Total Pageviews

Tuesday, August 2, 2011

Pengajian Am:Bab 1:Konsep Kenegaraan

Bab 1 ( Konsep Kenegaraan )




1.1 - Konsep Negara
  1. Negara merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki sesebuah kawasan yang mempunyai had sempadan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
  2. Secara umumnya, ciri-ciri sebuah negara ialah:
    • Sempadan atau wilayah yang tetap, jelas dan diiktiraf
    • penduduk yang tetap
    • kerajaan yang sah dan teratur sistem pentadbirannya
    • kedaulatan, iaitu mempunyai keupayaan untuk mengawal hal-ehwal dalam negara serta mempunyai kebebasan untuk mengadakan hubungan dengan negara-negara lain.
1.2 - Sistem Kerajaan

- Definisi Kerajaan
  1. Ditakrifkan sebagai badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi-fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara
  2. Tiga komponen utama dalam kerajaan dan fungsinya :

- Sistem Kerajaan
  1. Kerajaan Kesatuaan
    • Gabungan beberapa buah negeri dengan pemusatan kuasa oleh Kerajaan Pusat.
    • Kerajaan Pusat mempunyai kuasa untuk membatalkan undang-undang yang telah dilulusankan oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri atau pentadbiran tempatan mendapat arahan daripada Kerajaan Pusat. Maka, Kerajaan Pusat lebih berkuasa berbanding dengan kerajaan negeri dan tempatan.
    • Contoh-contoh kerajaan kesatuan ialah Britian, Belgium, Itali, Denmark, Sweden, New Zealand, Norway, Perancis, Korea Selatan, Jepun, dan Kesatuan Soviet yang telah runtuh.
  2. Kerajaan Konfederasi
    • Kuasa kerajaan terletak dalam tangan kerajaan-kerajaan negeri.
    • Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang terhad untuk mengawal pentadbiran
    • Kerajaan Konfederasi tidak kuasa yang mencukupi untuk dianggap sebagai kerajaan yang stabil kerana kerajaan ini diwujudkan melalui perjanjian yang longgar
    • Kerajaan Konfederasi tikdak lagi wujud pada hari ini.
    • Contoh-contoh kerajaan Konfederasi ialah Konfederasi Jerman Utara 1867-1871 dan Perlembagaan Empayar Jerman 1871-1918.
  3. Kerajaan Persekutuan
    • Kerajaan Persekutuan ialah gabungan Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri atauKerajaan Tempatan:
    • Setiap peringkat kerajaan mempunyai autonomi perundangannya sendiri dalam perkara-perkara tertentu.
    • Kerajaan Pusat lazimnya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas hal-hal dalam negeri seperti agama, tanah, perhutanan dan perkara-perkara yang tidak memerlukan keseragaman
    • Contoh-contoh Kerajaan Persekutuan ialah Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India, Malaysia dan Kanada.
1.3 - Bentuk Negara
  1. Bentuk negara ditakrifkan sebagai pentadbiran dan perundangan di sesebuah negara
  2. Terdapat beberapa bentuk negara. Antaranya:
- Kerajaan Monarki
  1. Raja/Sultan atau Ratu menjadi pemerintah dan berkuasa sepenuhnya.
  2. Jawatan ini dipegang seumur hidup dan warisan takhta berdasarkan keturunan
  3. Pentadbiran dijalankan oleh Raja atau Ratu dan lazimnya ahli keluarga atau kaum kerabat memonopoli kuasa eksekutif.
  4. Contoh-contoh Kerajaan Monarki ialah Arab Saudi, Kuwait, Qatar dan Brunei Darussalam.
- Kerajaan Republik
  1. Ketuanya ialah Presiden yang lazimnya dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.
  2. Kerajaan Republik tidak mempunyai raja dan Presiden bertindak sebagai ketua eksekutif.
  3. Contoh-contoh Kerajaan Republik ialah Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, India, Perancis, Portugal, dan Singapura.

- Kerajaan Demokrasi
  1. Kerajaan Demokrasi dibentuk berasaskan konsep " Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat ".
  2. Antara ciri Kerajaan Demokrasi ialah
    • Rakyat mempunyai hak-hak asasi, persamaan, dan kebebasan.
    • Pilihan raya diadakan dari masa ke semasa.
    • Warganegara yang berusia 21 tahun ke atas berhak mengundi serta berhak bertanding dalam pilihan raya.
    • Proses pengundian dijalankan secara sulit dan kemenangan majoriti sesebuah parti politik akan membolehkan parti politik tersebut memerintah
    • rakyat memilih wakil-wakil dalam badan perundangan
  3. Kerajaan Demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
  4. Kerajaan Demokrasi terdiri daripada Demokrasi Berparlimen dan Demokrasi Berparlimen.
  5. Kerajaan Demokrasi Berparlimen mempunyai Raja/Presiden sebagai ketua negara yang mempunyai kuasa simbolik.
  6. Contoh Kerajaan Demokrasi Berparlimen ialah Malaysia, Thailand, Singapura, Jepun, dan India
  7. Kerajaan Demokrasi Berpresiden pula mempunyai Presiden yang merupakan ketuaeksekutif negara.
  8. Contoh Kerajaan Demokrasi Berpresiden ialah Amerika Syarikat dan Filipina.

- Kerajaan Autokrasi
  1. Diterajui oleh individu atau golongan tertentu yang mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
  2. Kebebasan awam terhad dan rakyat dipaksa mematuhi kerajaan.

1.4 - Pengasingan Kuasa
  1. Doktrin pengasingan kuasa ini diperkenalkan oleh Montesquieu, seorang ahli falsafah Perancis menerusi bukunya yang berjadual The Spirit of Laws
  2. Pembahagian kuasa kerajaan kepada tiga badan, iaitu:
    • Badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
    • Badan eksekutif seperti Kabinet dan Kementeriannya
    • Badan Kehakiman seperti Mahkamah-Mahkamah
  3. Tujuannya adalah untuk
    • Mengelakkan tumpuan Kuasa yang tidak terhad oleh mana-mana badan di atas
    • Mengelakkan penyalahgunaan kuasa
    • Menjamin pentadbiran yang lebih cekap
    • Menjamin rakyat mendapat keadilan undang-undang
- Doktrin Pengasingan Kuasa di Malaysia


" X " diwakil oleh kuasa relatif dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong di peringkat Persekutuan dan Sultan atau Yang Dipertua Negeri di peringkat Negeri

2 comments:

  1. Selamat datang ke FINANCE LEONARDO DORA sebuah syarikat pinjaman yang didaftarkan, yang menyediakan pinjaman untuk membantu kehidupan. Anda amat memerlukan pinjaman untuk membayar hutang anda, atau anda memerlukan pinjaman untuk perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank dan institusi kewangan lain? Anda perlu pinjaman penyatuan atau gadai janji? Adakah anda mencari lebih banyak lagi, kerana kami berada di sini untuk membuat kesulitan kewangan anda sesuatu yang lalu. Kami telah membantu orang-orang yang memerlukan bantuan kewangan yang mempunyai kredit buruk atau memerlukan wang untuk membayar bil, memberi pinjaman untuk kadar faedah hanya 2%, Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberitahu kami menyediakan sokongan dan penerima yang boleh dipercayai, dan akan bersedia untuk memberi pinjaman. Jadi, sila hubungi kami hari ini (leonardodorafinance@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Saya Achmad Halima Saya ingin menyaksikan karya bagus ALLAH dalam hidup saya untuk orang-orang saya yang tinggal di sini di Indonesia, Asia dan di beberapa negara di seluruh dunia.
     Saat ini saya tinggal di Indonesia. Saya seorang Janda dengan empat anak dan saya terjebak dalam situasi keuangan pada MARET 2017 dan saya perlu membiayai kembali dan membayar tagihan saya,
    Saya adalah korban penipuan pemberi kredit 3-kredit, saya kehilangan begitu banyak uang karena saya mencari pinjaman dari perusahaan mereka. Saya hampir mati dalam proses karena saya ditangkap oleh orang-orang yang saya berutang, saya dibebaskan dari penjara dan saya bertemu dengan seorang teman, yang saya jelaskan mengenai situasi saya dan kemudian mengenalkan saya ke perusahaan pinjaman yang ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM dapat diandalkan.
    Bagi orang-orang yang mencari pinjaman? Jadi Anda harus sangat berhati-hati karena banyak perusahaan pinjaman di internet penipuan di sini, tapi mereka masih sangat nyata di perusahaan pinjaman palsu.
     Saya mendapat pinjaman dari ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM sebesar Rp900.000.000 dengan sangat mudah dalam waktu 24 jam setelah saya melamar, jadi saya memutuskan untuk membagikan karya bagus ALLAH melalui ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM dalam kehidupan keluarga saya. Saya saran jika anda membutuhkan pinjaman silahkan hubungi ALEXANDER ROBERT LOAN FIRM. hubungi mereka melalui email:. (alexanderrobertloan@gmail.com)
    Anda juga bisa menghubungi saya melalui email saya di (achmadhalima@gmail.com) jika Anda merasa sulit atau menginginkan prosedur untuk mendapatkan pinjaman.

    ReplyDelete