yang baru di Selat Melaka.
3. Jambi menyaingi Johor dalam perdagangan.
4. Jambi cuba dapatkan kebebasan daripada Johor.
5. Jambi meminta bantuan Belanda untuk
menyerang Johor.
6. Jambi menyerang Johor lama dan Batu Sawar.
7. Perang  menjejaskan perdagangan Johor.
8. Sultan Alauddin Riayat Shah III  berundur dan
bersemayam di Pahang.
9. Keadaan Johor yang tidak selamat  menyebabkan
jajahan takluk Johor membebaskan diri daripada
pengaruh Johor.
10. Laksamana Tun Abdul Jamil  mengalahkan
Jambi dengan bantuan askar upahan Bugis.
11. Kejayaan menyebabkan beliau dianugerahi
gelaran Paduka Raja.
12. Beliau sangat berkuasa sehingga melantik anakanaknya untuk memegang jawatan kanan dalam
kerajaan seperti Temenggung, Sri Bija Diraja
dan Sri Amar Diraja.

b) Perebutan kuasa.
1. Laksamana Tun Abdul Jamil  - pembesar
berpengaruh di Johor.
2. Laksamana Tun Abdul Jamil  ambil alih tugas
Bendahara sebagai pelantik dan pemangku raja.
3. Laksamana Tun Abdul Jamil lantik menantunya
menjadi sultan Johor dengan gelaran Sultan
Ibrahim Shah.
4. Beliau tidak disenangi oleh Bendahara Tun
Habib Abdul Majid (pembesar Johor paling
kanan).
5. Laksamana Tun Abdul Jamil  melantik cucunya
Sultan Mahmud Shah II yang berusia 10 tahun
menjadi sultan Johor.
6. Anak beliau iaitu bekas permaisuri Sultan
Ibrahim dilantik menjadi pemangku raja
7. Bendahara Tun Habib Abdul Majid yang
sepatutnya menjalankan tugas sultan berasa tidak
puas hati.
8. Persengketaan antara kedua-dua pembesar
menjejaskan kestabilan politik Johor.
9. Apabila Laksamana Tun Abdul Jamil meninggal
dunia, Bendahara Tun  Habib Abdul Majid
mendapatkan semula kuasanya
10. Selepas Bendahara Tun Habib Abdul Majid
meninggal dunia, anaknya Tun Abdul Jalil
menggantikan tempatnya sebagai bendahara
c) Perebutan takhta
1. Sultan Mahmud Shah II  sultan yang zalim
2.     Baginda dibunuh oleh pembesarnya.
3. Peristiwa pembunuhan dikenali ‘Sultan Mahmud
Mangkat Dijulang’.
4. Baginda tidak meninggalkan zuriat,
5.   Bendahara Tun Abdul Jalil dilantik menjadi
sultan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Riayat
Shah IV.
6.    Perlantikan  memulakan kesultanan Johor
keturunan bendahara.
7. Raja Kechil dari Siak tidak berpuas hati kerana
mendakwa dirinya anak Sultan Mahmud Shah II.
8. Raja Kechil menyerang Johor dengan bantuan
tentera Minangkabau.
9. Orang Laut mempercayai dakwaan Raja Kechil
dan menyokongnya sebagai bukti taat setia
kepada kesultanan Johor keturunan sultan
Melaka.
10. Raja Kechil mengisytiharkan dirinya sebagai
sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil
Rahmat Shah.

d) Penglibatan Bugis di Johor
1. Apabila Makasar dikuasai Belanda, ramai orang
Bugis diusir
2.   lima orang anak raja Bugis bersaudara
       i.   Daeng Perani,
ii.  Daeng Menambun
iii  Daeng Merewah,
iv. Daeng Chelak
v.  Daeng Kemasi
3. Mereka menjadi tentera upahan yang berani.
4. Raja Sulaiman (putera Sultan Abdul Jalil Riayat
Shah IV) berpakat dgn anak raja Bugis
bersaudara utk mengusir Raja Kechil.
5. Raja Kechil berjaya dikalahkan
6.    Raja Sulaiman jadi sultan Johor yang baru.
7. Daeng Merewah  bergelar Kelana Jaya Putera
dilantik jadi Yamtuan Muda Riau.
8.      Daeng Menampok  dikurniakan gelaran Raja
Tua.
9 Pakatan Melayu Johor dan Bugis tidak bertahan
lama kerana Bugis terus inginkan hak melantik
sultan Johor mengikut pilihan mereka.
10. Orang Melayu merasakan kuasa sultan dan
pembesar Melayu semakin lemah.
11 Bugis kukuhkan kuasanya dgn menggalakkan
perkahwinan antara anak Bugis dengan anak raja
dan anak pembesar Melayu.
12 Anak-anak mereka guna gelaran raja seperti Raja
Haji, Raja Ali dan Raja Jaafar.
13. Pembesar Melayu  bertindak meminta bantuan
Belanda untuk mengusir Bugis daripada Riau
pada tahun 1784
14.  Memberi peluang kepada pembesar Melayu
utnuk kembali menguasai pemerintahan.
15. Tahun 1802, persaingan  Melayu dan Bugis
berlaku kembali apabila orang Bugis kembali ke
Riau.
16. Riau  dikuasai oleh Bugis.
17. Temenggung Johor bertapak di Pulau Bulang
dan menguasai Singapura dan Tanah Besar
Johor.
18. Bendahara Johor bertapak di Pahang.
19. Sultan Johor  bersemayam di Lingga.
20. Orang Laut berpecah dan mengikut pembesar
Melayu.
21. Orang Laut yang taat kepada kesultanan Melayu
menjauhkan diri daripada sultan dan pembesar.
22. Membawa kepada perpecahan dalam kerajaan
Johor.

e) Pengaruh Syarikat Hindia Timur Belanda
(VOC)
1. Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC)  bertapak
di Betawi, Jawa.
2. VOC memulakan hubungan perdagangan di
pelabuhan Batu Sawar
3. VOC bimbang dengan penguasaan  Bugis di
Johor mengancam kedudukannya di Melaka.
4. Belanda dan Bugis berperang beberapa kali di
Teluk Ketapang dan Riau.
5. Belanda mengalahkan Bugis
6.  Belanda melantik David Ruhde menjadi gabenor
Belanda di Riau.
7. VOC bertindak  mengusir orang Bugis.
8. Persengketaan  Belanda dan Bugis  memberi
kesan buruk kepada kerajaan Johor.
9. Belanda yang berada di Betawi dan Melaka
mencari peluang menguasai Johor.
10. Apabila Belanda berjaya menguasai Riau,
Belanda menghapuskan jawatan sultan dan
Yamtuan Muda.
(5) Rumusan
1. Johor menjadi lemah dan berpecah
2. Perebutan kuasa antara pembesar menimbulkan
kacau-bilau
3. Campurtangan kuasa luar dalam  pemerintahan
Johor menimbulkan pelbagai masalah sehingga
kejatuhan kerajaan Johor.







Tuesday, August 9, 2011

Portuguese and The Conquest of Melaka

Bab 6:Kemerosotan Melaka


(1)         Faktor kemerosotan Melaka
a)            Kelemahan dan kepemimpinan
1.            Selepas kematian Bendahara Tun Perak, diganti oleh Bendahara Tun Mutahir.
2.            Tun Mutahir bersikap pilih kasih
3.            Timbul perasaan iri hati pembesar lain terhadap Bendahara Tun Mutahir.
4.            Tun Mutahir difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka.
5.            Sultan Mahmud Shah  jatuhkan hukum bunuh terhadap Tun Mutahir dan ahli keluarganya tanpa usul periksa.
6.            Selepas sultan menyedari kesilapannya, beginda serahkan pemerintahan negeri kepada puteranya Raja Ahmad sebagai sultan Melaka.
7.            Sultan Ahmad Shah pemerintah lemah dan tidak cekap.
8.            Bendahara Tun Perpatih Putih  yang gantikan Tun  Mutahir – uzur/sakit
9.            Pentadbiran lemah kerana :
i.              Tiada pemimpin berwibawa
ii.             Berlaku rasuah
iii.            Fitnah  berleluasa.
10.          Sistem cukai sedia ada tidak diamalkan, – kadar cukai yang tinggi dikenakan.
11.          Kesannya pedagang memilih pelabuhan lain seperti Acheh, Bantam, Patani dan Brunei.
b)            Masalah perpaduan
1.            Perlantikan Tun Mutahir sebagai bendahara Melaka menimbulkan semula persaingan orang Melayu dengan orang India Muslim.
2.            Persaingan berlaku kerana amalan pilih kasih dalam pentadbiran.
3.            Perebutan pengaruh wujud antara Laksamana Khoja Hassan dengan Tun Mutahir (keturunan India Muslim).
4.            Raja Mendeliar memfitnah Tun Mutahir yang dikatakan cuba mengatasi kekayaan sultan.
5.            Akibatnya sultan membunuh Tun Mutahir dan keluarganya tanpa usul periksa.
6.            Rakyat Melaka berpecah belah,
7.            Perdagangan Melaka merosot.
8.            Keutuhan kerajaan terjejas.
c)            Kelemahan askar Melaka
1.            Askar Melaka menggunakan senjata tradisional seperti :
i.              keris, tombak
ii.             panah
iii.            perisai
iv.           sumpit beracun.
2.            Askar Melaka mempunyai senjata seperti senapang dan meriam.
3.            Senjata Portugis lebih baik, contohnya meriam Portugis boleh menembak dari jarak yang lebih jauh lagi.
4.            Angkatan perang Melaka didapati tidak mempunyai struktur yang lengkap
5.            Angkatan perang Portugis dipimpin oleh Alfonso de Albuquerque yang dilantik oleh Raja Portugal untuk mengetuai serangan.
6.            Askar Portugis lebih terlatih dan mendapat sokongan dari pangkalan tentera mereka di Goa, India.
7.            Askar upahan Melaka dari Jawa melarikan diri ketika Portugis menyerang Melaka
(2)          Kedatangan Portugis
a)            Sebab kedatangan.
1.            Sebab Portugis ke Timur ialah Gospel (agama), Gold (ekonomi) dan Glory (politik).
2.            Putera Henry mendorong pelayar dan orang Portugis belayar ke Timur.
3.            Portugis menemui jalan laut ke Timur.
4.            Bartholomew Diaz berjaya sampai ke Tanjung Harapan di selatan Afrika.
5.            Vasco da Gama  sampai di India
6.            Lopez de Squeira  tiba di Melaka.
7.            Portugis ingin meneruskan Perang Salib.
8.            Menghancurkan kerajaan Islam di Timur termasuk Melaka yang menjadi pusat perkembangan dan penyebaran Islam.
9.            Ingin menyebarkan gama Kristian di Timur
10.          Ingin menguasai perdagangan rempah yang dikuasai oleh pedagang Islam.
11.          Pedagang Islam yang mendapat bekalan rempah daripada pelabuhan Melaka menjual dengan harga yang tinggi di Eropah.
12.          Pada pandangan Portugis, jika menguasai Selat Melaka mereka akan mendapat keuntungan yang lumayan.
13.          Rempah ratus diperlukan di Eropah untuk :
i.              mengawet makanan
ii.             menyedapkan makanan seperti daging
iii.            memanaskan badan.
b)            Portugis menguasai Melaka.
1.            Lopez de Sequeira dan angkatannya dihantar oleh Raja Portugal ke Melaka untuk memulakan hubungan
2.            Kedatangan mereka mulanya disambut baik oleh Sultan Mahmud Shah.
3.            Dibenarkan berniaga di Melaka dan dijamin keselamatan mereka oleh sultan Melaka.
4.            Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat mendapat maklumat bahawa kedatangan Portugis untuk menguasai perdagangan dan menentang   Islam.
5.            Perkara ini disampaikan kepada Bendahara Tun Mutahir.
6.            Tun Mutahir menasihatkan sultan agar menangkap orang Portugis termasuk pegawai kanan mereka Ruy de Araujo.
7.            Beberapa orang Portugis yang ditangkap  mati dibunuh.
8.            Lopez de Sequeira dan beberapa pengikutnya berjaya lari ke Goa.
9.            Raja Portugal hantar angkatan laut pimpinan Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka.
10.          Alfonso menuntut
i.              pembebasan tawanan Portugal
ii.             menuntut ganti rugi
iii.            meminta  mendirikan kubu di Melaka.
11.          Sultan Mahmud menolak tuntutan Alfonso
12           Alfonso bertindak menyerang Melaka.
13.          Serangan pertama Alfonso – jambatan Sungai Melaka dikuasai.
14.          Kejayaan Alfonso kerana Si Kitol memberi maklumat tentang kekuatan pertahanan Melaka kepada Portugis.
15.          Melaka yang diketuai oleh Sultan Ahmad Shah melancarkan serangan balas sehingga askar Portugis terpaksa berundur.
16.          Semangat perjuangan askar Melaka membara apabila  mendengar kisah Hikayat Muhammad Ali Hanafiah.
17.          Dalam serangan kedua – Alfonso berjaya menguasai Melaka.
18.          Sultan Ahmad Shah, Sultan Mahmud Shah bersama keluarga, pembesar dan rakyat berundur ke Muar.
19           Kemudiannya berundur ke Pahang
20.          Seterusnya ke Bentan.
21.          Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan baru selepas kemangkatan  anaknya Sultan Ahmad Shah.
(3)  Rumusan
1.            Usaha mempertahankan kedaulatan bangsa ditunjukkan oleh Sultan Mahmud Shah, Sultan Ahmad Shah serta rakyat Melaka harus disanjung.
2.            Kita harus mengambil iktibar daripada kejatuhan Melaka di tangan Portugis supaya peristiwa pahit tidak akan berulang lagi.

Sejarah Melaka